CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anak Angkat Nabi Muhammad Pun Bercerai, Ada Mereka Buat Kenyataan Media?" Da'i Fuad Suruh Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Diam

8-3-2023 03:06 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13401| Komen: 147|Original author: Saiful

Description: Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da'i Fuad Mokhtar mencadangkan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof tidak menceritakan masalah rumah tangga di media sosial.
Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da'i Fuad Mokhtar mencadangkan  Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof tidak menceritakan masalah rumah tangga di media sosial.

Kata pendakwah selebriti iyu konflik rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan itu seharusnya tidak menjadi tatapan umum.


Foto: IG

“Saya mencadangkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk tutup mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya melalui Instagram.

Da'i Fuad meminta mereka menyelesaikan masalah di mahkamah dan mengeluarkan kenyataan di  media.

“Tumbangkan orang sepatutnya di mahkamah bukan di media sosial.”

Dalam masa yang sama dia juga mengaitkan kisah perceraian anak angkat kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Zaid Alharith juga pernah bercerai dengan Zainab binti Jahsy.



“Dahulu anak angkat nabi, Saidina Zaid alharith pernah bercerai dengan Zainab binti Jahsy. Padahal mereka tokoh besar dan popular kerana akrab dengan nabi.

“Ada mereka buat kenyataan media? Ada mereka beritahu masyarakat kenapa perlu berpisah? Ada mereka membuka kelemahan masing-masing?”

Katanya, Saidina Zaid dan Zainab juga pernah merasai kesakitan akibat berlakunya perceraian dalam rumah tangga mereka.

Tambah Da’i Fuad, setiap perceraian yang berlaku itu sebenarnya jalan keluar buat pasangan yang sudah tidak sehaluan, tetapi bukannya meraih perhatian umum.

Nasihatnya, adalah lebih baik sekiranya mereka ‘zip mulut’ daripada mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial dan kembali kepada Allah.

“Kembalilah kepada Allah dan luruskanlah hati dengan keimanan.

“Tutup mulut, zip lidah daripada keluarkan apa-apa kenyataan yang akan menjadikan masalah lebih complicated." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwakacau06 8-3-2023 03:08 PM
F.u.c.k!!!!
Quote MyLadyMarmalade 8-3-2023 03:11 PM
Apa yang awak ckp ada betulmya en.PU, tapi kenapa tak buat statement pasal suami pukul isteri jugak? Nampak macam taking sides sebab yang banyak bunyi tu pihak² isteri yang teraniaya..so kalau nak natural, tak nak nampak macam taking sides, sila sentuh bab pukul isteri jugak ye en.PU.
Quote dua_chzy 8-3-2023 03:14 PM
Edited by dua_chzy at 8-3-2023 07:16 AM

Er...

1. Ada ke media zaman dulu?
2. Kaum perempuan zaman tu, boleh ke bercakap pungpang sebab bercerai pada umum? In fact, boleh ke pon bercakap dengan jantan yang bukan mahramnya? Sedangkan sesama pompuan pon wujud aurat?
Quote SherryZass 8-3-2023 03:16 PM
Nampak macam pak dai ni mengikuti gossip semasa, tapi tak nak ulas sekali spesis suami yg tak balik rumah lepas berbini dua, nafkah tak bagi, gantung bini, dan siap pakej memukul isteri tu acaner pulak?
Quote nazriatie 8-3-2023 03:22 PM
bab retis laju je PU2 bg komen itu ini..bila kena tang batang hidung sendiri, tahu plk diam x berkutik..x de sekor pun PU nk komen psl isu pedo pu azman, lesung batu ebit lew, pu abu & hana & ain, isu pu syed wukong..puiii laa..nk komen, komen semua..x pyh nk bias..puiiii
Quote Orix 8-3-2023 03:23 PM
Mungkin anak angkat nabi n zainab masa tu terlupa password handphone nya ??? Mungkin jugak diorg masa nak bercerai tu lupa nak bayar bil unifi , bayar bill telefon so x de data nk upload kt sosial media ??? mungkin jugak handphone diorg habis bateri tak jumpa punca elektrik untuk cas handphone dan sebagainya..... apa lah ustaz ni, Islam mengajar kita utk bersangka baik, husnuzonnnnnnnnnnnnnn ........
Quote anilanil 8-3-2023 03:29 PM
Dai, ko tak hidup pon di zaman & di kawasan kejiranan Rasulullah. Ko tak bole nak sahkan perceraian tu tak heboh di pasar & masjid, tempat komuniti zaman itu berkumpul. Ko sendiri guna media sosial utk berdakwah. Jin & dajjal pon da pandai guna teknologi utk sesatkan umat manusia. Ko cakap mcm otak ko tu kosong. Bukankah lebih molek ko bagi cadangan utk wujudkan organisasi bantuan guaman, kaunseling & perlindungan percuma utk isteri yg dibantai suami.
Quote tompie 8-3-2023 03:30 PM
Betul je apa dia ckap..
takyah ahh nak kecoh2, hal rumah tangga, dah naik mahkamah dah pun.
Kalau kecoh2 mcm ni boleh jadik dosa berpanjangan.. fitnah memfitnah, kecam, keji, umpat..
Last2 semua pun diorang dapat share.
Quote Orix 8-3-2023 03:33 PM
anilanil replied at 8-3-2023 03:29 PM
Dai, ko tak hidup pon di zaman & di kawasan kejiranan Rasulullah. Ko tak bole nak sahkan perceraian  ...

otak lobai apa boleh buat.... dia bg cth zainab n anak angkat nabi, yg dh selamat bercerai... PS tu sampai ke sudah tak di-cerai2 kan... bodo punya lobai.. patutnya nasihat kalau nak kahwin 2 kena dpt persetujuan isteri pertama dan paling penting RESTU IBU AYAH.... benda lain pulak dia highlight... bodo punya dai
Quote cikatilia 8-3-2023 03:42 PM
yihhh
sibuk aje menempel tang artis2

tang lain2 isu lagi hangat xnak plak ulas
Quote -Suri- 8-3-2023 03:43 PM
Zaman tu takde daie ngan pu lagi
Quote codenamedream 8-3-2023 03:44 PM
Dai Bodoh Fuad Mokhtar.

Zaman ko cakap televsiyen dah ada? surat khabar dh Ada? apa ntah lagi sosmed.
Mungkin ada syair special macam mana kejadian cerai tu berlaku.


Quote kucingitam 8-3-2023 03:50 PM
tak kisahlah zaman tu ada media sosial ke hapa, memang betul pun apa yang dia cakap..diam dan settlekan sendiri je udah.. ramai je selebriti tersakiti yang bercerai pun diam2 tutup mulut je masing2 taknak cerita..
Quote Fazzbulous 8-3-2023 03:53 PM
tompie replied at 8-3-2023 03:30 PM
Betul je apa dia ckap..
takyah ahh nak kecoh2, hal rumah tangga, dah naik mahkamah dah pun.
Kalau ke ...

leeee...kan org awam blh masuk..blh dgr...apa yg aibnya pn..adehhh...
Quote hashashes 8-3-2023 03:53 PM
Dai? Erm ok malas nak komen panjang2 so called Ustaz produk2 keluaran realiti tv ni
Quote nadmal19 8-3-2023 03:57 PM
halalalallalaa.. nak samekan zaman nabi ngn zaman skang... dai ni duduk dlm dunia fantasi ke?
ckp jela terus trang yg ko nak glemer dai oiiii....dasar ustaz tv..
Quote MademoiselleZan 8-3-2023 04:01 PM
Ada juga golongan mcm ni nak mencelah tumpang ..asalkan nama tu dipetik oleh acik acik forum…pathetic
Quote rayna_raynes 8-3-2023 04:01 PM
Zaman tu ada media ke? Gila agaknya dai ni
Quote hzln 8-3-2023 04:04 PM
Dan dan tu nak petik jaman nabi
Mentang2 yg buat pasal tu golongan retis yg penuh dosa
Cer puak2 dia yg buat pasal
Terus jadi setan bisu semua
Bajingan tul

Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.175302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top