CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Urfi Javed Ditahan Polis Dubai Kerana Terlalu Mencolok Mata

23-12-2022 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2269| Komen: 12

Description: Mungkin ramai tidak mengenali Urfi Javed, tetapi di India, Urfi sering kali mencetus kontroversi dengan berpakaian mencolok mata.Terbaru, aktres dan pempengaruh media sosial yang mengecapi kemasyhuran ...
Mungkin ramai tidak mengenali Urfi Javed, tetapi di India, Urfi sering kali mencetus kontroversi dengan berpakaian mencolok mata.

Terbaru, aktres dan pempengaruh media sosial yang mengecapi kemasyhuran menerusi program OTT, The Bigg Boss ditahan Polis Dubai sewaktu membuat rakaman video dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan tubuhnya.  


Susulan itu, Urfi disoal siasat berhubung pemakaiannya di dalam muzik video tersebut.


IG Urfi

Menurut pihak berkuasa Dubai, tiada masalah untuk Urfi mengenakan pakaian yang terdedah sedemikian, tetapi yang salahnya apabila dia mengenakannya di kawasan khalayak ramai.

“Dia telah membuat rakaman video untuk Instagramnya dengan mengenakan pakaiannya yang direkanya sendiri.


“Menurut pihak polis Dubai, ia terlalu mendedahkan. Tetapi, tiada masalah dengan pakaiannya itu sebetulnya.

“Tetapi, dia membuat rakaman itu di kawasan terbuka dan mengenakan pakaian sebegitu di tempat sebegitu tidak dibenarkan.

“Dia sedang disoal siasat pihak polis. Kita tunggu dan lihat bagaimana,” kata satu sumber memberitahu Bollylife.com.

Tim Urfi yang menemaninya ke Dubai juga dilarang untuk membuat kenyataan berhubung isu penahanannya.



Bahkan, tiket pulang Urfi ke India juga dilaporkan akan terbatal disebabkan dia ditahan untuk disoal siasat polis di sana.

Setakat ini, Urfi masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung penahanannya itu.

Walaupun sering dikecam dikritik kerana berpakaian pelik, terdedah dan tidak senonoh sehingga ada di antaranya yang sekadar menutupi payu dara dan kemaluannya, dia tidak ambil pusing terhadap kata orang ramai terhadapnya.


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 23-12-2022 01:53 PM
Badan dia lawo.
Quote babelina 23-12-2022 02:17 PM
x la cantik mana.. body pn x meletops sgt.. org kt india pn x suka dia..
Quote ayukpingu 23-12-2022 02:20 PM
selalu lalu lalang pasal dia ni dlm IG. aku pun pelik apsal outfit dia haukk betul. kat airport boleh pakai bra dan shortpant kain lace aje...adoii bagus bogel terus.
Quote missyL 23-12-2022 04:08 PM
Straight je body sheols. Xde Curve
Muka pn bese2
Pakai elok2 pn cntik dik
Quote nononcrux 23-12-2022 04:09 PM
india kan dia ni.. daring sgt, dah la negara paling byk kes rogol.
Quote orkidorkido 23-12-2022 04:27 PM
Apa nak dibuktikan pun tak tahu
Duk flash free jer dekat mamat-mamat india tu eeuuwww simpan la sikit
Quote mawarkhayalan99 23-12-2022 04:37 PM
xtakut ke sheols daring kt negara yindia tu
Quote uori 23-12-2022 11:03 PM
netijen kecam retis berada di mana2
Quote hidet 24-12-2022 06:40 PM
Adan uke dia..berani sangat..sheols dah la umat Isle
Quote mandear11 24-12-2022 07:32 PM
she is attention seekers....dia bukan pelakon movie..tapi drama je....same as sorang lagi tu..rakhi sawant....
Quote Kentot_Wangi 1-1-2023 08:52 PM
Kt sana pmpn pakai elok pn kena rape, apatah ko pakai gitu.. Berani sgt ko sis...
Quote gold_teeth 2-1-2023 08:25 PM
Ade jgak indian lady yg small breast ye. Dok nmpak slalu montok2

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051943 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top