View: 19964|Reply: 134
|
Bapa Hafidz Roshdi harap kemelut rumah tangga Hafidz selesai cara baik...
[Copy link]
|
|
Bapa harap kemelut rumah tangga Hafidz selesai cara baik
Roshdi ketika bercakap kepada pemberita.
HULU SELANGOR - Bapa pelakon, Hafidz Roshdi berharap kemelut rumah tangga anaknya dapat diselesaikan dengan cara baik.
Bagaimanapun, Roshdi Ahmad berkata, bagi pertuduhan menumbuk isteri hingga mendatangkan kecederaan yang dihadapi anaknya, beliau menyerahkan perkara itu untuk diadili mahkamah.
"Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik.
"InsyaALLAH kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin.
Roshdi terdahulu menemani Hafidz yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Namun, bintang filem Pusaka itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret.
Mahkamah kemudian memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang.
Rentetan itu Hafidz dilaporkan menceraikan Shuhada dengan talak satu melalui panggilan telefon bersaksikan keluarga pada 22 Februari lalu.
Kemelut rumah tangganya itu lebih panas apabila beliau didakwa bertindak menumbuk hingga mencederakan isterinya.
Perbalahan pasangan itu dilihat terus berlanjutan apabila kedua-duanya sebelum ini turut berbalas surat terbuka di media sosial Instagram.
Antara kandungan surat terbuka Hafidz adalah menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jam.
Dakwa Hafidz, Shuhada dalam hantaran Instagram bertarikh 5 Mac 2023 menyebut adiknya bersubahat dan keluarganya bersifat toksik.
Dalam pada itu, Roshdi meminta agar isu yang tidak berkaitan dengan pertuduhan mahkamah itu tidak terus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.
"Bagi isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan kerana pada saya ia boleh beri kesan tidak baik. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan ia perlu dihentikan
"Kami bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan selama ini kami cuma berdiam (diri)," katanya.
Sumber:https://www.sinarharian.com.my/a ... 1NP9lClgk153n79Jvb4
|
|
|
|
|
|
|
|
2 rules to live by from mak bapak aku.. yg anak perempuan, ko jgn sesekali get involved dengan suami orang.. yg anak lelaki, kalau ko nak bercerai, kau pulangkan bini ko kt family dia balik elok2 mcm mana ko beria2 nak kahwin dengan dia dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ade keluarga mentua nak mengaku dia buat lebih kurang kt menantu.. org tu dah 9 tahun kot jadi menantu hang but still got blindsided bila Hafiz kawen lagi 1. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah family apis xberapa rosdi ni kt seksyen 7 tu lg ke? dulu la kaler ijau..mak dia cikgu bsr ke bapak dia nth..x ingt dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa ni pakcik berani cakap. masa anak kau kawin idok pulak ko ajak anak menantu berbincang. da terlewat pakcik. muke ex menantu dah pecah. kalau sebelum kawin bole la runding lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
masa anak ko pukul Shu, ko ada balun anak ko tak Pokcik
kalau takder, boleh jalan daaa |
|
|
|
|
|
|
|
the damage has done pakcik roshdi..cacat kekal dah ex menantu awak tu.. cuba klu anak pompuan pakcik kena plk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak.perempuan kena sendiri mcmana? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kau pun dah lafaz cerai pakcik oiii. Tak kira niat ke tak. Kata tak niat tapi dah #dudaanakdua
Belai la menantu /bakal menantu baru tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat ‘anak cerminan ibu bapa’ tu still valid… tak semua.. tapi ada |
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling replied at 13-3-2023 02:57 PM
2 rules to live by from mak bapak aku.. yg anak perempuan, ko jgn sesekali get involved dengan suami ...
btl...ini sepatut nya kita terapkan ...nk cerai.. settle baik2... |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk usop dan datin timah jgk yang hebat!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
anak buat taik mak bapak terpalit sama.....
malu bpk ko nk g surau apiz ooii |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian bapak ko apizkatek oooiiii. Kau punya pasal bapak terima kata nista juga. Serabut otak.
So far shu hanya pernah kata adik ipar dia tahu psl momo. Dan lagi satu statement shu yg parents apiz benarkan apizkatek kahwin lagi.
Apa yg fitnahnya pakcik? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. I dh ckp dgn laki I, bakal nantu I nnt let say jodoh tak panjang, takyah la susah2 nak hantar anak I 'pulang' ke parents dia. Just call me, klu I hidup lagi, tu jam I sendiri akan pickup anak I without any doubt. Kau dh tak suka, kau lepaskan and aku sendiri akan 'ambik balik hak aku'. Sekian!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak aku bantai wife sendiri sampai tahap cenggitu, aku akan duduk dendiam weh. Malu tak tau tahap apa. |
|
|
|
|
|
|
|
hidup lagi bapak dia rupanya. gaya mcm budak yg xde bapak berani pukul2 anak org. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf pada besan pun tidak ya pakcik. |
|
|
|
|
|
|
|
Yela pakcik.. suruh la anak pakcik tu lpskan shu tu. Jgn siksa lg anak pompuan org. |
|
|
|
|
|
|
| |
|