CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 67 Tahun Sanggup Bakar Kulit Muka Untuk Hilangkan Kedutan Dan Hentikan Penuaan

28-1-2023 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1028| Komen: 6

Description: Apabila bercakap tentang kecantikan, wanita sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka tampil kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut.
Apabila bercakap tentang kecantikan, wanita sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka tampil kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut.

Begitulah yang terjadi pada seorang wanita apabila mahukan kulit muka tegang dan licin tanpa kedutan sampai sanggup menahan sakit dengan bakarnya.


Walaupun kedengaran cukup mengerikan tetapi wanita ini sanggup membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko menerusi rawatan yang ekstrem.


Foto: Agensi

Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif dengan menggunakan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit.

Kaedah rawatan tidak menyakitkan ini sangat pantas apabila ia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.

Perkara itu dilakukan dengan mendapatkan nasihat pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.


“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.

Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol menerusi sebuah video dimuat naik di Facebook.

Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.

Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.

Kemudian, akan ada pengelupasan berlaku apabila digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.

Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.

Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah.

Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan.

Walaupun Regina gembira dengan penampilan baharunya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.

Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 28-1-2023 04:04 PM
Tua .. tua laa.. mmg kita semuq akan tua mati dan dihidupkan.. soooo..its a natural process
Quote Artemesiaa 28-1-2023 04:07 PM
Yang pasti lapisan kulitnya akan jadi lebih nipis dari dulu kena lakukan lebih banyak penjagaan.  Pada hal banyak je cara lain yang lebih selamat yang beliau boleh gunakan.
Quote Carcosa 29-1-2023 08:56 AM
Lambat la acik ni
Kat Malaya, lama dah buat . Dulu meols pakai O'lynn tu, menggelupas gelupas kulit muka mcm tissue kering dkt muka. Hamponnnnn taknak buat lagi. Dahla sakit, kesudahan takde lah baby skin bagai.
Hanjing betul produk timbang kilo ni semua
Quote Decaffeinated 29-1-2023 09:02 AM
Artemesiaa replied at 28-1-2023 04:07 PM
Yang pasti lapisan kulitnya akan jadi lebih nipis dari dulu kena lakukan lebih banyak penjagaan.  Pa ...

Kulit akan tumbuh balik. Satu2nya organ manusia yg never stop growing.
Quote noor2 29-1-2023 09:04 AM
So sekarang kulit dia jd mcm.mana?...mana muka dia sekarang?
Quote rogayahtop 29-1-2023 02:35 PM
elokla lepas ni manusia evolusi bersalin kulit mcm ular dah nak sgt kulit muda sepanjang masa..lepas tu bertelur je beranak senang.

agaknya alien2 yg org nampak tu rupanya manusia zaman akan dtg semua dah jd reptilia.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040386 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top