CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 50 Tahun Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori

2-2-2023 10:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 557| Komen: 0

Description: Penunggang motosikal wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori hari ini.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pada jam 4.05 petang, kaunter aduan Bala ...
Penunggang motosikal wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pada jam 4.05 petang, kaunter aduan Balai Polis Trafik Kajang terima makluman kejadian kemalangan maut di Kilometer (km) 15 Lebuh Raya Cheras-Kajang (arah Kajang) membabitkan motosikal dan lori.



TANGKAP layar video penunggang motosikal wanita maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (km) 15 Lebuh Raya Cheras-Kajang (arah Kajang).

Menurutnya, dalam kejadian ini mangsa berusia 50 tahun dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

"Apabila sampai di tempat kejadian penunggang melanggar belakang lori dari arah yang sama.

"Akibat daripada kemalangan itu, penunggang terbabit mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kejadian kemalangan yang berlaku.

"Bersabit kemalangan ini pihak polis membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah menghubungi mana-mana Balai Polis yang berdekatan di Daerah Kajang atau menghubungi terus pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Isa Ahmad di talian 0164436149 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036964 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top