CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hawkeye Kritikal Di Hospital, Cedera Ketika Bersihkan Salji

3-1-2023 08:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1953| Komen: 5

Description: Bintang Avengers yang membawakan watak Hawkeye dalam Avengers, Jeremy Renner kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji, kata wakil pelakon itu pada Aha ...
Bintang Avengers yang membawakan watak Hawkeye dalam Avengers, Jeremy Renner kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji, kata wakil pelakon itu pada Ahad.


“Kami boleh mengesahkan Jeremy berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas kecederaan dialami dalam kemalangan berkaitan cuaca semasa membersihkan salji awal pagi tadi,” kata wakil pelakon itu kepada majalah hiburan, Variety.

Menurut laporan itu lagi, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.


IG Renner

Renner, 51, memainkan watak adiwira popular Hawkeye/Clint Barton dalam francais Marvel, mendiami sebuah rumah di Washoe County, Nevada selama beberapa tahun.


Begitupun, tidak dapat dipastikan lokasi beliau mengalami kecederaan itu, sama ada di rumah atau mungkin di lokasi lain.

Menurut akhbar Reno Gazette-Journal, kawasan itu di utara Nevada menerima salji lebat akibat ribut pada malam tahun baharu.

Selain menjadi Avenger, Renner juga dua kali dicalonkan dalam Anugerah Oscar, memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika berlakon dalam filem The Hurt Locker dan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem The Town.

The Hurt Locker membantu menaikkan namanya yang selepas itu terus terkenal dengan pelbagai naskhah lain termasuk Arrival, American Hustler, 28 Weeks Later, The Bourne Legacy dan dua filem dalam siri Mission: Impossible.


IG Renner

The Avengers pada 2012 mengukuhkannya sebagai sebahagian daripada impian besar Marvel, dengan wataknya muncul dalam beberapa sekuel dan mendapat siri Disney+ sendiri, Hawkeye.

Renner kini membintangi siri Taylor Sheridan, Mayor of Kingstown, yang akan mula bersiaran musim kedua bulan ini.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-1-2023 09:25 PM
Lohhh dah 51 dah ke, pokcik Hokai niii. Tak nampak huh, sbb dia pun ala2 bonzai renek jah.
Semoga cepat sembuh yach Pokcik Hokai
Quote Thunderclouds 4-1-2023 06:57 AM
Hapoo..ntah jaman bila la menang oscar. Merapu ja. Salam takziah.
Quote KamikuP 4-1-2023 11:19 AM
Moga cpt sembuh, brap tinggi dia ye nmpk renek jahh
Quote mizzmimi 8-1-2023 09:46 AM
Thunderclouds replied at 4-1-2023 06:57 AM
Hapoo..ntah jaman bila la menang oscar. Merapu ja. Salam takziah.

Colan je baru.. tapi actors ni memang kena mention pon kalo dah ade oscar nomination. Big deal for them
Quote mizzmimi 8-1-2023 09:47 AM
GWS hawkeye.. nampak teruk gak tapi dah bole selfie

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045138 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top