CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nampak Artis Mewah Tapi Sebenarnya..,"- Ruhainies Dedah Bayaran Berlakon Sama Sejak Lapan Tahun Lepas

15-1-2023 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4069| Komen: 33

Description: Ruhainies kata, isu bayaran tidak setimpal kerja sudah menjadi topik ‘basi’ yang sering kali diulang canang, namun tiada sebarang penyelesaian.
Ruhainies kata, isu bayaran tidak setimpal kerja sudah menjadi topik ‘basi’ yang sering kali diulang canang, namun tiada sebarang penyelesaian.

Jelasnya, bukan tiada artis yang bersuara, namun sebahagian mereka sudah penat mengharapkan pembaharuan dalam isu bayaran tidak setimpal kerja .



Foto: IG

“Masalah bayaran tidak setimpal kerja bukan perkara baru. Orang luar mungkin melihat kami hidup senang, tetapi realitinya, sepanjang lapan tahun dalam industri seni, bayaran diterima tetap sama.

“Tidur tiga empat jam sahaja, tetapi bayaran tetap sama dari dulu sampai sekarang. Saya harap industri seni lebih menghargai pelakon, khususnya mereka yang berpengalaman.

“Bukan minta naik keterlaluan, tetapi biarlah berpatutan dan sesuai dengan kudrat serta kerja. Bayaran yang adil untuk semua. Namun, untuk salahkan mana-mana pihak juga tidak adil kerana kita tidak tahu kesukaran masing-masing,” katanya.





Ruhainies berkata, dia pernah bekerja dengan pelbagai syarikat produksi dan bersyukur apabila menerima layanan baik, selain mudah untuk berurusan serta berbincang.

“Bagi saya, syarikat produksi di negara ini banyak yang boleh dibawa berbincang. Tidak tahulah kalau pelakon lain pernah berdepan pengalaman pahit dengan mana-mana produksi. Setakat ini, Alhamdulillah, saya tiada masalah.



“Saya hanya mampu cakap, setiap kita baik produksi atau pelakon mempunyai struggle masing-masing. Dalam isu bayaran, masing-masing ada jawapan. Semua pihak perlu berbincang dan bertoleransi dalam perkara ini,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 15-1-2023 06:34 PM
Ko berlakon pun kayu. Kejung. Citer ape la yg ak bole ingt ko berlakon.
Quote luc 15-1-2023 06:56 PM
Ruhainies, sila mintak tips jadi jutawan daripada daiyan trisha
Quote maxim 15-1-2023 07:58 PM
xleh nk harapkan duit lakonan smata2 dh skang nies..kene try cari sugar daddy..baru idup senang..
Quote krustykrab 15-1-2023 08:07 PM
Lama dh tk dengar citer bf dia yg kaya tu bg hadiah etc
Quote margo20 15-1-2023 08:07 PM
Bayaran tak setimpal pun g overseas je manjang [em:24:]
Quote prizadane 15-1-2023 08:16 PM
Dah lama tak keluar cerita kemut kat forum. Dulu sheols muncul pasal cerita jantan je. Now nampak ada perubahan..at least ada topic lain. Good!
Quote Belibis 15-1-2023 08:16 PM
margo20: Bayaran tak setimpal pun g ove ...

Adakah dia nak bagitau,mewah bukan dari hasil lakonan,tapi ........[em:24:]
Quote Carcosa 15-1-2023 09:53 PM
Meols selalu terpikir, cemana lah retis2 yg belum kawin ni kalau pegi holiday dgn makpak diorang ek?
Mesti kena haruk je, sbb sah2 diorang ni bersiap nak keluar, punya lah lama. Yelah, nak makeup2, OOTD lagi, rambut lagi, haiyoiii, annoying yach
Quote Perawankota 15-1-2023 10:11 PM
So hidup mewah tu dapat dari mana
Quote friedfishsoup 15-1-2023 10:18 PM
@Kurex .....
Quote babycc 15-1-2023 10:33 PM
Da tau bayaran sket.. yg masing2 menunjuk mcm org kaya sgt knp???
Quote gideoncross 15-1-2023 10:51 PM

3 perenggan nnti dia mlahar haha.
Quote TerataiMelur02 15-1-2023 10:56 PM
luc replied at 15-1-2023 06:56 PM
Ruhainies, sila mintak tips jadi jutawan daripada daiyan trisha

Khennsss..g tanya dengan daiyan sana
Quote gekkou 15-1-2023 10:57 PM
artis sendiri yang flex hidup mewah
netizen buat la assumption jadi artis ni lumayan
hujung2 sendi di aidilfitri
dah tua esok minta derma
Quote TerataiMelur02 15-1-2023 11:02 PM
Bising2 bayaran rendah tapi memanjang g obersi…masih kategori kepok2 la tu duitnya.
Quote dudaberhias 15-1-2023 11:11 PM
bayaran ke apa semua takde kena mengena dengan produksi...
dah industri tempatan ni memang suam2 kuku dan hampir nak melingkup dah pun! macam mana nak hidup kalau bagi bayaran tinggi...

mana tak nya... semua sebab retis muka kemut macam ko jugak dikkk yang buat penonton kalih channel tengok animal planet!!! setiap kali keluar muka ko je kena kalih tengok channel lain, tup tup rela lagi acik2 kampung support streaming yahudi macam netflix tu dan sumbang ke ekonomi yahudi berbanding industri tempatan...

dah tu macam mana producer nak dapat duit, harapkan geran finas dia bagi modal taraf2 geran tekun jah... nak songlap pun tak boleh... lebih baik jadi agen kek mamasabariah katanya dari songlap geran finas yang taraf2 boleh pinjam kat ahlong promot tampal2 bawah jambatan jek tu! choiii...

bila a. aida bagi pendapat pelakon kena herlok.. ramai la pulak tak puas hati, hujung2 merempan drama/siri/filem tak laku...

kena ingat kita ni bersaing dengan streaming service macam netflix, viu etc... semua pelakon herlok2 walaupun lakonan cam panterk dan storyline macam budak tadika punya karangan...  sebab herlok ok je deorang maafkan.. kalau retis rhoper macam kau deorang maafkan tak?
Quote bitterchoc 16-1-2023 12:26 AM


Dia ni ada business ke? Kalau bayaran berlakon sikit, macam mana dia topup belanja travel sini-sana? Unless ada pakwe/suami kaya yang nak tolong belanja.
Quote sleepandream 16-1-2023 12:38 AM
8 tahun bayaran sama... apa sheols ingat ni mcm keje tetap ke tiap tahun ada increment... choiiii...
kalau gitu byrn hero heroin baru kene gaji minimum la rm1.5k
Quote kotakominami 16-1-2023 01:23 AM
Byk komplen...cer g kije mydin tgok

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top