CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Yahudi Tapi Tempat Duduk Jauh- Tiket Blackpink Di KL Paling Mahal, Cecah RM2,300

27-1-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2289| Komen: 33

Description: Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink kesal dan kecewa dengan harga tiket yang dijual sempena konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur pada 4 Mac ini adalah ...
Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink kesal dan kecewa dengan harga tiket yang dijual sempena konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur pada 4 Mac ini adalah antara yang termahal di dunia dalam konsert jelajah kumpulan itu.


Tinjauan di platform e-tiket mendapati harga satu tiket di Malaysia adalah paling mahal sehingga mencecah RM2,300.

Bukan itu sahaja, peminat juga menganggap harga yang ditawarkan tidak berbaloi sama sekali kerana tempat duduk penonton dikatakan jauh dari pentas utama serta ada yang menyamakannya seperti ‘harga yahudi’.

Foto: IG

Beberapa pengguna Twitter baru-baru ini membandingkan harga tiket konsert Blackpink di Malaysia dengan negara lain yang menjadi lokasi pilihan jelajah dunia kumpulan popular tersebut.

Menurut perkongsian di media sosial, harga tiket konsert Blackpink di Seoul, Korea Selatan dalam linkungan RM500 RM900 iaitu lebih murah daripada harga di Malaysia.


Manakala di Abu Dhabi, Taiwan dan Thailand harga tiket paling mahal hanya sekitar RM1,200 hingga RM1,700 sahaja.

Sebagai info, konsert tersebut akan menampilkan anggota Blackpink iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose.

Blackpink sebelum ini pernah mengadakan konsert pertama di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari tahun 2019 lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 27-1-2023 03:18 PM
kalau kat bangkok murah, baik tengok kat sana. sah-sah la BP akan all out, takde guide line ketat macam kat sini
Quote Tembikaigoreng 27-1-2023 03:25 PM
Kesian yahudi kena tuduh
Quote Hoshhi 27-1-2023 03:53 PM
Baik pergi konsert twice. Berbaloi. Perform sungguh sungguh. Bukan macam blackpong ni
Quote MissVixen 27-1-2023 04:09 PM
Berbaloi ke pergi konsert bp ni? Suara live tak power pun. Menari pun macam takde tenaga, mungkin sebab tak cukup makan nak badan slim.
Mv je nampak gempak.
Quote KamikuP 27-1-2023 04:10 PM
Peminat tegar kpoppies hadap jer lah harga yahudi apa adehal khuenzz..
Quote Perawankota 27-1-2023 11:57 PM
Tak kuasa nak pi
Quote Skuau 28-1-2023 12:00 AM
harga korea...yahudi pulok yg kena...
Quote becir 28-1-2023 12:02 AM
Korea tekan Malaysia gila2..orang dia mmg kaki buli baru sedar ke
Quote DeLuna85 28-1-2023 01:56 AM
Lagu ntah apa2. Tarian pun mcm erkkkk mcmtu je.
Quote she 28-1-2023 02:14 AM
Hoshhi replied at 27-1-2023 03:53 PM
Baik pergi konsert twice. Berbaloi. Perform sungguh sungguh. Bukan macam blackpong ni

Macik tengok konsert deme kat LA ritu
Kemain best Twice joget2

BP ni banyak bad review
Macam dah malas2 gitewww
Quote she 28-1-2023 02:15 AM
Macik tak minat BP
Better New Jeans lagi

Tapi sebab dapat tiket free dari company
Yeeehaaaaa
Quote axl_bach 28-1-2023 02:49 AM
Hoshhi replied at 27-1-2023 03:53 PM
Baik pergi konsert twice. Berbaloi. Perform sungguh sungguh. Bukan macam blackpong ni

Walaupun aku x layan pun kpop tp nk komen gak...Tsuyu mmg cun,  hahahaha
Quote ekselen 28-1-2023 05:55 AM
Sapa soh agung2kan kpop sgt... Padan muke pemenat2 bpink ni... Nasib aku mmg xminat kpop...
Quote evlinne 28-1-2023 06:06 AM
MissVixen replied at 27-1-2023 04:09 PM
Berbaloi ke pergi konsert bp ni? Suara live tak power pun. Menari pun macam takde tenaga, mungkin se ...

Mmg menari mcm org pemalas n x cukup makan
Dah lama fans dgn haters cakap
Smpai pengsan2 ke pitam atas stage sbb letihhh
X baloi lgsg tengok konsert depa
Bila depa betul2 nak go solo semua ni
Quote ninja9 28-1-2023 06:27 AM
aku tengok konsert blackpink sambil makan popcorn free jer. ..


puas hati tengok concert  diyoutube lebih jelas  ..
Quote lurve82 28-1-2023 06:54 AM
Ada lg ke tix dia. Hr tu sold out dh.
Quote ultra78 28-1-2023 07:05 AM
Apapun jauh lebih murah dari tiket umrah.
Quote Nham22 28-1-2023 07:10 AM
MissVixen replied at 27-1-2023 04:09 PM
Berbaloi ke pergi konsert bp ni? Suara live tak power pun. Menari pun macam takde tenaga, mungkin se ...

MV tu brape kali cut n take... Iolss tgk depa ni mcm lembik ja menari... Xtau nape.. Sebab tak cukup rehat ka... Tak cukup makan ka... Badan tu halus ja...
Quote Nham22 28-1-2023 07:17 AM
Rm2300 tu vvip seat.... Biar vvip n golongan t20 la yang beli.. Depa x.merungutpon... Sibok ja rakyat marhean nak pertikaikan... Beli paling murah saja sudah....

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060544 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top