CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Aduh! Dikta Terduduk Senak Anu Diramas Peminat

18-1-2023 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1608| Komen: 1

Description: Pradikta Wicaksono berdepan detik memalukan apabila kemaluannya diramas peminat ketika bersesak-sesak semasa menghadiri sebuah program di Jakarta baru-baru ini.Suara melaporkan, penyanyi yang mesra de ...
Pradikta Wicaksono berdepan detik memalukan apabila kemaluannya diramas peminat ketika bersesak-sesak semasa menghadiri sebuah program di Jakarta baru-baru ini.

Suara melaporkan, penyanyi yang mesra dengan panggilan Dikta itu turut dilihat menjerit selepas salah seorang daripada mereka mengambil kesempatan dengan merabanya.



IG

Tidak hanya bahagian kemaluan, peminat turut 'meratah' tubuh badannya.

Menerusi video yang tular di media sosial, Dikta dilihat memegang bahagian alat sulitnya sambil wajahnya menahan kesakitan.



Vokalis kumpulan Yovie & Nuno itu juga terduduk kerana kesakitan akibat insiden berkenaan.


Dalam pada itu, Dikta hanya sempat menyanyikan tiga buah lagu sebelum acara itu ditamatkan gara-gara sesak dengan penonton sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.




Susulan kejadian itu, Dikta dikatakan mula belajar beberapa teknik seni pertahankan diri, Kungfu sebagai langkah berjaga-jaga selepas ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 18-1-2023 08:24 PM
Adehhhh terus resign jadi penyanyi…tibehhh boleh rasa kesakitan nya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049702 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top