CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kismah Johar Minta Terus Terang Kalau Bayaran Tak Setimpal

15-1-2023 08:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 897| Komen: 4

Description: Presiden Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Kismah Johar memberitahu, isu bayaran tidak setimpal pernah berlaku sekitar tahun 2000, terutama membabitkan artis veteran.Jelasnya, ada dalam kalangan ...
Presiden Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Kismah Johar memberitahu, isu bayaran tidak setimpal pernah berlaku sekitar tahun 2000, terutama membabitkan artis veteran.

Jelasnya, ada dalam kalangan mereka termasuk pelakon tambahan yang sudah lama berkecimpung pernah dibayar RM150 hingga RM300 sehari.



FB Kismah Johar 

“Bayaran tersebut sangat tidak berbaloi ketika itu. Kalau berlaku lagi sekarang, sangat tidak wajar, apatah lagi dengan kenaikan harga barang.

“Namun, isu tersebut sudah lama berlalu dan tiada kes baharu melibatkan 100 artis veteran yang bernaung di bawah YAVM. Berkemungkinan isu itu melibatkan artis veteran di bawah pertubuhan atau persatuan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Kismah sentiasa menasihati artis veteran di bawah YAVM supaya berterus terang setiap kali mendapat tawaran kerja tidak setimpal.

Jelasnya, tidak wajar untuk mereka menerima tawaran yang tidak berbaloi kerana lakonan melibatkan komitmen masa dan tenaga di set penggambaran.


“Saya selalu nasihat supaya berterus terang sebab kita sudah mempunyai banyak pengalaman dan ada nama dalam industri.

“Kalau bayaran yang tidak setimpal, lebih baik tawaran tersebut ditolak sebab kita hendak berkarya dengan penuh keikhlasan. Bimbang apabila penat dan bayaran tidak berbaloi, kita tidak mampu berikan lakonan yang terbaik,” katanya.

Kismah bagaimanapun, akur segelintir artis veteran tidak kisah tentang soal bayaran kerana mempunyai pendapatan lain atau hidup selesa.

Kismah menjelaskan, artis veteran di bawah naungan yayasan itu juga tidak berdepan masalah seperti tidak dibayar selepas selesai menjalani penggambaran.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 15-1-2023 08:43 PM
Sebab ada yg tak kesah tulah yg bagi pluang produser penerbit tekan rendah...cerrr korang bersatu hati bab minimum charges..

Tgok apa jadi kat dunia photographer masing2 offer sudahnya dpt serendah2 bayaran..
Tgok bidang pro lawyer ke akauntan ada ke yg turunkan fee
Quote Mulotkoyak 15-1-2023 08:48 PM
Meiizu: Sebab ada yg tak kesah tulah y ...
akauntan and lawyer tu dh sah2 professional. Anyway i agreed with u.
Quote Meiizu 15-1-2023 09:26 PM
Mulotkoyak replied at 15-1-2023 08:48 PM
akauntan and lawyer tu dh sah2 professional. Anyway i agreed with u.

tulaaaa i kena bagi contoh lain lah..tak sesuai

Quote dudaberhias 15-1-2023 10:55 PM
Meiizu replied at 15-1-2023 08:43 PM
Sebab ada yg tak kesah tulah yg bagi pluang produser penerbit tekan rendah...cerrr korang bersatu ha ...

itulah... photographer iols ingat lagi dulu, harga rm500 paling murah pun... sekarang ni rm100 pun orang kata mahal

sebabnya mostly yang hambik gambar tu main hambik jah bukan meletop2 pun pic... ibarat pakai phone sendiri jah amek gambar...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046968 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top