CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Percubaan Tepat Ke Gawang Gol Selepas Dua Perlawanan, Cristiano Ronaldo Hilang Bisa Di Al-Nassr

27-1-2023 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1562| Komen: 35

Description: Cristiano Ronaldo masih belum menemui sasaran di Al-Nassr selepas mengharungi perlawanan keduanya bersama kelab Arab Saudi itu.
Cristiano Ronaldo masih belum menemui sasaran di Al-Nassr selepas mengharungi perlawanan keduanya bersama kelab Arab Saudi itu.

Ronaldo juga terlepas peluang untuk menjulang trofi pertamanya bersama kelab baharunya itu selepas tersingkir di separuh akhir Piala Super dengan kekalahan 3-1 kepada Al-Ittihad.


Bekas bintang Manchester United berusia 37 tahun itu, bermula cemerlang di bumi Arab apabila meledak dua gol ketika mewakili pasukan pilihan Riyadh menentang skuad diterajui Lionel Messi, Paris Saint-Germain.


Foto: reuters

Dia turut dinobatkan pemain terbaik perlawanan walaupun pasukannya tewas 5-4 kepada pasukan gergasi Perancis itu.

Bagaimanapun permulaan kariernya bersama Al-Nassr tidak seperti diharapkan. Dia gagal melakukan sebarang percubaan tepat ketika pasukannya menewaskan Ettifaq 1-0 Ahad lalu.

Dia sekali lagi gagal menemui sasaran ketika pasukannya tersingkir daripada Piala Super Saudi, dengan hanya tiga percubaan tepat walaupun menguasai 64 peratus permainan.


Tuan rumah mendahului 2-0 sebelum rehat dan rakan senegara Ronaldo dari Portugal, Talisca merapatkan jurang untuk Al-Nassr di babak kedua.

Al-Nassr gagal mencari gol penyamaan, sebaliknya Al-Ittihad meledak gol ketiga mereka untuk memastikan kemenangan dan kemaraan ke final Ahad ini.

Namun Ronaldo masih berpeluang memburu trofi pertama dengan Al-Nassr kini mendahului Liga Pro Saudi.

Al-Nassr dijangka akan terus berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ternama, antaranya bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Sergio Ramos dan Luka Modric.

Eden Hazard dan pemain Borussia Dortmund, Marco Reus juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi itu. -CARI

Sumber: mStar/ The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 27-1-2023 03:32 PM
Tak minat bola tapi kerap sgt dengar kegagalan Ronaldo akhir² ni!! Apakah puncanya??
Quote ResellerMaxis 27-1-2023 03:40 PM
Tembikaigoreng replied at 27-1-2023 03:32 PM
Tak minat bola tapi kerap sgt dengar kegagalan Ronaldo akhir² ni!! Apakah puncanya??

Dah sampai masa untuk jadi coach n tambah wife.
Quote margo20 27-1-2023 03:41 PM
Ronaldo dah bole la kawin sbb dh tak perform
Quote sara_thrash 27-1-2023 03:52 PM
zaman kegemilangan dia dah di penghujung tapi masalah dia masih belum boleh terima kenyataan tu.
Quote KamikuP 27-1-2023 04:24 PM
Moga CR dpat pegang world cup wpon salt bae yg tak main bola pun dpt cium WC.. CR adoo? takdo
Quote SWORKS27 27-1-2023 04:32 PM
do banyak makan nasik arab nih
Quote mojarean_X 27-1-2023 04:38 PM
Siannya...i simpati sgt pd lelaki2 yg ada ego besar x bole terima kenyataan sebegini
Quote CiliPadiSedap 27-1-2023 05:01 PM
Tembikaigoreng: Tak minat bola tapi kerap sgt dengar kegagalan Ronaldo akhir² ni!! Apakah puncanya??


fitness. ronaldo player yang kejar bola dan banyak guna tenaga berbanding messi. messi banyak taktikal walaupun nampak pemalas dan sentiasa kunyah gula dalam mulut. tapi messi play dalam pace dia. dia hanya ambil bola setelah tengok position lawan dan baru buat gerakan.

bagi kaka fitness ronaldo xsama macam dulu.
Quote SalenaGomez 27-1-2023 08:54 PM
Deleted


Quote SalenaGomez 27-1-2023 08:54 PM
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 05:01 PM
fitness. ronaldo player yang kejar bola dan banyak guna tenaga berbanding messi. messi banyak takt ...

Setuju…lagi pon bola ni permainan team…kalau ko sorang je terer tp team x, susah juga nak score

Or maybe dia baru nak biasakan diri dgn corak /style game kat sana
Quote VioletsAre_Blue 27-1-2023 09:56 PM
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 05:01 PM
fitness. ronaldo player yang kejar bola dan banyak guna tenaga berbanding messi. messi banyak takt ...

Finishing dia dah hilang sejak start musim baru. Pace dia masih ada. Kalau 5,6 tahun dulu dia hilang kemahiran gelecek bola tapi masih boleh tewaskan lawan dengan pace dan finishing yang padu. Sekarang apa je ada?
Quote shernazz 27-1-2023 10:31 PM
Ronaldo kena sihir ke ni?
Quote Perawankota 28-1-2023 04:09 AM
Dia dah tak fit mcm dulu2..
Quote stingergrumpy 28-1-2023 04:22 AM
Tembikaigoreng replied at 27-1-2023 03:32 PM
Tak minat bola tapi kerap sgt dengar kegagalan Ronaldo akhir² ni!! Apakah puncanya??

Age...trying so hard to prove that he still has it in him....so tend to overstressed himself.....when all he needs to do is to take it at his own stride...tak payah push so hard...
Quote stingergrumpy 28-1-2023 04:23 AM
shernazz replied at 27-1-2023 10:31 PM
Ronaldo kena sihir ke ni?

Yg kena sihir laki ko...kena tunduk celah kangkang ko...

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 28-1-2023 04:25 AM
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 05:01 PM
fitness. ronaldo player yang kejar bola dan banyak guna tenaga berbanding messi. messi banyak takt ...

Gum bukan gula ler ngok....gula apa yg dia kunyah boleh last 90 minutes?

Org bual bola ko nak bual bola...macam aku nak sekeh je..
Quote Suchi 28-1-2023 05:57 AM
Dah tua
Pastu dah takde semangat dah nak main

Quote CiliPadiSedap 28-1-2023 06:48 AM
stingergrumpy replied at 28-1-2023 04:25 AM
Gum bukan gula ler ngok....gula apa yg dia kunyah boleh last 90 minutes?

Org bual bola ko nak bua ...

Mari kita ramai2 tekan butang report terhadap stinger.
Quote bulalof 28-1-2023 07:39 AM
dia ke sana pun sebab duit.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051774 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top