CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Perjalanan Hijrah Saya Tak Susah,"- Pakai Tudung Tak Tutup Rezeki Intan Ladyana Berlakon

6-12-2022 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1738| Komen: 7

Description: Tampil berhijab sejak penghujung Oktober lalu, pelakon Intan Ladyana tidak melihat tindakannya menutup aurat akan menyekat peluang untuk terus berlakon dan menerima tawaran daripada produksi.
Tampil berhijab sejak penghujung Oktober lalu, pelakon Intan Ladyana tidak melihat tindakannya menutup aurat akan menyekat peluang untuk terus berlakon dan menerima tawaran daripada produksi.


Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 40, berkata, banyak watak dalam drama atau filem pada masa kini sudah mengetengahkan jalan cerita dan pelakon wanita berhijab.

Foto: IG

"Bagi saya kalau ada yang kata kurang watak apabila sudah berhijab itu adalah tak benar. Banyak jalan cerita yang menampilkan wanita berhijab.

"Malah rakan-rakan artis juga sekarang sudah ramai yang mula berhijab," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Intan berkata, dia juga akan meletakkan batasan sebelum menerima tawaran lakonan supaya ia seiring dengan imej baharunya tersebut.

Malah isteri kepada pelakon Harris Alif itu memberitahu dia juga lebih memilih pakaian bersesuaian agar tidak keterlaluan dalam drama lakonannya seperti penampilan di khayalak ramai.



"Dalam berlakon kenalah ada batas. Ia perlu seiring dengan penampilan serta status saya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Gaya saya masih sama seperti dahulu cuma sekarang perlulah menutup aurat dan bersesuaian. Setiap pemilihan baju juga perlu sesuai dengan majlis cuma tidak boleh keterlaluan," ujarnya.

Berkongsi perjalanan mula berhijab, Intan meluahkan rasa syukur kerana niatnya itu dipermudahkan.

Dia yang sebelum ini berkongsi gambar memakai tudung di laman sosial miliknya juga mendapat banyak pujian netizen serta rakan-rakan selebriti.



Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga memberitahu kehidupannya kini berbeza selepas melahirkan anak pertama pada 1 Februari lalu.

"Saya baru sahaja berhijab. Perjalanan hijrah saya ini tidaklah sukar. Insya Allah semoga berterusan.




"Kehidupan sekarang agak hectic sedikit. Perlu uruskan masa untuk kerjaya dan keluarga. Kedua-duanya harus diberi fokus sebagai mungkin. Bagaimanapun saya enjoy dan ia adalah satu pengalaman baru buat saya," jelasnya.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Evie Khadeeja. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-12-2022 09:46 AM
muka ko dah kertu, mohon buat palstic surgery
Quote lifeline 7-12-2022 10:02 AM
40 dah eh umur dia
laki still muda trang tang tang tang
Quote babelina 7-12-2022 10:54 AM
kna pkai tudung.. sbb leher beropol x bole nk di cucuk2.. cheta pn gitu.. sbb dh nmpk leher tu kedut2an..
Quote nawtylulu 7-12-2022 02:44 PM
semoga istiqomah
Quote mamajawie 8-12-2022 12:00 PM
rosedemon replied at 7-12-2022 09:46 AM
muka ko dah kertu, mohon buat palstic surgery

adoi sedas ko bagi kot ye pun..ahahahhaha

Quote mamajawie 8-12-2022 12:01 PM
babelina replied at 7-12-2022 10:54 AM
kna pkai tudung.. sbb leher beropol x bole nk di cucuk2.. cheta pn gitu.. sbb dh nmpk leher tu kedut ...

sape kata chuollsss? tengok KD ni gambar tahun ni ye tapi takut filter la khuenss..



Quote fair_iza 8-12-2022 01:49 PM
Suka statement intan ni. Jwpn x meleweh, xde lh citer pelik2 sblm bertudung.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063803 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top