CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zulin Aziz Sedia Pinangkan Madu Untuk Suami

25-1-2023 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4482| Komen: 51

Description: Pelakon Zulin Aziz mengakui dia terbuka hati jika suaminya Farhan Norzaini mempunyai perasaan terhadap wanita lain dan hasrat untuk menambah isteri lagi.Zulin bagaimanapun berkata suaminya kena memast ...
Pelakon Zulin Aziz mengakui dia terbuka hati jika suaminya Farhan Norzaini mempunyai perasaan terhadap wanita lain dan hasrat untuk menambah isteri lagi. 

Zulin bagaimanapun berkata suaminya kena memastikan dirinya mampu untuk berlaku adil dari segi zahir dan batin sebelum mahu hidup berpoligami. 



IG

“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’. Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal. 

“Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh… jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga, empat. 

“Bagi kukuh dulu yang satu ini… nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja!” kata Zulin kepada Gempak. 


Tambah Zulin lagi, seorang suami perlu beringat bahawa isteri adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. 

“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya. 


IG

“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” ujarnya lagi. 

Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga dengan rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari tahun lalu. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote red_velvet 25-1-2023 09:30 PM
"kita ni selebriti tak boleh sebarang nak buat perngai" .. jap, lahi heshe selebriti ke??  Volunteer pinangkan tapi tetap la ada syarat, perangai lebih elok , kena ada asbab kukuh .. tapi ok la still berpijak di bumi yg nyata... Jangan jadi macam salima nak madu yg hafaz al quran sajorkkkk..
Quote Bawang123 25-1-2023 09:32 PM
Haih... Masih terdampar lagi ka...
Quote asamfish 25-1-2023 09:36 PM
Jangan sebarang cakap kak..... Takut nanti belum apa2, ada drama tarik rambut kat tepi kedai!
Quote ujio 25-1-2023 09:37 PM
Dah kenapa dok tak pasai nak bermadu..
Quote menjad 25-1-2023 09:42 PM
Dah xder content sangat dah ker... Dulu nak kawen menglupur nak carik laki. Dah berlaki nak bermadu pulak. Sakaiiiiiii nya ko
Quote Adrif 25-1-2023 09:43 PM
adoii la bulan Januari 2023 ni.. cerita madu ajaaaa

nah layan klasik nostalgia P.Ramlee

[youtube]xH3yNlplqZY[/youtube]
Quote orkidorkido 25-1-2023 09:44 PM
Sebelum kena sedap la cakap.
Laki kalau dia nak, dia takde pikir & bincang. Dia block bini dia, pastu dia pergi nikah di siam. tak sempat kau nak pinangkan pun
Quote namieamuro 25-1-2023 09:45 PM
dah tu nak kami amin kan ke hape? skrg pong pang pong pang dgn pelbagai syarat. kang masin mulot adik madu dtg. baru ko sedar dunia ni bulat, langit tu tinggi
Quote hareeeesah 25-1-2023 09:47 PM
Adrif: adoii la bulan Januari 2023 ni ...


Kan…sampai AJM la xsudah,nanti baru nak reda wartawan cover court case pulak… [em:10:]
Quote zuriey 25-1-2023 10:19 PM
Yela kau TERPALING redha lah ni
Quote rosevelvet 25-1-2023 10:27 PM
Ingt laki ni heran ke ngn syarat marat bagai
Quote jihah_kudat 25-1-2023 10:31 PM
ayo berani ek buat statement gini..
bukan ke sheols jugak yang merentan hiba bila pakwe indo beliau hilang tak jadi kawen sampai buat lagu video klip panggil satu kampung...
Quote ciksom 25-1-2023 10:40 PM
dulu masa tak ada laki sibuk nak berlaki. dah ada laki ni jaga la laki kau elok elok. terpaling nak berbagi laki la ni. tak yah la tunjuk baik la. ingat kau bini nabi ke.
Quote primarikey 25-1-2023 10:45 PM
Kurus betul dia skrg
Quote Nizleen86 26-1-2023 12:35 AM
Sekarang ye la ko cakap sebab belum rasa. Esok karang sikit2 belah sana tengok ko meroyan ke tak? Nak2 kalau madu yg beranak dulu. Tak tengok cite risik pada hati ke makcik?
Quote Hoola 26-1-2023 12:42 AM
jaga2....jangan dipelaweeeeee
Quote Nozot 26-1-2023 12:51 AM
Statement perempuan yang tak boleh hidup tanpa lelaki.
Ko asal berlaki je kan..hidup ko 24 jam mesti nak ada laki dari bujang sampai la nie. Klu tak ada laki tak boleh hidup agaknya.
Quote Abc246 26-1-2023 01:14 AM
Hurm jangan nanti bising di medsos bila betul2 terjadi
Quote watymuchaz 26-1-2023 01:19 AM
Amin.. Semoga dipermudahkan utk dapat adu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.184842 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top