CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miang Betul Ambil Kesempatan Raba Paha Penumpang Setiap Kali Tukar Gear

2-2-2023 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 721| Komen: 1

Description: Seorang wanita yang menumpang sebuah kenderaan di Serpong, Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia baru-baru ini berdepan situasi kurang enak.Dalam insiden itu, pemandu lelaki berkenaan mengambil kesempat ...
Seorang wanita yang menumpang sebuah kenderaan di Serpong, Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia baru-baru ini berdepan situasi kurang enak.

Dalam insiden itu, pemandu lelaki berkenaan mengambil kesempatan menyentuh paha kanan wanita tersebut ketika menukar gear.




Insiden tular itu dirakamkan menerusi telefon pintar dan hangat diperkatakan warganet di laman Instagram sejak Selasa.

Didakwa sengaja membuka luas kelima jarinya, suspek kemudiannya menggunakan jari kelingkingnya untuk mencuit paha penumpang di sebelahnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan dilihat berpakaian seluar panjang dan berbaju labuh serta turut menggunakan beg sandang untuk menutup kawasan terdedah.

Saat disentuh, wanita terbabit kemudiannya terus mengalihkan pahanya bagi mengelak dari gangguan seksual itu.

Tidak menjerit ataupun bertindak di luar kawalan, tindakan mangsa merima pujian ramai warganet kerana masih mengekalkan penjarakan selamat.




"Bagus juga wanita itu tidak menjerit ataupun memukul pemandu, kalau tidak mesti akan jadi lebih teruk, kerana kebiasaannya suspek akan lebih mengganas jika ditolak," kata damar03redi.

"Harap mangsa segera laporkan kepada polis, jangan dibiarkan kegiatan seperti ini risau nanti ramai yang jadi mangsa," tambah danniridina.

"Sudah pakai seluar panjang pun masih lagi diganggu, dasar jantan gatal, biar polistangkap simpan dalam penjara," tambah adhi_mahmud.

Belum ada sebarang tangkapan dilaporkan oleh pihak polis dengan identiti suspek juga tidak terlihat dalam rakaman tersebut. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Login_ID 2-2-2023 10:12 PM
Woiiii cari, apahal berita semasa indonesia tak abis2 masuk forum

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050612 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top