CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Rizky Billar Dan Lesty Kejora Dihina Hodoh

18-1-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3942| Komen: 24

Description: Kisah kehidupan Rizky Billar nampak­nya tidak lepas daripada sorotan netizen. Terbaharu, pelakon dan pengacara itu naik berang dengan tindakan seorang netizen atas penghinaan wajah anaknya, Muhammad ...
Kisah kehidupan Rizky Billar nampak­nya tidak lepas daripada sorotan netizen.

Terbaharu, pelakon dan pengacara itu naik berang dengan tindakan seorang netizen atas penghinaan wajah anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih yang baru berusia setahun.


Foto: IG

Rizky yang memuat naik sebuah video memperlihatkan bayinya memakai topi jenama mewah sedang bermain-main, namun hantaran berkenaan menerima komen negatif netizen.

“Kanak-kanak lain pakai topi jenama Fendi nampak comel. Tapi bayi ini tetap hodoh, apa pun yang dipakai anak ini seperti barang buruk,” tulis netizen seperti dikongsi Rizky.



Terkilan dengan sikap netizen Indonesia yang sering menjadikan anaknya sebagai sasaran untuk hinaan, Rizky berkata:

“Sekadar bercerita, ketika kami menunaikan umrah kelmarin, anak kecil ini begitu dihargai oleh orang-orang di sana. Baik orang Arab atau berbagai negara.



“Anak saya selalu disapa dan membuat orang-orang di sana berasa senang. Tapi di sini berbeza. Ya Allah.”

Suami Lesti Kejora itu turut menasihatkan netizen yang membenci dirinya dan isteri tidak terus menghina anak mereka yang tidak bersalah.




“Benci saja sama orang tuanya, jangan anak pula dijadikan sasaran kebencian anda” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 18-1-2023 12:37 PM
Gosip tempatan ke I tak kenal pun makhluk2 ni?
Quote SherryZass 18-1-2023 12:48 PM
Ni artis yindon, sejak bila dia tukar kewarnegaraan TT?
Quote mea 18-1-2023 12:50 PM
isu lapok deknon..lagian yini retis yindon
Quote jlo 18-1-2023 12:50 PM
cute je baby dia
Quote lee_sakura 18-1-2023 12:55 PM
ini gosip artis luar negara
Quote Body_language 18-1-2023 12:58 PM
Sape mahkluk 2 org ni? tempatan kah diorg?
Quote Freezies 18-1-2023 12:59 PM
Bukan ke ade gossip yang kononnya laki die curang pastu kaki pukul?ke propa je nak perhatian dan populariti..
Quote badai 18-1-2023 01:13 PM
sapo? comel je baby tu.. .. lagi comel dari bilal.. tiberr...
Quote SalenaGomez 18-1-2023 01:15 PM
SherryZass replied at 18-1-2023 12:48 PM
Ni artis yindon, sejak bila dia tukar kewarnegaraan TT?

Tulaaaa, repoter sila benti keje mcm ni..suppose masuk bod artis antarabangsa
Quote I.K.A888990 18-1-2023 01:16 PM
comel je baby tu.
Quote Miawlover 18-1-2023 01:19 PM
Salah bod la. Btw ank dia ikut muka mak dia la. Sweet n sejuk mata memandang je. Takde la hodoh. Bpk dia pun bknnya hensem sgt
mcm idola2 dia ckp, muka ego tinggi. Haha
Quote QueenIsolde 18-1-2023 01:21 PM
Muka mak sgt..ke mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi.
Quote Rogue98 18-1-2023 01:27 PM
Teruknye netizen....aku tengok comel jer baby tu
Quote Suchi 18-1-2023 01:40 PM
Netizen ngan baby pun depa nak cari pasal
Quote Nana_Man 18-1-2023 01:52 PM
Ada babies yg masa kecik tak cute, tapi dah besar handsome jgk
Quote anilanil 18-1-2023 02:25 PM
Takde la hodoh, biashe-biashe je. I lagi pelik netizen indon asik claim si rezky tu hensem. Sedih sgt la kehenseman tak tumpah ke anak. Cuba korang Google muka lesti yg asli zaman2 dia masuk contest. Muka anak dia sebijik muka mak.
Quote dudaberhias 18-1-2023 02:31 PM
apa yang hodohnya? takde la hodoh... tapi biasa2 je tu dikkkk kejadian rupa manusia yang berasal dari nusantara... korang belum lagi tengok anak sohai laksa dan si lan diamond solo... rhoper macam anak orang asli yang hilang dekat pos tohoi tu lepas di jumpai... masalahnya anak2 orang asli tu lagi comel... lagi comel dari anak rezeki ke tuah apa tah nama retis hendon ni... besar2 nanti confirm lawa dari hanak2 marhaen...
Quote epal_putih 18-1-2023 02:35 PM
Comel jeerr
Quote clarizsa 18-1-2023 02:39 PM
Ppuan ni kan kecoh sedunia gaduh2 kena pukul dgn laki bagai pastu tiba2 baik semula kan
Comel je anak dorang , jahat sgt yg dok kata kt baby tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049890 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top