CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Membebankan PKNPk, 27 Anak Syarikat Ditutup

24-1-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 649| Komen: 6

Description: Kerajaan negeri Perak telah menutup 27 buah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) yang menjadi beban kepada syarikat induk itu setakat ini.Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad be ...
Kerajaan negeri Perak telah menutup 27 buah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) yang menjadi beban kepada syarikat induk itu setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia selaras dengan unjuran agar anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dapat memberi sumbangan RM100 juta kepada kerajaan negeri menjelang 2030.



Kerajaan negeri Perak telah menutup 27 buah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang menjadi beban kepada syarikat induk itu setakat ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail

Jelasnya, anak-anak syarikat itu ditutup kerana tidak menunjukkan prestasi yang baik, tiada perniagaan dan tidak dapat memberi sumbangan balik kepada kerajaan negeri, sebaliknya, membebankan syarikat induk.

“Kita nak beri peluang kepada syarikat induk untuk betul-betul ada perniagaan, bukan setakat mewujudkan anak syarikat,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek Piccadilly @ Greentown, hari ini.


Mengulas mengenai projek perumahan terbengkalai di Perak, Saarani berkata, ada beberapa syarikat yang tidak dapat meneruskan projek mereka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19.

Menurut Saarani, ia berlaku ekoran beberapa masalah yang dihadapi seperti lonjakan kenaikan harga bahan binaan dan ketiadaan pekerja.

Bagaimanapun, beliau percaya Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mempunyai perancangan untuk mencari jalan penyelesaian.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan negeri melalui Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching akan bekerjasama dengan kementerian untuk mendapatkan semula peruntukan bagi meroboh dan membina semula beberapa flat usang di sekitar Ipoh.

Katanya, peruntukan tersebut telah diluluskan sebelum ini tetapi pelaksanaannya tertangguh ekoran pandemik COVID-19.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 24-1-2023 03:35 PM
tu diaaaaa.  era PH depa tutup syarikat.  mana pekeja nak cari makan lepas ni.  hoi
Quote puan_rohayu 24-1-2023 05:26 PM
zorrro_03: tu diaaaaa.  era PH  ...
Ini bkn ttg peluang kerja la, byk sgt syarikat yg ditubuhkan atas duit rakyat(kerajaan negeri) tp xpandai generate income,x pandai cari peluang,rugi memanjang lebih baik tutup atau merge kan dgn business yg untung.Yg akan tanggung kerugian kerajaan negeri membayar gaji sdgkan kerja xjalan dan duit itu sepatutnya dibelanjakan ke tempat yg lain daripada menanggung kerugian.Sama mcm swasta la klu syarikat besar ada 10 cawangan,2 cawangan sj untung yg 8 tu asyik rugi dan rugi lbh baik tutup.Contoh kat Perak Taman Tema MAPS tu yg bukan sj x laku ,membazir duit rakyat.
Quote orion_pax 24-1-2023 06:23 PM
Sama macam PKINK kelantan..anak syarikat kena bayar ufti kat kerajaan negeri, walhal anak syarikat guna skim swasta dan tak ambil duit kerajaan negeri..gaji pon syarikat sendiri bayar..tak mintakkk pon dengan state goverment
Quote pengecatbintang 24-1-2023 06:29 PM
puan_rohayu replied at 24-1-2023 05:26 PM
Ini bkn ttg peluang kerja la, byk sgt syarikat yg ditubuhkan atas duit rakyat(kerajaan negeri) tp xp ...

setuju 100%
Quote green~tea 24-1-2023 06:35 PM
Kasi kat badut & kroni urus... mmg ke laut dalam laaaa


Kebabian apakahh
Quote screenshield407 24-1-2023 07:15 PM
Buy the best and latest flipper zero on Screenshield.co.nz. Our Flipper Zero Screen Protectorare impact resistant & 2X stronger than competition. Protect your phone now! The Optic+ Anti-Glare screen protector provides excellent protection using our nanometre-thin film designed for Flipper Zero.


Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.170613 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top