Semuanya tampak sempurna sejak Lee Seung-gi mengorak langkah masuk industri hiburan Korea Selatan pada 2004. Namun, sejak awal Disember tahun ini, penyanyi yang dikenali menerusi program 1 Night 2 Days itu menjadi bualan hangat akibat masalah dengan bekas agensinya, Hook Entertainment.
Masalah tersebut menjadi lebih besar selepas pelantun I Love You From Now On itu membuat keputusan ‘angkat kaki’ daripada Hook Entertainment yang menjadi agensinya sejak awal karier. Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan jumlah bayaran dan keuntungan yang didakwa belum dibayar pihak terbabit kepadanya.
Tidak ingin memperbesar isu, Hook Entertainment bertindak untuk membuat pembayaran 5.4 bilion won (RM18 juta) kepada Seung-gi, namun wang tersebut disumbangkan Seung-gi kepada golongan memerlukan. “Apa yang boleh saya janjikan ialah saya akan menderma keseluruhan jumlah tersebut tidak kira berapa jumlah tunggakkan kecuali untuk tuntutan bayaran mahkamah. “Jika wang tersebut boleh digunakan untuk orang lain yang lebih susah, saya dapat rasakan kebahagiaan lebih daripada nilai yang diterima. “Mereka mungkin berpendapat saya hanya mengambil tindakan undang-undang untuk mendapat bayaran, namun bagi saya hasil titik peluh seseorang tidak boleh digunakan secara tidak adil atas ketamakan orang lain,” ujar Seung-gi dalam sebuah entri Instagram.
|
KamikuP: Ni betul2 perah keringat nih.. ...
KamikuP: Ni betul2 perah keringat nih.. tapi knp skrg baru berbunyi dulu senyap jahhh..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059022 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.