CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Dibiarkan Sampai Nak Jatuh, Lesti Kejora Dan Rizky Billar Dikecam Sibuk Sangat Main Handphone Dalam Kereta

22-12-2022 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1398| Komen: 0

Description: Pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sekali lagi menjadi bualan warganet apabila didakwa mengabaikan anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih.
Pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sekali lagi menjadi bualan warganet apabila didakwa mengabaikan anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih.

Menerusi perkongsian video di Instagram Rumpi_gosip memaparkan keluarga kecil itu di dalam sebuah kereta namun Leslar dibiarkan duduk tanpa pengawasan ibu bapanya.

Lebih membimbangkan, mereka tidak meletakkan kanak-kanak itu di dalam 'car seat' bagi memastikan keselamatannya.

Foto: IG


Malah, Lesti dan Rizky dilihat leka dengan telefon bimbit masing-masing sehingga mengabaikan anak mereka yang hampir terjatuh.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet menyelar tindakan pasangan berkenaan kerana bimbang keselamatan anak kecil mereka.




"Patut lebih berhati-hati, kena pegang tangan anak lebih-lebih lagi bila dia duduk di tengah tanpa kerusi bayi.

"Risau Leslar terjatuh ke depan atau bekalang, mak ayah dahlah tengah sibuk dengan telefon bimbit.

"Kenapa duduk dekat tengah-tengah itu? Macam tak ada orang nak jaga," antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.123909 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top