CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tiada Apa Nak Dibanggakan Sebab Michelle Yeoh Bukan Pelakon Malaysia' - Bront Palarae

2-2-2023 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9103| Komen: 98

Description: Pelakon Bront Palarae berpendapat sebagai sebuah negara, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menembusi senarai pencalonan anugerah berprestij dunia, Oscar.Namun begitu, tiad ...

Pelakon Bront Palarae berpendapat sebagai sebuah negara, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menembusi senarai pencalonan anugerah berprestij dunia, Oscar.

Namun begitu, tiada sebab untuk industri hiburan dan lakon layar negara menumpang nama memandangkan dia bukanlah hasil daripada produk industri hiburan tempatan.


Bront berkata industri tempatan mempunyai bakat hebat tapi tidak semua orang pandai menghargai dan memaksimumkan potensi bakat yang kita miliki.

Michelle memulakan karier lakonan di Hong Kong yang membuka jalan untuknya ke Hollywood.

“Tiada apa-apa yang industri kita nak banggakan sebab dia bukanlah daripada industri kita. Memang betul dia lahir di Malaysia, tapi dia adalah pelakon Hong Kong.

“Namun, pencalonan Michelle memberi inspirasi kepada kita khusus anak muda untuk pack your bag and leave kerana selalu ada peluang di tempat lain. Michelle sudah menunjukkan laluan dan jalan itu dengan lebih jelas.


“Tapi sekiranya anda mahu bertahan di dalam industri tempatan dan memperjuangkannya, juga tak mengapa. Hendry Golding bermula di Malaysia walaupun belum tercalon Oscar,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Harum Malam.

Menurut Bront, negara mempunyai bakat-bakat hebat dalam kalangan anak seni tempatan, namun sayangnya, tidak semua orang pandai menghargai dan memaksimumkan potensi bakat yang dimiliki.

“Apa yang jelas, kita tidak ketandusan bakat. Tapi kita ketandusan orang yang pandai menghargai bakat-bakat ini.

“Yang paling susah bukan nak cari perbezaan antara kaca dan permata. Tapi nak cari orang yang pandai menilai mana satu kaca dan permata. Kegagalan ini menjadi sesuatu yang menyedihkan untuk industri,” tambahnya.


IG

Dalam perkembangan lain, Bront merupakan antara pelakon yang menjayakan filem Harum Malam arahan Dain Said terbitan Apparat, D’Ayu Pictures and Skop Productions.

Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Iqbal mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk ghaib di sekitarnya.

Iqbal berhadapan dengan banyak insiden seram dan menakutkan sehingga terpaksa merungkai sebuah misteri yang terjadi di kawasan perumahannya.

Terdahulu, Harum Malam sudah ditayangkan Sitges Film Festival, Sepanyol dan Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara.

Turut sama menjayakan filem ini ialah Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Idan Aedan, Arnie Shasha dan Faizal Hussein. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lotionmilo 3-2-2023 12:23 AM
Setuju Bront
Semoga he ada dalam pengabdi setan 3
Quote dudaberhias 3-2-2023 12:30 AM
bangga untuk acik michelle tu jah bukan bangga untuk malaysia...
sebab dia dah kertu baru dapat anugerah padahal dah berlakon banyak filem dekat hollywood tu...

takde kena mengena dengan banggakan malaysia atau industri hiburan malaysia...
Quote LembingDayanti 3-2-2023 12:32 AM
gitu la artis malaysia feeling. kau yg tanak migrate pastu nak hasad kejayaan org lain.
Quote azimodin 3-2-2023 01:20 AM
dudaberhias replied at 3-2-2023 12:30 AM
bangga untuk acik michelle tu jah bukan bangga untuk malaysia...
sebab dia dah kertu baru dapat anug ...


Kan.. kalau takat berlakon filem2 malaysia, ntah2 sampai umor 99 tahun pon belum tentu mendonia. MY hardworking & humble, sebab tu orang happy for her bila dapat award.
Quote capwayang 3-2-2023 01:45 AM
..kategori filem 'Malaysia' tu macam belum wujud. Filem yang mewakili 'Malaysia' kita biasanya akan ikut kaum masing-masing. Filem melayu paling sendu bagi iols sebab timeline atau peristiwa zero, langsung tak diselitkan dalam karya masing-masing sebagai contoh paling happening sekarang iaitu covid la..so far takde drama atau movie yang guna unsur peristiwa endemik/pandemik ni..
Quote DianaSaksen 3-2-2023 04:00 AM
Betul..setuju ngan bront
Cakap melayu pun tak reti
Quote kotakominami 3-2-2023 04:25 AM
Tapi kt utube selalu ade kt komen 'proud to be malaysian'..
Quote tulip-rain 3-2-2023 04:34 AM
Ade orang kisah lagi ye pasal award semua ni.
Kalau iols, iols tonton je drama dan filem2, pelakon2 yg iols suka.
Tak kisah pun pasal menang anugerah ke, tercalon kat mana2 ke, rating drama/filem tu...
Sbb kalau pasal award dgn rating ni, kelakar pun ade
Quote virgocircus 3-2-2023 04:56 AM
Ya lah fah kat msia kalo dah kertu bayaran pun ciput...so mcm mana? Nak x nk kena berhijrah la . Henry Golding tu kalo still kat msia lg kang x pasal2 kena promot produk timbang kilo demi kelangsungan hidup. Gitewww.
Quote dua_chzy 3-2-2023 04:57 AM
DianaSaksen replied at 2-2-2023 08:00 PM
Betul..setuju ngan bront
Cakap melayu pun tak reti

Tapi masa Hong Kong claim dia bebaru, dia subtly hint dia rakyat Malaysia dengan acknowledge queen and king weols.
Quote dua_chzy 3-2-2023 04:58 AM
Dan Tan Sri Michelle masih kerap balik Malaysia siap buat charity work di sini.
Quote chandrahusin 3-2-2023 06:03 AM
dua_chzy replied at 3-2-2023 04:57 AM
Tapi masa Hong Kong claim dia bebaru, dia subtly hint dia rakyat Malaysia dengan acknowledge queen ...

Ye ada dlm content Netflix
Dia sembang psl Malaysia
Asal dr Ipoh & makanan2 segala
& dia kata kita ptt embrace segala kepelbagaian kat Malaysia ni
& jgk how being a Malaysian dia sng nak adapt hidup kat mana2
Of course kita semua adore Bront
Tapi apa salah bangga sesama Malaysian
Quote she 3-2-2023 06:42 AM
Dengki?

So kalau retis asal Malaysia popular luar negara
Ekau mengharap dia promot Malaysia semedang
Kena sebut hari2 dia bekpes nasi lemak?

Patut bangga lah MY tu dia cina
Tapi dia mengaku Malaysia
Dari ekau Bront
Mengaku orang siam
Quote phone_5 3-2-2023 06:55 AM
ni semua sebab dengki...

ada yang kata michelle yeoh tak boleh cakap melayu..
hello..michelle yeoh boleh cakap melayu okeyyyy..

dia fasih melayu english dan mandarin....tapi michelle tak boleh baca tulisan kantonis..

michelle yeoh tetap balik malaysia...bercuti dan jumpa family..dia bangga lar dia asal dari ipoh  malaysia ..lahir dan besar kt Malaysia ...

Cate Blanchett pun x  berlakon di Australia ..tapi di Hollywood...menang banyak anugerah...dan australia bangga dengan Cate Blanchett walaupun dia tidak bermula berlakon filem australia...


Quote kepompong 3-2-2023 06:55 AM
she replied at 3-2-2023 06:42 AM
Dengki?

So kalau retis asal Malaysia popular luar negara

yg harap malaysian/melayu support memang susah nak ngaku m e l a y u . entah apa hina ntah. selalu je claim baca lots of mix , “mmg matsaleh” , paki, myanmar , iran , al al al segala mesti nak highlight sgt sgt … beza lah dgn org yg maju tkde nak kecoh pasal asal usul bukan malaysian pun yg penting skrg dia lahir mana dibesarkan kat mana buat apa disitu

Quote Fly_over 3-2-2023 06:59 AM
bangga jela apa pulak xde apa nak dibangga. asal x over bangga. palakon fav kte menang pun kte tumpang happy bangga. xkn dia org malaysia yg menang kte nk cakap xde apa nak dibangga. yep dengki bunyi nya.. peel fefeling a list ni lahhhh
Quote kitmal 3-2-2023 07:01 AM
Bangga sebab dari Malaysia dan berjaya....seperti YUNA, Henry Golding...dan ramai lagi..sekurang kurang tak lupa asal usul....
Quote Suchi 3-2-2023 07:06 AM
Suka bahu sheols

Btw sebut pasal Henry Golding dia dh repair gigi kan? Padahal iols ok je ngn gigi dia tu.
Salah satu ciri penting tu kenal dia cth bila ada video tersebar ke apa.

Tgk gigi je dh tau tu sapa tp itulaa dia dah repair plak, padahal gigi tu ok ja.
Quote Lavender_Violet 3-2-2023 07:21 AM
capwayang replied at 3-2-2023 01:45 AM
..kategori filem 'Malaysia' tu macam belum wujud. Filem yang mewakili 'Malaysia' kita biasanya akan  ...

Ada ..tapi flop filem tu
Promosi pun tak seberapa wpun pengarahnya Khabir Batia tak silap meols
Juang ke apa tak silapnya tajuk dia...pasal Covid..pengorbanan front liner
Meols tengok trailer kat panggung, macam best tapi bila nak tengok filemnya cari banyak panggung, tak ada
Mungkin ngam2 habis 2 minggu wajib tayang tu, terus tarik keluar dari panggung sbb tak laku
Iols punya spekuan..

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059764 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top