CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Untung Lah Abe Jo", Fizo Omar Berangkat Ke Qatar Untuk Menyaksikan Piala Dunia 2022 Secara Live

6-12-2022 08:07 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3116| Komen: 27

Description: Pelakon dan usahawan, Fizo Omar kini sedang berada di Qatar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 secara langsung disana.



Pelakon dan usahawan, Fizo Omar kini sedang berada di Qatar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 secara langsung disana.

Terdahulu, Fizo memuat naik video dan gambarnya di Instagram sebelum berangkat ke Qatar.

Sebelum berangkat Fizo sempat bertanyakan tips nak pergi Qatar kepada isterinya Fazeera Nazri Azrai yang merupakan bekas pramugari dan pernah bertugas di Qatar selama dua tahun.


Ini kerana Fizo tidak membawa isteri dan anak-anaknya bersama-sama ke Qatar kerana difahamkan Fizo merupakan satu-satunya artis Malaysia yang mendapat sponsor daripada sebuah agensi di Indonesia untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung bersama seorang selebriti Indonesia, Ricky Harun. 

Selain itu, Fizo juga akan mengadakan penggambaran disana.

Sebelum berlepas, selain isteri dan anak-anak, kelihatan beberapa orang ahli keluarga turut menghantarnya ke lapangan terbang.



"Ok gaiss Abe Jo dah nak bertolak dari KLIA ni. Tapi yang hantar ni hah tengok..macam nak pergi haji ni" katanya.

Dihari pertamanya di Qatar, Fizo memuat naik video memaparkan suasana di sekitar luar stadium.




Memang nampak sangat meriah dengan lautan manusia dari pelbagai negara, itu belum lagi masuk dalam stadium.

Untunglah sungguh Fizo dapat tengok perlawanan paling berprestij di dunia secara langsung. Sudah pastinya kos penerbangan, penginapan dan tiket masuk ke stadium untuk setiap perlawanan bukanlah sesuatu yang murah. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-12-2022 04:28 AM
cakap jakunnyaaaaa nanti ada yg sentap
Quote samshik 6-12-2022 04:39 AM
Nuar jen pegi lek2 sajork even i olls xyakin heshe lyn bola... Mmg nak kene bgtau ke minta tips dr minik??? Yih sgt
Quote dio5774 6-12-2022 04:47 AM
Ada sorang menteri tu tak hadir kabinet sebab pi qatar juga atas urusan kerja katanya..kalau terjumpa tolong selfie ya pijo
Quote lampor 6-12-2022 04:56 AM
Makin asyuk abejo skrg semenjak jadi duta iklan trading harommm
Quote clarizsa 6-12-2022 05:00 AM
I pun pernah p qatar tapi dok dalam airport je la
Lay over sblum ke zurich
Pastu masa balik skali lagi dr geneva ke qatar ke changi
Quote clarizsa 6-12-2022 05:01 AM
Baru lepas tgk bola td south korea lawan brazil
Kalah korea
Quote akuHavocczz 6-12-2022 09:04 AM
duit otakfx lettew. berlakon sendu.. bisnes apa pun tak tahu..
Quote jalfa 6-12-2022 09:11 AM
dio5774 replied at 6-12-2022 04:47 AM
Ada sorang menteri tu tak hadir kabinet sebab pi qatar juga atas urusan kerja katanya..kalau terjump ...


Daddy zaf ke chuolss...ha ha....heols baru dilantik jaga miti kan...ke qatar cari pelabur dek non..ramai kot ketua ketua negara auto ada kerja or lawatan jerja ke qatar time time ni
Quote totokreturn. 6-12-2022 09:13 AM
haji fizo ni banyak duit oooo

pakai pun rang rober
Quote buapakperut 6-12-2022 04:28 PM
Takkan takda duit bawa anak2 bini
Quote piyek92 7-12-2022 04:31 AM
buapakperut replied at 6-12-2022 04:28 PM
Takkan takda duit bawa anak2 bini

Mahal kot tiket nak masuk stadium.hotel kat sana pun mesti mencanak harga time ni.dia pergi mestilah sampai final bukan sehari dua..gi shooting kan tu
Quote Cleocatra 7-12-2022 04:58 AM
Mesti ma abejo hentok hentok kaki, tak bole nak pollow abejo. Mesti abejo janji ngey ma, esok kito balik, kito wi ke ma so kusi urut hok paling baru… ma suko ma sukooo
Quote pujanggacinta 7-12-2022 05:44 AM
Cleocatra replied at 7-12-2022 04:58 AM
Mesti ma abejo hentok hentok kaki, tak bole nak pollow abejo. Mesti abejo janji ngey ma, esok kito b ...

x tahan ketawa meolls baca... ahehe
kecian ma kena tinggal dgn abe jo
Quote ALDRIN 7-12-2022 06:09 AM
Heols ni bankcruptcy juta2 dulu dah setel ke kes dia? Klu muflis kan x bole pegi overseas. Ke sapa yg jd penjamin dia nih?
Quote kakigojes 7-12-2022 09:10 AM
Lol. Kenapa tak dibawanya sekali semua ketul sayangye, walaupun hanya 1 seat yang disponsor.. gitu
Quote puanserama 7-12-2022 09:15 AM
Wait dia ni keje apa
Quote Nnasda53 7-12-2022 09:15 AM
dio5774 replied at 6-12-2022 04:47 AM
Ada sorang menteri tu tak hadir kabinet sebab pi qatar juga atas urusan kerja katanya..kalau terjump ...

Dia p Abu Dhabi dengan Agong mana pulak ke Qatar.Ari2 dengar ceramah midin ke pai tertinggal ketapi nih.



Quote Nnasda53 7-12-2022 09:17 AM
Sponsor dari forex ke.
Quote alieyrina 7-12-2022 09:53 AM
Kalau ada tiket free lagi 1 konfem lah ma yg dia bawak ..mujor takdak

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059050 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top