CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Princess Johor Paling Cantik," Lama Tak Nampak Sebab Tak Ada Media Sosial, Ramai Teruja Tengok Tunku Aminah

7-12-2022 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10423| Komen: 106

Description: Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sulta ...
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.


Baru-Baru ini, tular di tiktok video makeup Tunku Aminah yang dimuat naik oleh akaun @babarabeer yang telah berjaya mencuri perhatian para netizen dengan kecantikannya.

Foto: tiktok

Dalam video yang dimuatnaik, terlihat begitu cantik dan anggun wajah Tunku Aminah hasil sentuhan makeup daripada Babarabeer. 

Pada kapsyen video tersebut, dia mengatakan makeup yang dikenakan pada Tunku Aminah sangat cantik.


Di ruangan komen tersebut, rata-rata netizen memuji kecantikan Tunku dan ada juga yang mengatakan wajahnya kelihatan seperti orang Thailand. 



Netizen turut teruja melihatnya setelah sekian lama tidak tahu perkembangan Tunku selepas Tunku menghapuskan sosial medianya.

"Masya’allah TTA Princess Johor paling cantikkkkk."

"Sejak Tunku Aminah ni takde Instagram, susah nak tau perkembangan dia. So bila ada muka dia naik kat mana-mana sosial media excited weh!"

Sekadar info, Baginda telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. 

Produk ini dicetuskan oleh baginda sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 7-12-2022 06:20 PM
Edited by stingergrumpy at 7-12-2022 06:22 PM

Rakyat teloq tengah kekurangan, the last they want to be reading adaler ttg perkara kayangan macam ni...

Pls ler have ihsan on rakyat...
Quote purplelilac 7-12-2022 06:35 PM
Rakyat marhaen ramai lg cantik tau, cuma bukan kerabat je hehe
Quote otai_g 7-12-2022 06:38 PM
stingergrumpy replied at 7-12-2022 06:20 PM
Rakyat teloq tengah kekurangan, the last they want to be reading adaler ttg perkara kayangan macam n ...

Ini 2 bnd yg berbeza la bro. X kan psl telor kurang ko x nak tgk tv, baca mastika, isap shisha?
Quote green~tea 7-12-2022 06:39 PM
purplelilac replied at 7-12-2022 06:35 PM
Rakyat marhaen ramai lg cantik tau, cuma bukan kerabat je hehe

Tp ayat deme tu dah betull...

Princess johor paling cantik (comparison among princesses of johor je lah)
Quote stingergrumpy 7-12-2022 06:42 PM
otai_g replied at 7-12-2022 06:38 PM
Ini 2 bnd yg berbeza la bro. X kan psl telor kurang ko x nak tgk tv, baca mastika, isap shisha?

Rakyat yg tengok aku tak salahkheun tapi pihak kayangan kalau punyai sedikit akal dan Ikhsan pada keadaan rakyat skg yg dalamkeperitan hidup can always choose not to show atau kongsi benda2 macam ini….buat waktu ini…

Yes? No?
Quote LadyCarefree 7-12-2022 06:45 PM
Edited by LadyCarefree at 7-12-2022 11:36 PM
purplelilac replied at 7-12-2022 05:35 PM
Rakyat marhaen ramai lg cantik tau, cuma bukan kerabat je hehe


ekzekli. Even mighabasik lg cantik dari dia. Jadiknya apa.
Asal kerabat asal retis asal mix omputeh je puji kemain
Quote lilacomot 7-12-2022 06:49 PM
Kecantikan mak dia x menurun kt anak
Quote glump 7-12-2022 07:03 PM
Tulah .dimata ku mak dia lagi cantik
Quote dani-rox 7-12-2022 07:10 PM
green~tea replied at 7-12-2022 06:39 PM
Tp ayat deme tu dah betull...

Princess johor paling cantik (comparison among princesses of johor ...

di kalangan princess johor, maksudnya termasuk yg bekas sekali mcm acik dengki?
Quote alesandra 7-12-2022 07:15 PM
lilacomot replied at 7-12-2022 06:49 PM
Kecantikan mak dia x menurun kt anak

Muka pun muka belah2 bapak
Quote green~tea 7-12-2022 07:16 PM
dani-rox replied at 7-12-2022 07:10 PM
di kalangan princess johor, maksudnya termasuk yg bekas sekali mcm acik dengki?

Adoi kategori princess lg ke..
Quote krustykrab 7-12-2022 07:16 PM
No komen
Quote Suchi 7-12-2022 07:26 PM
Hidung dia mancung dan kulit dia brown sugar oklaah
Quote green~tea 7-12-2022 07:30 PM
alesandra replied at 7-12-2022 07:15 PM
Muka pun muka belah2 bapak

Ok lah kan.. lebih tang lain.... kurang tang lain ...

Nobody's perfect
Quote _blackbird 7-12-2022 07:36 PM
bagi iols la feature muka dia ni average je tapi kulit heshe mmg cantik ler
Quote jejaka_hensem 7-12-2022 07:56 PM
Tapi tak leh lawan mimi lana,
Quote melinda_kerr 7-12-2022 08:23 PM
Kalau dipuji cantik je mesti nk ckp cantik mcm bangsa asing. Kalau melayu asli mmg tk lawa ke.. sama gak bila puji baby2 comel. Mesti nk kata comel mcm baby korea, mcm baby turkey. Melayu byk je dilahirkan elok rupa okay
Quote helicornia 7-12-2022 08:27 PM
Bg aku cantik dia ni.even tk make up sgt
Quote che-cikL 7-12-2022 08:28 PM
Cantik jelita nombor syatu Puteri Perak ya nets semua, walaupun kecik lagi.

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.105291 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top