CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suka Tengok Pasangan Ini. Beli Kereta Biasa-Biasa Pun Dah Bersyukur" Amar Baharin Dan Amyra Rosli Dipuji Netizen

7-12-2022 07:39 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 10496| Komen: 94

Description: Beberapa hari lepas, pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli bersama suaminya, Amar Baharin telah berjaya meraih perhatian ramai.



Beberapa hari lepas, pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli bersama suaminya, Amar Baharin telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Amyra, 31, berkongsi keterujaan bersama suami kerana hasil penat lelah kerja keras bersama, mereka dapat membeli kereta baharu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberi pujian buat pasangan ini dan menyifatkan mereka sebagai bersederhana walaupun berkemampuan untuk membeli kereta mewah yang lebih mahal.

@filmsmine : i just wanna say, sejuk hati tengok video ni. you guys sangat pure and transparent couple. they just happy on their way. sebab semua hanyalah pinjaman Allah. i selalu perasan this couple punya life journey. they are supporting each other. sebab tu Allah murahkan rezeki kalian. even i rasa you guys mampu beli lebih dari ni, but you guys choose to be lowkey and happy on your own way. teruskan this kind of attitude semoga Allah rahmati keluarga ini dunia akhirat.

@fazierarashid : Suka tengok pasangan ini. Kereta biasa2 pun dah bersyukur. Tak payah BMW MERC ka. Sederhana Alhamdulillah

@beautiful2026_life : Alhamdulillah..Tahniah cantik ..yang banyak pakai Merc ..Bmw tu recon or second hand..tapi apa apa kereta pon yang penting syukur..

@anis.coway : Yang penting keluarga bahagia...poket masing2..keluarga kite susah orang tak tahu...hanya pandai bercakap..

@nvvrasmida : Happy anni... Simple jee letak balloon kt pagar rumahhhh.

Namun segelintir wargamaya yang lain mengatakan kereta yang dibeli oleh pasangan ini bukan dalam kategori kereta sederhana golongan marhaen.

@dreamz.chasersz : HRV2022 Turbo. Tahniah

@ahmad.hamid.1238292 : honda ...bukan kereta b40

@intan26 : Ni bukan beshe2 ni. yang biasa macam saya..viva forever

@_.rethh : Honda... Kalau saya yang marhaen ni... tu bukan keta biasa.. keta biasa perodua atau proton... Tu pun takat myvi alza saga.. kalau dah Ativa, x50 x70 tu pun dah tak baper nak marhaen lagi..

Menerusi Instagram Story, Amyra turut mengungkapkan kata-kata buat suami dan peminat.



“Sayang @amarbaharin thank you sangat sangat sangat tau.

“Mungkin orang nampak kita senang untuk dapat itu ini, tapi hakikatnya kita sahaja tahu macam mana usaha keras kita untuk miliki semua pinjaman Allah ini.

“Mommy sentiasa doakan sayang murah rezeki dan sentiasa dalam jagaan Allah.

Malah, Amyra turut memberi kata-kata semangat kepada pengikutnya yang membaca Instagram storynya.

“Kepada anda yang baca caption ini, jangan berhenti usaha, berbakti kepada ibu bapa, jangan sombong, jangan tinggal sedekah dan sentiasa taat perintahNya.

“InshaAllah dia permudahkan hidup kita dan lapangkan rezeki kita.

“Miskin, kaya, bahagia, sakit, berjaya itu semua ujian. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diatur oleh yang maha Esa okay" tulisnya.



Sekadar info, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 5 dan Ayra Aryssa, 2 tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 7-12-2022 03:48 AM
Kereta wow lah jugak ini. Category second upper. Ingat kot beli kancil.
Quote LadyCarefree 7-12-2022 04:04 AM
halah halah hamster beli kereta lah!
Quote piyek92 7-12-2022 04:13 AM
Hrv baru kalau fullspec 140k lebih jugak.saing2 crv dengan cx5.tapi aku tak minat hrv ni nampak buruk.cantik lagi body mazda cx5
Quote kuchenta_81 7-12-2022 06:03 AM
Bukan ke masa Amyra preggy no 1 si Amar hadiahkan HRV? so just upgraded ke new HRV la eh?
Quote ALDRIN 7-12-2022 06:06 AM
Retis and meriak berpisah tiada......keta biase2 jerr...yg penting H..ko ada?...
Quote emera 7-12-2022 06:22 AM
Hrv baru ni hodoh yaamat.
Quote naina 7-12-2022 07:14 AM
piyek92 replied at 7-12-2022 04:13 AM
Hrv baru kalau fullspec 140k lebih jugak.saing2 crv dengan cx5.tapi aku tak minat hrv ni nampak buru ...

Ramai giler pakai Mazda cx5 skng..raya2 Kaler merah tu
Murah sangat ke dah macam Myvi di mana2
Btw Ammar masa baru kawen dulu pun hadiahkan Honda civic baru kat Amyra. Skng Honda lagi. Peminat Honda kapel ni
Quote naina 7-12-2022 07:14 AM
kuchenta_81 replied at 7-12-2022 06:03 AM
Bukan ke masa Amyra preggy no 1 si Amar hadiahkan HRV? so just upgraded ke new HRV la eh?

Civic..tak silap aku
Quote noorhairiahma 7-12-2022 07:15 AM
kereta biasa2 dia kata?

wow, netizen dan pemenat semua kaya raya....
Quote naina 7-12-2022 07:15 AM
Aku tak boleh lah tengok anak laki dia..mesti berkata2 dalam hati. Rupa anak sulung dia matang lebih dari usia.
Quote virgocircus 7-12-2022 07:22 AM
Tahniah....anak boy dia muka matang
Quote orkid_amani 7-12-2022 07:24 AM
Dulu aii mintak amyra ni tapi bila dia pilih utk settle down dgn Ammar aii dah tak minat she deserved better than Ammar tapi tetap mendoakan kebahagiaan Amyra dari jauh
Quote sangbara2020 7-12-2022 07:36 AM
aku baca tajuk, trus ingat dia beli kete kancil....ghupernye...ermmm kan je lah, nak terpalingkah?
Quote dejure 7-12-2022 07:39 AM
Wlpn ammar ni rupa hamster tapi jumpa in real mmg handsome..itu saje yg boleh aku kata..
Quote scarflicious 7-12-2022 07:46 AM
Hrv memang cantik luar dalam dan spec pun cun! Kalau nak compare dgn competitors, mmg HRV ke depan lah. Good choice Amar and Amyra. Enjoy the car.
Quote imransulaiman 7-12-2022 07:55 AM
naina: Aku tak boleh lah tengok anak  ...


Sebab dagu dia ke?
Quote emera 7-12-2022 07:57 AM
Tu rumah dia ke? Mcm tak gaya eco majestic pun.
Quote makton 7-12-2022 07:57 AM
naina replied at 7-12-2022 07:15 AM
Aku tak boleh lah tengok anak laki dia..mesti berkata2 dalam hati. Rupa anak sulung dia matang lebih ...

aku pun sama fikir mcm ko
Quote Lavender_Violet 7-12-2022 08:09 AM
emera replied at 7-12-2022 06:22 AM
Hrv baru ni hodoh yaamat.

Alamak...tak sama lah mata kita
Me loike HRV baru ni...yg lama tak cun
Yg baru nampak sporty

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.101305 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top