CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Saya Kahwin Dengan Yang Lebih Muda Ini Saya Pun Berasa Lebih Muda, Dulu Jarang Pergi Masjid, Sekarang Sudah Selalu' - DDNK

15-1-2023 09:02 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7142| Komen: 92

Description: Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 48, berkata dirinya merasa lebih muda selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Ro ...

Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 48, berkata dirinya merasa lebih muda selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.

"Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap."

Memetik Harian Metro, beliau yang mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline 'Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya' berkata, itu perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang mana tidak pada perkahwinan pertama.

"Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.

"Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.


"Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.

"Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita," katanya.

Dalam masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran 'penyondol' diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ia susulan isterinya turut terkena tempias kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini.

"Saya tak bersetuju 'penyondol' dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.

"Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.

"Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.

"Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik," katanya.



Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.

"Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini," katanya.

Sekadar info, Mohd Nazri bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris, 25, yang juga pelajarnya pada 26 September tahun lalu dan diraikan pada majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota

Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai selepas 20 tahun hidup bersama. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 15-1-2023 09:06 PM
Si gemok ni. Tuh bekas bini la. Bukan bini pertama. Lupa ke dah cerai?
Quote beatgirlX 15-1-2023 09:08 PM
Sejenis yg lupa diri
Quote Kak.Nah.Bosan 15-1-2023 09:09 PM
Dalam masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran 'penyondol' diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ia susulan isterinya turut terkena tempias kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini.

"Saya tak bersetuju 'penyondol' dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.

"Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.

"Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.

"Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik," katanya.


ok
Quote scarflicious 15-1-2023 09:11 PM
Diankawen balik ke dgn bekas bini. Awak tu x bermadu pun kan.? Ceraikan bini sbb nak berbini baru?
Quote putericahaya999 15-1-2023 09:21 PM
Bagus la takkan tak berubah2
Quote ladybugz 15-1-2023 09:28 PM
takkanla bini yg mempengaruhi awk ke masjid or tak. lemah sgt tu as ketua keluarga. yelah lebih tenang sbb anak2 pun bini yg jaga. dulu bini n anak2 duduk skali ngan awak. takpa la ddnk atas dunia ni semua org boleh buat apa saja .tp igtla perbuatan menyakiti n menganiayai isteri ni akan pasti terhitung n takkan boleh dipadam terutamanya di akhirat nanti.
Quote winky1 15-1-2023 09:35 PM
Dia lupa siapa imam dalam rumah tangga. Dia yg failed.
Quote primarikey 15-1-2023 09:35 PM
Menyirap je baca
Quote rosannazmia 15-1-2023 09:38 PM
je mampo meols beri
Quote shida81 15-1-2023 09:41 PM
Panas je ati ak lahai...x bc abis pun....
Quote virgo19 15-1-2023 09:55 PM
Bini lama dulu tak manja sbb ikut pening kepala fikir kewangan keluarga, dah ko pun belum kaya kan masa tu. Bini baru manja sbb dia takyah fikir pasal duit, sbb ko dah sedia kaya. Dia tinggal manja2 dan merajuk je.
Quote Whitney72 15-1-2023 09:56 PM
Cakap mcm org bodohnya..dgn bini baru..kewangan dah stabil, ank2 kecik x da lagi, semua dh ada..mmg lar byk masa gi masjid..

Cuba nanti bini muda ko beranak byk2..biznez x jln...ko sembang apa pulak..
Quote iza_just2c 15-1-2023 10:02 PM
Kenapalah bagi statement pasal bini muda bini tua...ulas isi penyondol bagai masa ni.carik penyakit betul
Quote kucing_gebu 15-1-2023 10:04 PM
Nyanyuk ke?
Quote Nham22 15-1-2023 10:05 PM
Usatz dusuki sila bg statement kenyataan hanat lagi menghanatkan ddnk ni... statement bodohh
Quote epal_putih 15-1-2023 10:07 PM
Cam bini lama x bg ko gi masjid.. jenggg mung
Quote TerataiMelur02 15-1-2023 10:16 PM
Nak mencarut tapi tahannnn
Quote slyfynx 15-1-2023 10:22 PM
Retis ke mentibang laut ni?
Quote rosannazmia 15-1-2023 10:33 PM
Edited by rosannazmia at 15-1-2023 10:35 PM
TerataiMelur02 replied at 15-1-2023 10:16 PM
Nak mencarut tapi tahannnn


Meols mampo bagi emoji je … letih nak caruts si dia ni.. n bini baru ni .. yg penting bini lama powerful.. selagi mampo selagi boleh dia amik.. dah selesaikan kes nya? Dia ni pon adik beradik dia pon leh tahan up mcm2 kat bini lama ek? Anywayyss bini lama senyap je, org yg mampo hired powerful lawyers ,kita rakkyat marhein x dpt tgk openly sbb meke nego in private .. pokoknya HIRED A GOODDAMN lawyers who will fight for you n your rights

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052323 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top