CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saksi Terkejut Jho Low Kata Tak Pernah Berkomunikasi Dengannya Mengenai Akaun Najib

2-2-2023 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 591| Komen: 3

Description: Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau tidak ...
Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank terkejut apabila mengetahui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau tidak pernah berkomunikasi dengannya mengenai pengurusan akaun bank Datuk Seri Najib Razak.


Joanna Yu Ging Ping, 52, yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Nikkei

Muhammad Shafee: Jho Low ditunjukkan perbualan BlackBerry Messenger (BBM) oleh SPRM dan dia tidak mengenali (mesej itu) dan berkata beliau tidak pernah bercakap dengan anda. Anda terkejut?

Yu: Ya

Muhammad Shafee: Dalam keterangan saksinya, Jho Low berkata dia tiada kena-mengena dengan membawa akaun Najib ke bank. Jawab Yu "saya rasa terkejut."


Saksi ke-41 pendakwaan yang mengendalikan akaun bank Najib bersetuju dengan peguam itu bahawa sebenarnya Jho Low berhubung dengan beliau banyak kali.

Jho Low membuat kenyataan itu kepada SPRM ketika disoal di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 27 November 2015.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mendengar perbualan BBM antara Jho Low dan Yu mengenai status akaun Najib dengan Jho Low mengeluarkan banyak arahan kepada Yu mengenai transaksi dan penyata bank Najib.

Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi itu mengenai tawaran pekerjaan daripada Jho Low dalam salah satu syarikat miliknya dengan gaji lebih tinggi pada 2013.

Muhammad Shafee: Adakah Jho Low cuba menawarkan kamu pekerjaan?

Yu: Ya dia ada menawarkannya. Saya kata saya ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya sudah berkeluarga dan saya tidak mahu bekerja mengikut gaya hidup beliau. Jho Lo meminta saya menyertai satu daripada syarikat-syarikatnya.

Muhammad Shafee: Adakah perkara itu dibangkitkan lagi?

Yu: Dia sentiasa bertanyakan perkara itu tetapi saya mengatakan tidak secara sopan. Saya hanya kata saya perlu memikirkannya.

Najib, 70 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung esok.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 2-2-2023 10:24 PM
Quote Zazama 3-2-2023 12:05 AM
Licin nau mcm belum. Selagi boleh nk menipu!
Quote supernaturalee 3-2-2023 08:21 AM
Jho Low membuat kenyataan itu kepada SPRM ketika disoal di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 27 November 2015.



zoom in ke, theyols g sana
abu dhabi doo


so kiranya dr 2015 lg sprm dh masuk siasat yek

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043920 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top