CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahu Siapa Benci Kita,"Uqasha Senrose Terpaksa Rahsiakan Lokasi Dia Dan Keluarga Demi Keselamatan

14-3-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6497| Komen: 19

Description: Uqasha Senrose memohon rakyat Malaysia dan Singapura tidak bertelingkah selepas insiden Kamal Adli diserang di acara ekspo di Singapura.
Uqasha Senrose memohon rakyat Malaysia dan Singapura tidak bertelingkah selepas insiden Kamal Adli diserang di acara ekspo di Singapura.

Di Instagram, Uqasha memohon agar insiden yang berlaku dijadikan pengajaran kepada semua untuk sentiasa menjaga keselamatan diri.


Foto: IG

"Apa yang berlaku tak ada kena mengena dengan negara. Malang tak berbau dan boleh berlaku di mana-mana. Jangan kerana seorang, satu negara terkena kesannya. Tak boleh begitu.

"Apa yang berlaku kepada kami, adalah pengajaran untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini. Kita tak tahu siapa suka kita dan siapa bencikan kita. Saya harap, semua orang jangan bergaduh antara negara," katanya.

Menurutnya, rakyat Singapura adalah masyarakat yang baik dan turut menghulurkan bantuan ketika insiden itu berlaku.



"Saya nak jelaskan, orang Singapura semua baik-baik. Mereka ada bantu saya dan adik-adik saya semasa Kamal diserang. Tak ada siapa yang salah sebab benda nak jadi.

"Jangan kita bermusuh antara negara. Kita sama-sama cari rezeki. Saya pun ke sini untuk cari rezeki. Biar polis jalankan siasatan," katanya.

Dalam video sama, Uqasha memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar Kamal yang baru saja sedar selepas menjalani pembedahan diberikan kesembuhan.

"Saya harap anda semua tolong doakan Kamal sebab dia pun baru saja sedar dari kesan ubat bius. Dia ditidurkan untuk menjalani pembedahan. Dia perlu menjalani x-ray untuk pantau sama ada, ada bahagian retak atau apa," katanya.



Uqasha juga turut mengakui trauma selepas insiden serangan itu berlaku sekali gus terpaksa merahsiakan lokasi di mana dia dan keluarganya berada.

"Sampai sekarang saya tak tahu apa motif penyerang itu. Kami terpaksa rahsiakan lokasi kami kerana ugutannya adalah ugutan membunuh. Penyerang itu tak gila. Sama ada dia gangster atau apa, saya tak tahu,.

"Keadaan itu membuatkan saya trauma sebab pertama kali saya melihat insiden begitu berlaku di depan mata saya sendiri," katanya.



Di Instagram Story, Uqasha memuat naik gambar cota yang digunakan penyerang itu untuk memukul Kamal.

Sementara itu, suspek yang menyerang Kamal iaitu lelaki berusia 33 tahun akan didakwa di mahkamah di Singapura, hari ini.

Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki itu akan dituduh kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 14-3-2023 09:56 AM
Semoga kamal beransur2 pulih. Amin..
Quote darkness 14-3-2023 10:00 AM
Batak siapalah yg nak kaitkan dgn negara?
Quote sayurmayur88 14-3-2023 10:30 AM
takutlah tetiba mcm ni, malang tdk berbau, kita dah cukup hati2 pon ada je org gila nk pukol lah ape.
semoga dipermudahkan lah urusan uqasha dan kamal.
Quote Rogue98 14-3-2023 10:35 AM
Harap penyerang tu masuk penjara lama lah. Sebab niat dia nak membunuh. Pukul kat kepala tu. Jangan lah declare giler ke apa.
Quote babelina 14-3-2023 10:37 AM
hrp2 xde yg teruk pada kamal.. moga Allah sentiasa melindungi kita semua.. amin yra..
tingat aku masa belum kawin.. kemana2 nk update jer kt fb.. pastu dpt jer msg kt fb.. ckp i nmpk u la.. u pkai nie.. pkai tu.. u tgi ye.. u itu u ini.. since that aku xde nk update2 aku kt mn.. dh blk kdg br aku up gmbr..
Quote dudaberhias 14-3-2023 10:38 AM
harap2 bukan sebab hutang lah... walaupun dia target kamal tapi dia siap mention sedara mara sibling si uqasha... rasa macam motif lebih kepada uqasha...

bini si putik jagung tak nak tolong atau komen ke? kan theyols sibuk nak mencapub sana sini...
Quote black_handbag 14-3-2023 10:49 AM
ungkasha tu skrg kan baru keluar dgn mlm terbaru.. ramai retis masuk bawah dia. i pulak terpikir dia ni org bawah scammer ke.. port cuci2 duit. motif serangan tu i rasa mcm target si ungka ni.. hati2 jgn tipu duit org.. org kalau berdendam sampai membunuh pon sanggup tau
Quote TMZ.com 14-3-2023 10:53 AM
Ungka ni ada buat apa2 ke before kawin ke? Lain mcm dendam tu. Semoga kamaldeli cepat sembuh
Quote TMZ.com 14-3-2023 10:55 AM
Sebab orang tu mcm target ungka lain macem
Quote toynme 14-3-2023 11:12 AM
duk diam je dulu tak payah live tak boleh ke tak ekk? waduh kalau semua benda nak update dulu..
Quote Pak.dolla 14-3-2023 11:22 AM
Aku nk OT sat...

Mana² kita pergi pun kalau dah malang x berbau kan?

Aku ada kisah lama sgt dah, ms aku jejalan kat blkg central market nk amik bas ke buki bintang

tetibah aku nmpk ada org kepam berjambang mcm x mandi pegang kayu penuh paku²...dr jauh aku dah cuba mengelak dr dia...tp aku nmpk hujung mata dia mcm pandang aku...

rupanya betul lah dia angkat kayu tu tiinggi² dia nk pukul bontot aku....nasib aku sempat mengelak dr awal...tp aku x taulah siapa mangsa seterusnya kalau betul² kena...
Quote TMZ.com 14-3-2023 11:42 AM
Tu la aku rasa ungkasha update current situation je untuk peminat yang risau. Ni lebih2 buat live palatau macam2
Quote rogayahtop 14-3-2023 01:09 PM
dkt malaysia ni belum ada stalker level omputih lg. yg ada pun pompuan gila tote jantan dok kacau ustadz. tp dah boleh nampak lah budaya selebriti dok post lokasi bercuti sana sini meniaga post lokasi mmg mengundang manusia mental. nak2 kalau selebrity spesis scammer org sampai berjuta2 tu mmg mengundang sgt
Quote zuriey 14-3-2023 04:20 PM
Apa korng buat.takkan tibeh2 diorng nak serang.
Quote rosedemon 15-3-2023 09:51 AM
ko duk diam2 dulu la ungka
Quote OsHiN_hOnEy 15-3-2023 10:00 AM
nak kata random attack - penyerang ada whatsapp kamal
nak kata planned attack - why in the open? Or what happened was just a warning
tu sebab ungka ketakutan, harap takda lar pedajal sesapa korg laki bini ni

kesian pulak pak sanggup tu, tak berbaloi kot

i knew it was just a knock on the head, ungka updata ditidurkan mcm teruk sgt2, mmg lar berdarah but no major head trauma, it just needed some stitchesm if not mmg he is not fit to travel anywhere, kena wait for the blood clot to subside, kena wait for MRI to clear him
of she/family members have to sign indemnity from the hospital
Quote Nurkaseh01 22-3-2023 08:33 AM
Sabar ye shaa
Quote jambatannetizen 22-3-2023 08:53 AM
zuriey replied at 14-3-2023 04:20 PM
Apa korng buat.takkan tibeh2 diorng nak serang.

Aku rase2 org tu mesti ada dendam dgn kaum keluarga Unqka. Dia tibai KA sbagai amaran tu.
Quote LadyCarefree 22-3-2023 09:55 AM
Adalah sebabnya kena gitu....... Ungka tau kot. Kan dia tuduh 'pihak atasan' bagai

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.331339 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top