CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Minta Asmidar Sertai Gegar Vaganza Tahun Ini

2-2-2023 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1720| Komen: 14

Description: Anugerah Juara Lagu yang ke 37, (AJL37) kian hangat diperkatakan kerana beberapa hari sahaja ia akan sampai ke kemuncak pertandingan. Tema untuk Ajl kali ini adalah “Dimensi Muzik Ajl 37”.Seramai 12 ...
Anugerah Juara Lagu yang ke 37, (AJL37) kian hangat diperkatakan kerana beberapa hari sahaja ia akan sampai ke kemuncak pertandingan. Tema untuk Ajl kali ini adalah “Dimensi Muzik Ajl 37”.

Seramai 12 finalis kini giat membuat pelbagai persiapan untuk pertandingan yang bakal berlangsung pada 12 februari 2023 nanti dan ramai menantikan  lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara pada AJL yang ke 37 kali ini.

Sementara itu, video Tiktok berdurasi 15 saat yang dikongsikan oleh penyanyi Asmidar mengenai lagu “Biar Mimpi Sampai Ke bintang” yang di nyanyikan oleh salah seorang finalis AJL-37 iaitu Shiha Zikir telah menarik perhatiannya.


IG

Dalam video berkenaan Asmidar menzahirkan rasa terima kasih kepada Shiha zikir kerana telah membawa lagunya dengan baik untuk AJL SOUNDCHECK baru-baru ini. Video tiktok tersebut yang kini meraih hampir 100 ribu tontonan dan 6 ribu tanda suka.


Manakala rata-rata netizen meluahkan di ruangan komen video tiktok tersebut bahawa lagu “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang” adalah lagu kegemaran mereka sejak dari dulu lagi sehingga kini.



Apa yang menarik perhatian juga adalah netizen turut mengharapkan serta mendoakan bahawa asmidar dapat menyertai Gegar Vaganza pada tahun ini. Namun buat masa sekarang tiada maklum balas yang diberikan oleh asmidar mengenai adakah beliau akan menyertai Gegar Vaganza tahun ini, Sama-sama kita nantikan.

Sekadar info, pada tahun 2012, single pertama Asmidar, Biar Sampai Ke Bintang, telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama TV “Suri” dan telemovie “Perempuan Tanpa Rahim” dan berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 2012.


Sumber: Murai


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rhyno 5-2-2023 01:21 AM
setuju!

Asmidar for GV10 !

Wishlist :

1. Asmidar
2. Ramlah Ram
3. Liza Aziz
4. Azura Aziz
5. Malisa
6. Elda Susanti
7. Alina Hassan
8. Farazilla
Quote yellowsky 5-2-2023 09:29 PM
1.Fairuz Hussin
2.Fauziah Latif
3.Ning
4.Nera (AF)
5.Ieda Moin
Quote exclusive_vvip 5-2-2023 09:34 PM
Ingatkan Asmidar yg nyanyi lagu Wardah tu
Quote VirginLady 5-2-2023 09:35 PM
siapa.asmidar ni best sangat ke
Quote fadz84 5-2-2023 09:59 PM
VirginLady replied at 5-2-2023 09:35 PM
siapa.asmidar ni best sangat ke

Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3 & Naib Juara Bintang RTM. Pelbagai la vokal Asmidar ni, blh nyanyi lagu traditional dgn baik jgk..
Quote fadz84 5-2-2023 10:00 PM
exclusive_vvip replied at 5-2-2023 09:34 PM
Ingatkan Asmidar yg nyanyi lagu Wardah tu

Tu Mimi Asmidar.. ehe
Quote readbaca 5-2-2023 11:45 PM
ingatkan asmidar dalam cerita ali setan
Quote exclusive_vvip 6-2-2023 02:23 PM
fadz84 replied at 5-2-2023 10:00 PM
Tu Mimi Asmidar.. ehe

oh haah la..ada Mimi depan tu..lupa lak..hehe
Quote piahsemah 6-2-2023 11:48 PM
yellowsky replied at 5-2-2023 09:29 PM
1.Fairuz Hussin
2.Fauziah Latif
3.Ning

6.Mummy gitchew
Quote hyie 7-2-2023 12:13 AM

confirm juri akan dicarut balik on the spot gichewww
Quote ibu_haritz 7-2-2023 10:24 AM
tp suara shiha agak kasar banding suara asmidar nyanyi lagu tu..
Quote rayna_raynes 7-2-2023 01:42 PM
Suara sedap tapi personality dia sangat blah
Quote TomyamPuteh 7-2-2023 01:52 PM
Masa final tu sedap lg suara sapa tah. Yg bulat2 tu.Mafarika?Tapi yg menangnya si Asmidar nih. Vokal bkn sekadar rupa la sgt. Mentang2 la Asmidar kurus slim.
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 02:18 PM
aku nak vote mas idayu utk masuk GV

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053126 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top