CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

'Jangan Sedih Okey, Mana Yang Buruk Buang Jauh-jauh' - Bob Yusof Pujuk Sissy Dan Naim

25-1-2023 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 969| Komen: 7

Description: Tindakan penyanyi Mas Idayu dalam memberi kritikan pedas terhadap Sissy Imann dan Naim Daniel di minggu keenam program nyanyian Famili Duo pada Ahad lalu masih menjadi bualan netizen.Terbaharu, penyan ...
Tindakan penyanyi Mas Idayu dalam memberi kritikan pedas terhadap Sissy Imann dan Naim Daniel di minggu keenam program nyanyian Famili Duo pada Ahad lalu masih menjadi bualan netizen.

Terbaharu, penyanyi Bob Yusof pula tampil memberi pandangan berhubung persembahan Sissy dan Naim yang menyanyikan lagu Jampi berentak keroncong.


Bob atau Yusrizan Usop, 41, berkata Sissy dan Naim bukanlah penyanyi genre berkenaan, namun usaha yang dilakukan dua sepupu itu sepatutnya dipuji.


IG Naim

"Saya bukanlah pandai sangat dalam nyanyian keroncong atau asli, namun apa yang saya tahu itulah yang saya ajar mahupun sampaikan tapi mengikut cara masing-masing. Kerocong adalah nyanyian yang lembut tapi Naim dan Sissy bukanlah penyanyi keroncong dan mereka sudah lakukan apa yang sepatutnya.

"Mengalunkan lagu keroncong dengan cara mereka tersendiri dan saya harus puji dengan idea mereka yang menjadikan lagu pop untuk digubah semula menjadi keroncong. Bagi saya nyanyian mereka sudah bagus cuma mungkin kebiasaan mereka bukan pada keroncong," katanya.


Bob berkongsi pandangan itu menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Naib juara program Gegar Vaganza musim kesembilan itu juga berpendapat kritikan membina perlu diberikan kepada Sissy dan Naim memandangkan telah membawa lagu berkenaan dengan cara mereka tersendiri.

Tambahnya, persembahan yang dibawakan oleh Sissy dan Naim masih lagi mengekalkan lenggok keroncong itu sendiri.

"Seharusnya berikan lagi galakan dan tambah baik lagi nyanyian mereka dengan memberikan ilmu yang diketahui agar irama Malaysia terus berkembang dengan baik. Keroncong adalah irama yang sangat merdu untuk dinyanyikan namun ada juga ketegasan dalam penyampaiannya.

"Nyanyian mereka juga sangat serasi dan bagi saya mereka dah membawakan dengan cara mereka tersendiri, namun tetap mengekalkan lenggok keroncong walau susah bagi mereka. Namun mereka terus berusaha dan mencuba apa yang saya boleh katakan pendapat atau pendirian adalah hak masing-masing," katanya lagi.

Dalam pada itu, Bob juga berharap agar perkara ini menjadi sesi pembelajaran buat mereka dan tidak berputus asa dengan apa yang berlaku sekali gus memuji keberanian mereka mengetengahkan irama keroncong.

"Jangan sedih okey anggap ini sebagai pembelajaran mana yang baik ambil mana yang buruk buang jauh-jauh," ujarnya.


IG Bob

Sebelum ini, Mas Idayu menerusi laporan mStar berharap Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik baik.

Kata Mas, dia menegur kerana sayangkan mereka berdua kerana melihat Sissy dan Naim mempunyai potensi besar sebagai penghibur.

"Kepada Sissy dan Naim, awak kenal Mummy, kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-1-2023 04:58 PM
Tak teringin nak tengok citer ni tahahapahapntah
Quote TabletSusu 25-1-2023 08:11 PM
lorrr sepupu ke deme dua ketui ni. baru ku tahu
Quote dudaberhias 25-1-2023 08:15 PM
setuju! mana yang buruk2 semua patut di buang jauh2... contohnya mak lampir si gold idayu tu... memang buruk pun! sampai aman graseka pun tinggalkan hesheh... sooo sila buang jauh2 macam aman graseka buat...
Quote Abc246 25-1-2023 08:43 PM
Entah la. Tak patut pun mas idayu buat macam tu. Adab come first
Quote jalfa 25-1-2023 08:59 PM
Dgn memek muka bgtau tak suka..eiiiii rasa nak tampor laju laju
Quote lightheaded67 25-1-2023 09:01 PM
aku tgk versi acikjaaparonn punya parody tgelak pulak

https://vm.tiktok.com/ZS8AnKpNq/
Quote mrseller 25-1-2023 09:08 PM
Sissy ni sgt talented kalau blkg tabir aku rasa dia silap menonjol di depan tabir.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085800 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top