CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Serik Pergi Reunion, Dipandang Hina Sebab Pakai Myvi

28-1-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7837| Komen: 152

Description: Sambutan Tahun Baharu Cina sepatutnya meriah kerana inilah peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.
Sambutan Tahun Baharu Cina sepatutnya meriah kerana inilah peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

Bagaimanapun lain pula yang dirasai seorang pemuda yang meluahkan rasa terkilan kerana berasa dirinya terpinggir dengan rakan lain ketika menghadiri satu majlis makan malam reunion bersama mereka.


Pada awal pertemuan, pemuda berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya mengaku gembira kerana dapat berbual bersama rakan lama dan masing-masing berkongsi tentang pencapaian membeli rumah dan kereta baharu.

Foto: Paultan

Namun, perbualan tersebut tiba-tiba bertukar menjadi satu 'persaingan' sesama sendiri dan dia mula berasa tidak selesa selepas salah seorang rakannya bertanya mengapa dirinya masih menggunakan kereta Myvi.

Menurut kawannya itu, jika dia menukar Myvi kepada kereta mewah jenama BMW, dirinya akan nampak seperti seorang yang berjaya.


"Jadi apa masalah sekarang? Nak kata saya tak boleh duduk satu meja makan dengan kamu semua hanya kerana saya memandu Myvi?" memetik perkongsian di Facebook Xuan Play.

Benar-benar terkilan dengan dengan sikap rakan-rakannya, dia nekad tidak akan menyertai mereka lagi untuk reunion tahun depan.

"Persahabatan ini penuh dengan persaingan dan permainan minda. Saya bosan dengan benda macam ni.

"Tahun depan, skip (lepaskan)!," katanya.

Dalam pada itu, perkongsiannya juga mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyokong serta memuji sikapnya yang tidak suka berlagak mewah demi mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

"Selagi anda tahu pencapaian diri, itu sahaja yang penting. Biar mereka cakap apa sahaja yang mereka mahu. Cuma senyum dan lupakannya.

"Saya dah tengok ramai orang memandu Myvi tapi tinggal di rumah besar. Saya pun pernah tengok orang pandu BMW tapi tinggal di rumah teres biasa. Asalkan awak bahagia dengan hidup awak, itu sudah memadai," demikian antara komen netizen.

Ada juga netizen yang cuba menghiburkan pemuda itu dengan menyatakan kehebatan Perodua Myvi jika hendak dibandingkan dengan kereta import mewah yang lain.

"Beritahu mereka Myvi ialah supercar Malaysia. Myvi boleh terbang, masuk dalam air. Tetapi tanya dia BMW boleh tak buat macam tu?" komen seorang netizen.

Myvi merupakan model kereta hatchback buatan syarikat kereta Malaysia iaitu Perodua yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005.

Kereta ini berasaskan Daihatsu Sirion dan Toyota Passo yang merupakan hasil usahasama Perodua dengan Mc Laren dan Daihatsu serta menjadi kereta yang terlaris bagi syarikat Perodua. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 28-1-2023 03:50 PM
Sisi positipnya dapat jumpa awek lama & dapat berbini 2
Quote ezacbee 28-1-2023 03:52 PM
Hal remeh je. Aku lagi la guna public transport je. Nak perli ke apa lantak laa, masuk telinga kanan keluar kiri. Janji dapat jumpa kawan2 lama dah. Abis reunion buat hal sendiri.
Quote Samerosie 28-1-2023 03:54 PM
Edited by Samerosie at 28-1-2023 03:56 PM

Tak pe dek akak pun pakai myvi gak.  Lagipun benda tu semua tak penting reunion yg awal2 je masa mula kerja semua nak tunjuk lagi kaya lagi berjaya, bila reunion time dah ada anak2 nak menunjuklah anak2 paling pandai sekolah asrama lah mrsm, uni paling top.kat UK la US la bagai, then anak2 dah kerja bab anak siapa pula paling bagus kerja.  Then ujung2 semua dah tua, tak koser dah, semua dok pakat tanya ubat mana bagus or doctor mana pergi untuk sakit lutut and sakit belakang pula   
Quote theotherfriend 28-1-2023 04:06 PM
clerk kat tempat kerja guna bmw. Duduk rumah teres sekali dengan mentua, suami kerja jual burger. Orang yang sedikit lebih berpangkat rilex je bawak myvi, tu pun kereta anak. Apa masalahnya... kereta je pun, to take you from point A to point B
Quote tikusmontok 28-1-2023 04:08 PM
Samerosie replied at 28-1-2023 03:54 PM
Tak pe dek akak pun pakai myvi gak.  Lagipun benda tu semua tak penting reunion yg awal2 je masa mul ...

Very true
Quote namieamuro 28-1-2023 04:09 PM
Edited by namieamuro at 28-1-2023 04:10 PM

alooorr toksah sentap. tanye je dlm bank die duit berkepuk2 tak? ke hutang keliling pinggang. tu je nk tau. ke pakai H tapi dok kwsn ppr

ke kawan2 tu geng MLM. geng MLM kan mmg suke tayang kete mewah2 tp umah sewa jek
Quote plywood 28-1-2023 04:09 PM
Samerosie replied at 28-1-2023 03:54 PM
Tak pe dek akak pun pakai myvi gak.  Lagipun benda tu semua tak penting reunion yg awal2 je masa mul ...

hahaah... akhirnya semua cuma dipermainkan ilusi dunia  
Quote green~tea 28-1-2023 04:09 PM
Aku pun malas nak join reunion kohkohkoh..

Sbb huduh2 je gemok tua beruban botak boroi... seriously tak nampak sebaya dgn i pun..

Aku kesian kalo depa pakat compare diri or bini diorang lepas reunion...

So dari jadi point orang compare2.. lebih baik aku cool2 je buat hal sendirik
Quote _blackbird 28-1-2023 04:12 PM
ntah la dekk.. ko ni jenis kuat sentap kot.... takyah sentap2 dik.. normal la tu bila kumpul ramai2 mesti la sembang kena A+, level bangsawan baru seronok. let loose sikit dik, make fun of your self juga. bukan 1 penghinaan pon setakat org tanya kenapa masih pakai myvi
Quote kakikuDibibirmu 28-1-2023 04:15 PM
perodua myvi terbang  









kalau viva terbang lagi dahsyat sis, viva pergi langgar kapalterbang terus







Perodua myvi is the king of the road























Quote rogayahtop 28-1-2023 04:16 PM
priorities. ada org pakai public transport sebab 1k sebulan saved tak pakai kereta, minyak dgn parking tu hujung tahun boleh travel gi turki ke swiss ke [em:3:] seraun boleh post kat soc med.

kalau dah boss tu lain, ada elaun minyak, company belikan kete ke.

tp kalau duit sendiri akak rasa elok la beli yg jimat minyak, maintenance murah, tak perlu mengadap muka ketat pompuan receptionist dekat service center proton tu dah cukup.

nak lg best pakai je motor. kalau la opis dekat mmg akak merempit je dgn baju kurung. tp memikirkan nak kena angkut anak gi tadika, hujannya dgn trafiknya, takpelah dik hadap je la jammed.

Quote menjad 28-1-2023 04:17 PM
Klau aku jadi Dak nih tak terasa Hina pun... Hanya kita jer tau kekayaan sendiri. Yg suka menayang nih pada dasar nya mesekinnnn
Quote cucuq 28-1-2023 04:18 PM
Bngsa mna ni .kalo cina dorang mmg mmpu pkai kereta besar..pling cukai pon dorang pkai vios..walaupun Ade je antara dorang  yg pkai myvi,axia, or jnama proton
Quote allshares 28-1-2023 04:20 PM
Reunion2 kalau tak campo laki pompuan ok, paling3 jadi mcm case bro ni jela saling compare sampai kembang2 hidung masing2 sape keje lagi dahsat, hidup sape lagi makmur. Kalau campo laki pompuan mula la start nostalgia zaman cinta monyet, pastu start la contact2 balik, pastu start mencurang. Puik... ade satu acik tarap opah2, blk reunion dok cite jantanz2 sekola dok kata dulu cantik ko bla2, kalau tau ko pernah janda aku pinang ko dulu3, eh tak padan masing3 gigi pun dah luruh, sempat lagi nk merenyam. Iols yg dgr pun geli geleman, masing3 ada wife n husband, sama2 da kerepot euwwww kalau lupa tlg la raba kulit masing2 waktu bercakap tu.
Quote pu3_rania 28-1-2023 04:23 PM
Lantak pi lah orang look down sebab pakai kereta Myvi
Jangan ingat orang yang pakai kereta tempatan dan keadaan kereta yang nampak uzur tu tak ada duit malahan duit simpanan berkepuk-kepuk dan jangan ingat orang yang pakai kereta import dan mahal tu duit simpanan berkepuk-kepuk dan banyak harta
Ada yang pakai kereta import dan mahal, duit simpanan yilek dan hutang keliling pinggang dan yang paling sadis kena ikat perut nak makan serta bila kereta rosak berhutang dengan tokey bengkel nak bayar duit repair kereta
Ada juga instalment kereta berbulan sangkut tak bayau sebab nak berlagak punya pasal duit habis untuk maintenance kereta
Quote Artemesiaa 28-1-2023 04:24 PM
Zaman sekarang jangan mudah tertipu dengan penampilan kereta atau rumah yang mereka ada semua tu kadang masih milik bank banyak tahun lagi nak kena bayar, hutang je pun belum jadi hak milik sendiri yang ditayang masih hutang.  Setakat mereka tayang benda hutang pun nak sentap.
Quote kepompong 28-1-2023 04:28 PM
Samerosie replied at 28-1-2023 03:54 PM
Tak pe dek akak pun pakai myvi gak.  Lagipun benda tu semua tak penting reunion yg awal2 je masa mul ...

u mean reunion ni hanya utk menunjuk2 Bila dah tua baru la berguna contact kawan lama kot boleh selesaikan masalah kesihatan
Quote Minyakyuyi 28-1-2023 04:29 PM
xpayah la bab reunion...skrg2 pn ada ja kwn2 dk suruh tuka keta walhal poket masing2 xsama...
Quote hyie 28-1-2023 04:33 PM
reunion kat kenduri kawen je la nyehhh

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.146374 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top