CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telur Ayam Kotor Jadi Rebutan Di Terengganu

24-1-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1370| Komen: 17

Description: Kekurangan bekalan telur ayam membuatkan pengguna kini tiada pilihan selain beralih mendapatkan telur ayam kotor yang juga ditawarkan pada harga lebih murah berbanding telur ayam biasa atau Omega.Tinj ...
Kekurangan bekalan telur ayam membuatkan pengguna kini tiada pilihan selain beralih mendapatkan telur ayam kotor yang juga ditawarkan pada harga lebih murah berbanding telur ayam biasa atau Omega.


Tinjauan di sebuah syarikat pemborong telur di Cabang Tiga, di Kuala Terengganu mendapati pengguna tidak lagi memilih jenis telur kerana kesukaran mendapatkan bekalan.


Telur ayam kotor menjadi pilihan susulan kesukaran mendapatkan bekalan. - Foto NSTP/Faizul Azlan Razak

Pengurusnya, Nursyzanil Adha Ramli, berkata telur ayam kotor dijual pada harga RM11.10 sepapan mengandungi pelbagai gred.

Menurutnya, berbanding dengan telur ayam biasa dijual dengan harga RM13.50 sepapan bagi gred A, RM12.90 bagi gred B dan gred C pula adalah RM12.30.

"Sebelum ini telur ayam kotor hanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.

"Namun disebabkan kekurangan bekalan, telur ayam kotor tetap menjadi pilihan pengguna. Malah, sebanyak 700 hingga 800 papan telur kotor habis dalam masa sehari," katanya.

Nursyzanil berkata, pihaknya menjual telur ayam kotor dalam pelbagai gred yang dicampur iaitu AA, A, B, C dan D sepapan.

"Telur ini sama saja, cuma luaran saja kotor. Pengguna perlu membersihkan dulu telur sebelum menggunakannya," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Mariani Salim, 50, berkata dia tidak kisah membeli telur ayam kotor kerana bekalan sekarang susah untuk diperoleh.

"Telur ayam kotor murah sikit berbanding dengan telur biasa dan saya bersihkan telur sebelum digunakan," katanya.

Ahmd Jusoh, 62, juga terpaksa membeli telur ayam kotor kerana tidak mempunyai pilihan berikutan sukar mendapatkan bekalan bahan mentah itu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 24-1-2023 03:59 PM
Kadang-kadang telur omega segala yang dijual di pasar raya tu pun masih ada kotoran taik juga..
Quote Adrif 24-1-2023 04:01 PM
Sebelum ini telur ayam kotor hanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.


suey betul orang berniaga guna bahan kotor camni..  
nak bagi orang makan, kena la bagi bahan bersih dan terbaik

tu tak campur lagi dengan jenis yang tak basuh telur tu. yuck
Quote misc 24-1-2023 04:06 PM
Baru tau ada kategori telur ayam kotor yg biasanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.
Quote Atata 24-1-2023 04:26 PM
Adrif replied at 24-1-2023 04:01 PM
suey betul orang berniaga guna bahan kotor camni..  
nak bagi orang makan, kena la bagi bahan be ...

Iols anggap je orang bisnes tu akan cuci bersihkan dulu sebelum pecah masuk kek atau masakan
Quote Lagubestbest 24-1-2023 05:13 PM
Adrif replied at 24-1-2023 04:01 PM
suey betul orang berniaga guna bahan kotor camni..  
nak bagi orang makan, kena la bagi bahan be ...

mmg sejak azali la peniaga guna telur gini lepastu pelanggan konon2 pembersih high standard dok melahap kata sedap. tp jgn risau la depa bersihkan dan keringkan dulu.
Quote barmow668 24-1-2023 05:14 PM
Visit Mowbar Party Venues Twizel, New Zealand, to organize your subsequent gathering. Request a proposal today and look at the available meeting spaces and overall event space. Offering a garden and mountain view, Views and Location is located in Twizel


Quote sarahmirza 24-1-2023 07:16 PM
Baru tau ada term telur kotor.
Telur yang cop Lotus tu kira telur bersih ke telur kotor? Sbb rege pun dlm range rege telur kotor yg disebut kat atas tu juga.
Quote slyfynx 24-1-2023 07:44 PM
Kotor tu xpe la leh bersihkan.
Ni dalam gmbr telur dah retak pun ade.
Quote Cokoro 24-1-2023 07:50 PM
Hritu beli telur omega pun busuk. Entahlah. Stok lama2 kut. Wt naya betul.
Quote ultra78 24-1-2023 08:06 PM
misc replied at 24-1-2023 04:06 PM
Baru tau ada kategori telur ayam kotor yg biasanya dibeli pengusaha kedai makan dan pembuat kuih.

orang juga kata kedai kek beli telur pecah
Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:34 PM
yawlohhh meols pulak terlebih2 telo kat umah

meols balik cainisnuyear aunty meols bagi sepapan penuh..sebelum tu meols pi terbeli telur gak ingat telur kat umah dah abes

jadinya ada 50 biji nokksss kat umah ni, semlm bekpas lunch dah telor.. hari ni surrender dah nak makan


halah halah halahhhh
Quote jalfa 24-1-2023 09:57 PM
Kenapa la depa gamak jual telor yg penUH taik.aku aritu terbeli kat kedai aceh...satu kerja la nak basuh telo
Quote Decaffeinated 24-1-2023 10:52 PM
Macam mana telur tu boleh kotor, kuat sangat kot ayam tu meneran sampai terberak?

Quote Belibis 24-1-2023 11:06 PM
Masih ok berbanding beli telor tanpa kulit..main isi dalam plastik jer.
Quote Blessed_Servant 25-1-2023 01:46 AM
Baru dengar telur kotor. Selalu dengar telur pecah yg bungkus dalam plastik tu
Quote akies 25-1-2023 09:10 AM
Telur kotor tu boleh je basuh dan bersihkan.
Jangan telur busuk dan tembelang
Quote dekmieDandy 25-1-2023 11:41 AM
aku sekarang makan yang dia tulis telur ayam 'kampung' tu

sebab yang tu je ada jual sepapan / 30 biji

tapi selalu terovercooked kalau nak buat half-boiled egg, pasai nipis sangat kot kulit dia

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054699 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top