CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Menari Tiang, Cinta Laura Dituduh Pelacur

22-12-2022 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3556| Komen: 11

Description: Bintang Indonesia, Cinta Laura menuai banyak pro dan kontra selepas memuat naik perkembangan terkini kerjaya seninya.
Bintang Indonesia, Cinta Laura menuai banyak pro dan kontra selepas memuat naik perkembangan terkini kerjaya seninya.

Menerusi foto dan video yang dikongsikan di Instagramnya, Cinta Laura memberi sedutan watak dalam karya terbaharunya.



Foto: IG

Pelakon berusia 29 tahun tersebut membawa watak seorang pole dancer atau penari tiang dan pelacur dalam siri berjudul Scandal 2: Love, Sex and Revenge. 

Untuk menjayakan watak tersebut, pelakon itu mengaku terpaksa menghabiskan sehingga 20 jam belajar melakukan tarian tiang selain tampil dengan pakaian yang agak terbuka.

Bukan mendapat pujian, sebaliknya banyak netizen terkejut dengan keberanian Cinta Laura kelihatan sangat seksi atau vulgar hanya untuk menjayakan sesuatu watak.


Antara kritikan yang dilayangkan berbunyi:  "Astagfirullah demi filem Cinta kamu rela bahagian bahagian (badan) dipertontonkan wow. Kamu hebat membuka aurat begitu terbuka.”

“Sebenarnya hak dia mahu berperanan sebagai apa, tapi menurutku filem filem seperti ini tak ada positifnya sama sekali, prestasinya di mana?

“Nanti akan ditiru oleh generasi muda..busana+dancenya sangat vulgar," kata warganet lain seperti dilaporkan Kompas.


Foto: IG

“Untuk kalian yang sudah berfikiran negatif, berfikir buruk tentang inti cerita series ini tanpa akal kritis dan menghakimi orang-orang yang terlibat, kerugianmu," tulis Cinta Laura di akaun Instagramnya.

Dia juga mendoakan agar para pengkritik mencapai kehidupan masa depan dengan moral yang lebih baik.

“Aku doakan kalian sendiri sudah dijalan hidup yang sempurna dan mencapai tingkat moralitas tertinggi agar merasa layak untuk menghakimi keperibadian dan jalan hidup orang lain," katanya.

Menerusi siri yang ditayangkan lewat platform Vidio ini, Cinta Laura memainkan peranan seorang penyamar sebagai pelacur bernama Luna.

Dia sebenarnya bekerja sebagai pelacur dan penari di kelab Royal Club untuk memusnahkan bisnes haram pemilik kelab tersebut.


Sumber: Gempak







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 22-12-2022 06:39 PM
Pada dia maybe la cam pakai bikini jek so apedehal.
Quote lasagna 23-12-2022 08:19 AM
sejuk kot bila dh pkai cenggitu, sbb tiang tu besi kan
Quote kaedahnya 24-12-2022 04:40 AM
lawa dia ni. tapi mak dia macam ada buat tetek pulak.
Quote nononcrux 24-12-2022 09:13 AM
terima lah dgn hati terbuka kritikan natijen, kerna kamu itu yg menjadikan diri kamu dikritik..
Quote Hoshhi 6-1-2023 01:20 AM
Cuma nak cakap sheols cantik tu je
Quote Hoshhi 6-1-2023 01:21 AM
Perkara biasa terjadi dekat indon. Tak kisah halal haram
Quote takayama 6-1-2023 01:32 PM
cantik dia ni
dah lama x layan sinetron yg CL ni berlakon
Quote Paiya 8-1-2023 03:15 PM
mana nak tengok movienya?
Quote WeAiNe 18-1-2023 12:38 PM
bukan benda gini stadard je ke
Quote siwasa 21-1-2023 06:55 PM
Paiya replied at 8-1-2023 03:15 PM
mana nak tengok movienya?

bukan movie sis but drama series
the title is Scandal 2
tayangnya di app Vidio https://www.vidio.com/premier/6993/scandal-2-love-sex-revenge
weekly setiap hari kamis, sudah sampai eps 8 dan masih ongoing

Scandal 2 : Love, Sex, Revenge
Quote Paiya 22-1-2023 04:27 PM
siwasa replied at 21-1-2023 06:55 PM
bukan movie sis but drama series
the title is Scandal 2
tayangnya di app Vidio https://www.vidio.c ...

oo

thank u


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052010 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top