CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tegar Septian Sedia Buat Ujian DNA, 6 Bulan Cerai Baru Tahu Anak Bukan Dari Benihnya

3-1-2023 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2701| Komen: 16

Description: Selepas enam bulan bercerai, penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian akui baru tahu selama ini bekas isterinya Sarah Sheilka berbohong bahawa anaknya Abidzar Oktaviano Putra Septian itu bukan dari ...
Selepas enam bulan bercerai, penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian akui baru tahu selama ini bekas isterinya Sarah Sheilka berbohong bahawa anaknya Abidzar Oktaviano Putra Septian itu bukan dari benihnya.


Tegar mendakwa bekas isterinya sudah pun hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun lalu.


IG Tegar

"Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi...ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah," katanya.

Tegar membongkar mengenai perkara itu di ketika Live di TikTok.

Tidak lama kemudian, Tegar mendedahkan sudah pun tahu isterinya hamil luar nikah sebelum mereka bernikah.

"Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil. Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan. 

"Masa tu saya tak berfikir panjang.. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan," ujarnya.

Apabila ditanya pengikut laman sosial siapa gerangan bapa sebenarnya anaknya, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isterinya.

"Anak siapa? tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia," tebaknya.



Pasti dengan dakwaannya itu Tegar sedia untuk melakukan ujian pengesahan DNA.

"Saya cuma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya.

"Belum test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?" soalnya.



Tegar dan isteri telah bercerai enam bulan lalu dan hasil tiga tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 3-1-2023 10:16 PM
Kesian kau tegar.
Quote CardiGans85 3-1-2023 10:48 PM
So, 3 hari kenal ex wife dan ex wife terus terang dia sedang mengandung. Memang la bukan anak ko tegar. Apa ke hal ko sebar kan aib bekas isteri sedangkan ko sendiri yg nak jadi pak sanggup.

Ke aku yg salah faham?
Quote AcikBuncit 3-1-2023 11:26 PM
CardiGans85: So, 3 hari kenal ex wife dan e ...


Rasanya cmni, tegar ni jimak jgk ngn p. Puan ni dlm 3hari knl tu. Pastu pmpuan tu kata dia pregnant. Tegar pn kalut pkirkan tu anak luar nikah dorg.. Jd dia terus menikah. Kalo ikut logik mmg bdoh btl tegar ni hahaha
Quote gerbera.memopad 4-1-2023 12:16 AM
Dunia entertainment Indo memang meriah kan dengan gossip hangat begini. Macam-macam je kita dengar/baca.
Quote intan244 4-1-2023 06:45 AM
3 hari boleh detect pregnant ke.
Quote sayurmayur88 4-1-2023 07:34 AM
gosip dari seberang uolsss
Quote pinkpunk 4-1-2023 08:22 AM
sendiri pun tabur benih, pastu eloklah jaga benih org lain.
Quote prince_marhaen 4-1-2023 09:53 AM
"Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil. Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan.

"Masa tu saya tak berfikir panjang.. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan," ujarnya.


Tegar ni memang dari kecik membawak ke besar memang otak tak boleh fikir eh...?
Quote kaedahnya 4-1-2023 10:13 AM
kenapa tegar nampak cute pulak dah tua bangka ni
Quote KamikuP 4-1-2023 11:18 AM
Comey pulak anak haram si Tegar nih
Quote margo20 4-1-2023 11:30 AM
Tegar sungguh kamu ya
Quote ketambangkang 4-1-2023 03:20 PM
intan244 replied at 4-1-2023 06:45 AM
3 hari boleh detect pregnant ke.

si tegar ni kan lurus bendul bdknya...agknya fepren masa tu ckp dh pregnant so dia percaya je la tu anak dia
Quote kashaz 4-1-2023 04:58 PM
3 hari jumpa terus nak kawen?
pompuan tu ckp ngandung anak dia ke yg nak claim tertipu nih? kira dia ni mmg bodoh+pemalas sampai skang la ye..huhu..

pastu apesal pulak nak kait dgn bf baru? kot ye pun anak laki lain, maybe dgn bf dulu laa.

statement exwife plak ckp Tegar ni tak bagi duit and pemalas main game je.
Quote borrow 4-1-2023 05:19 PM
Gali news lama , anak deyols ni edisi kalkulator tp dinafikan. Now keluar citer gini plak. Mcm2 la , kat forum ni pun byk bace citer isteri ngandung benih org lain. DNA test la jawabnya.
Quote heythere123 4-1-2023 11:04 PM
intan244 replied at 4-1-2023 06:45 AM
3 hari boleh detect pregnant ke.


Iols rasa dorang dah tido sekali pastu lepas 3 hari pompuan tu cakap dia pregnant anak Tegar, memang bodoh la Tegar ni kalau percaya
Quote arffa 5-1-2023 08:23 AM
AcikBuncit replied at 3-1-2023 11:26 PM
Rasanya cmni, tegar ni jimak jgk ngn p. Puan ni dlm 3hari knl tu. Pastu pmpuan tu kata dia pregnan ...

Sekolah tak abis, masa berhenti sekolah tu tak masuk lagi topik pembiakan.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056866 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top