CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Botol Arak Tuan Rumah Ditogok, Lelaki Terlena Akibat Mabuk Lepas Pecah Masuk Rumah

24-1-2023 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 648| Komen: 4

Description: Seorang penjenayah terlena di rumah yang dicerobohi dipercayai gara-gara mabuk selepas minum minuman keras milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung, Bahau, Jempol, semalam.K ...
Seorang penjenayah terlena di rumah yang dicerobohi dipercayai gara-gara mabuk selepas minum minuman keras milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung, Bahau, Jempol, semalam.


Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kehadiran lelaki berusia 41 tahun itu disedari penghuni rumah berusia 65 tahun pada 6.30 pagi yang kemudian membuat laporan polis.



“Ketika kejadian pengadu tinggal bersama isteri dan empat anak mereka di rumah teres satu tingkat. Semasa masuk ke dalam rumah, suspek dipercayai minum minuman keras milik pengadu sehingga mabuk dan tertidur.

“Sebaik sahaja pengadu bangun tidur awal pagi, dia menemukan suspek terbaring di dalam rumah tidak sedarkan diri. Pengadu lihat terdapat beg kertas mengandungi dua pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras dan sebuah tablet berada bersebelahan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Hoo berkata lelaki tersebut dipercayai menceroboh masuk rumah berkenaan dengan memanjat pagar dan masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci

Beliau berkata tiada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu mempunyai 15 rekod dadah, enam rekod jenayah dan berstatus orang yang dikehendaki polis.

“Suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya yang turut menasihatkan penduduk setempat agar lebih berhati-hati dengan sentiasa mengunci rumah bagi keselamatan keluarga.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiputras 24-1-2023 04:47 PM
Kena ujudkan penjara khas di pulau2 terpencil khas utk tempatkan penjenayah tegar spt ini. Sah sah tak memberi manfaat kpd masyarakat dgn begitu byk repeated offences.
Quote intan244 24-1-2023 05:28 PM
kenapa x kunci pintu belakanggg..
Quote cansweep393 24-1-2023 05:45 PM
Cansweep offers premium Industrial Cleaning Services Christchurchfor all businesses in New Zealand that want to keep their premises in optimal conditions. Our wide range of industrial cleaning services and maintenance solutions are designed to maintain your equipment and facilities in a safe, environmentally sustainable and responsible way.


Quote PanadolExtend 24-1-2023 06:15 PM
adiputras: Kena ujudkan penjara khas di p ...


Antau je Bukit Mulut duduk sama puak Rohingya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044276 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top