CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Politik Bergaduh Di Parlimen, Seorang Masuk Hospital Sebab Dipukul Di Muka Dan Dada

7-12-2022 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1008| Komen: 12

Description: ANKARA – Seorang ahli politik terkemuka di Turkiye, Huseyin Ors dikejarkan ke sebuah hospital selepas beliau dipukul dalam satu pergaduhan di Parlimen di Ankara, lapor portal berita Metro UK semalam. ...
ANKARA – Seorang ahli politik terkemuka di Turkiye, Huseyin Ors dikejarkan ke sebuah hospital selepas beliau dipukul dalam satu pergaduhan di Parlimen di Ankara, lapor portal berita Metro UK semalam.


Ors, ialah seorang anggota Parlimen dari parti pembangkang, Good Party. Beliau  dilaporkan ditumbuk di muka dan di dalam dadanya terdapat perentak jantung, menyebabkan beliau diletakkan di bawah penjagaan kecemasan.

Aylin Cesur iaitu seorang lagi anggota Parlimen daripada Good Party yang juga seorang doktor perubatan merawat rakan sejawatnya itu sebelum ambulans tiba di lokasi kejadian.


Foto: Anadolu

“Rawatannya diteruskan di unit rawatan rapi kerana keadaannya yang mengancam nyawa. Saya berharap peristiwa sebegini tidak akan berulang lagi,” kata Cesur kepada stesen penyiaran T24.


Satu rakaman televisyen menunjukkan berpuluh-puluh ahli politik menolak dan menampar antara satu sama lain di dalam bangunan Parlimen itu dengan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka jatuh ke lantai.

Setakat ini, punca yang menyebabkan perbalahan itu berlaku masih lagi tidak jelas tetapi ia berlaku semasa sesi perbahasan mengenai bajet tahun depan.

Ketegangan semakin memuncak dalam politik Turkiye kerana negara itu akan mengadakan Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Parlimen pada bulan Jun tahun depan.

Jurucakap Good Party, Kursad Zorlu berkata: “Ia adalah hari yang menyedihkan bagi pihak Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye dan hari yang memalukan bagi mereka yang melakukan serangan itu.” – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 8-12-2022 12:11 AM
x professional lansung. tolongla dewasa sikit.
Quote dua_chzy 8-12-2022 12:14 AM
intan244 replied at 7-12-2022 04:11 PM
x professional lansung. tolongla dewasa sikit.

Masalahnya setiap ummah dewasa punya inner child di dalam diri mereka yang sesekali akan terlepas keluar membuat mereka bertindak kebudak2an seperti ahli politik Turkiyeh ini.
Quote doubleharmonic 8-12-2022 12:42 AM
good party ke good piggy? good party celah mana ko ni kalo dah perangai serupa babi?
Quote edayildiz 8-12-2022 01:22 AM
makin tua seseorg itu makin berperangai mcm bdk..
cth depan mata manager kt ofis ..menyampahh..dasar manager takde kualiti..
ingat i heran ngan dia..19 missed call k

oh btw ingat politician from malaysia
Quote rosedemon 8-12-2022 10:42 AM
jap lag mlysia pon bgasak macam tu
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2022 10:49 AM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab want to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 8-12-2022 10:50 AM
good party ke good piggy? good party celah mana ko ni kalo dah perangai serupa noreen?
Quote TomyamPuteh 8-12-2022 10:57 AM
Turkiye yg dibanggakan bang non.
Quote Suchi 8-12-2022 11:26 AM
Kat malaysia tak sampai camni sbb memasing dah terlalu uzur belaka
Tp cam biasa laa walau fizikal dah uzur mulut tetap berbisa
Quote ifanonline 8-12-2022 11:46 AM
sepatutnya insiden mcm ni berlaku di malaysia...ahli parlimen lelaki memulas puting ahli parlimen lelaki dan wanita dlm dewan rakyat
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 11:48 AM
Dah macam kartun la pulak ahli politik ni Harap2 pak menteri di negara kita ni taklah terikut2 dengan emosi gila-gila.
Quote KamikuP 8-12-2022 03:33 PM
Kalau berlaku kat Msia alamat le

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046192 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top