CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Henderson Nak Masuk Miss Universe Malaysia, Tak Nak Pakai Bikini Atas Pentas

8-3-2023 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9730| Komen: 68

Description: Amelia Henderson, 27, berhasrat dan mempertimbangkan untuk mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2023.
Amelia Henderson, 27, berhasrat dan mempertimbangkan untuk mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2023.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, tahun ini adalah peluang terakhir untuk dia berbuat demikian kerana had umur.


Katanya, dia memang gementar, namun keinginan itu ada.

Foto: IG

"Saya memang nak sertai dan sedang mempertimbangkan sama ada nak masuk atau tak. Kalau betul saya masuk, alangkah baik kalau dapat sokongan anda.

"Saya tak rasa ingin bersaing. Untuk bertanding dengan wanita lain, saya ragu-ragu tapi nak sebenarnya. Kalau saya tak masuk tahun ini, sudah tak ada ruang untuk bertanding," katanya.



Pelakon filem Pulau itu juga lega untuk bertanding kerana segmen berbikini dalam pertandingan itu sudah tidak diwajibkan.

Amelia berkata, dia tak akan memakai bikini di atas pentas.


"Saya bukan seorang yang selesa memperagakan bikini atas pentas. Saya tak rasa saya sanggup lakukan itu sampai bila-bila. Tapi sekarang, pengurusan mereka pun sudah bertukar tangan," katanya.

Organisasi Miss Universe Malaysia di bawah pengurusan baharu kini bukan sekadar membuka penyertaan kepada wanita bujang sebaliknya wanita sudah berkahwin, bercerai, malah golongan ibu turut dialu-alukan.


Bagaimanapun, peserta perlu berusia 18 hingga 27 tahun ketika pertandingan.

Amelia pernah berkahwin dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015. Bagaimanapun pada Ogos 2018, dia mendedahkan perkahwinan itu sudah berakhir. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tenggiripink 8-3-2023 02:52 PM
you go girl!
Quote tenggiripink 8-3-2023 02:52 PM
you go girl!
Quote dua_chzy 8-3-2023 02:54 PM
Beli folowers ka sheols? Motif berjuta folowers tapi komen sendu?
Quote SherryZass 8-3-2023 03:08 PM
Duda dia macam baru kahwin lagi ya.
Ikutlah noks nak join ke tak.
Quote addamnor 8-3-2023 03:13 PM
bukan kah sheols convert masa kahwin dengan kerabat muka tak siap itu hari? ke meols tersilap? kalau Moslem status kamu dek, celah mana lepas nak masuk beauty pageant dek kalau di bumi Malaysia ini.. kalau tidak sudah lama ummah moslem liberal tanah air duk gigih masuk beauty pageant ini semua
Quote anilanil 8-3-2023 03:16 PM
Syarat & pengurusan da bertukar? Maksudnya melayu muslim pon da bole join la kan. Salam madani...
Quote sharlenetexas 8-3-2023 03:17 PM
Sape makhayam mumo latest?

Quote sharlenetexas 8-3-2023 03:19 PM
Organisasi Miss Universe Malaysia di bawah pengurusan baharu kini bukan sekadar membuka penyertaan kepada wanita bujang sebaliknya wanita sudah berkahwin, bercerai, malah golongan ibu turut dialu-alukan.

Harap pada masa depan jgn terikut2 woke sangat. Jgn benarkan pompuan berloceng masuk. Sangat tidak adil.

Quote deebiz14 8-3-2023 03:19 PM
Soalan cepu emas - Sheols maseh isle kah?
Quote vanillaninja 8-3-2023 03:49 PM
Sama soalan macam acik forum lain. Sheols lepas revert dulu memang maintain ke walaupun dah divorce?
Quote likilu 8-3-2023 03:56 PM
Iq tinggi tapi masih nak validation dengan showing skin?
Quote rayna_raynes 8-3-2023 04:02 PM
anilanil replied at 8-3-2023 03:16 PM
Syarat & pengurusan da bertukar? Maksudnya melayu muslim pon da bole join la kan. Salam madani...

syarat peringkat global, bukan peringkat Malaysia. Takyah nak salam madani sangatlah

Quote Rogue98 8-3-2023 04:05 PM
Go for it. Memang aku pun baru terfikir apasal dia tak nak ke masuk jer beauty pageant mana2. Cantik.. kulit flawless...talented...smart..
Quote Prickford 8-3-2023 04:07 PM
Dengan panggilan Janda pon kau bitter, ni nak masuk Miss Universe.
Quote heythere123 8-3-2023 04:22 PM
Prickford replied at 8-3-2023 04:07 PM
Dengan panggilan Janda pon kau bitter, ni nak masuk Miss Universe.

Quote mawardia 8-3-2023 04:26 PM
Dik u ols kan dah convert masuk islam masa kawen kerabat haritu. Kat msia ni mana boleh tukar balik dik. I mean, secara legal la. Pastu nak masuk ni smua muslim boleh ke? Da tukar ke
Quote marchikobonzo 8-3-2023 04:39 PM
You go girl!!
Quote beta_carotene 8-3-2023 04:41 PM
dari dulu lagi meols dh push nama sheols ni utk masuk miss universe
sedih bila sheols nikoh

sbb ada full package
Quote razzia 8-3-2023 04:42 PM
hari tu i tertengok rancangan apatah di tv ,amelia ni jd pengacara,show tu mcm pergi melancong,ada satu sedutan she angkat tangan mcm menyembah..tak tahu la show tu tv yg tk popular tk da org tgk
sngt.tempat tu bkn dlm malaysia.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059897 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top