CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Tingkat Ada Air Bertakung, Flat Paling Kotor Di Penang Jadi Port Biak Nyamuk Aedes

5-12-2022 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1380| Komen: 17

Description: SEBERANG PERAI – Sebuah blok pangsapuri di Perai di sini, yang sebelumnya tular sebagai flat paling kotor di Pulau Pinang kini diisytihar sebagai lokaliti wabak tidak terkawal dan berpotensi sebagai ...
SEBERANG PERAI – Sebuah blok pangsapuri di Perai di sini, yang sebelumnya tular sebagai flat paling kotor di Pulau Pinang kini diisytihar sebagai lokaliti wabak tidak terkawal dan berpotensi sebagai lokasi bahaya susulan lima kes demam denggi direkodkan sejak 6 November lalu.


Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, berdasarkan satu pemeriksaan khas yang dijalankan di kawasan terbabit, terdapat banyak lokasi atau tempat yang tidak sepatutnya berlaku pembiakan nyamuk itu.

Beliau berkata, ini termasuk lopak-lopak air di bahagian lantai, longkang yang tidak ditutup dengan dengan sempurna serta kawasan-kawasan takungan air yang ‘diceroboh’ atau dibiarkan tanpa pemantauan sesiapa.


Foto: Kosmo


Lebih mengejutkan katanya, hampir setiap tingkat di blok pangsapuri setinggi 20 tingkat itu dikesan ditakungi air yang mengandungi tempat pembiakan jentik-jentik.

Mohd. Wazir menunjukkan sampel jentik-jentik yang dijumpai di kawasan takungan air di sekitar sebuah blok pangsapuri yang kotor di Perai, Butterworth, di sini hari ini.

“Kita akan hantar (sampel jentik-jentik ini) ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia (jentik-jentik itu) tergolong dalam kategori ‘albopictus’ atau ‘Aegypti’.

“Sebenarnya, kedua-dua kategori ini boleh menyebabkan demam denggi dan kita berasa risau sekiranya berlaku peningkatan kes di sini kerana ia berisiko untuk membawa kepada kematian,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi mencegah denggi atau Op Vektor di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, ini kali keempat operasi seperti itu dibuat di kawasan berkenaan sepanjang tahun ini dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) selain tiga kali pemantauan yang dijalankan oleh unit di bawah seliannya.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang perubahan berlaku khususnya dari segi kebersihan di sekitar blok pangsapuri berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya juga ada menganjurkan satu taklimat dan gotong-royong di sini, namun ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan sehingga sesi tersebut terpaksa dibatalkan beberapa minggu lalu.

“Saya difahamkan bahawa blok pangsapuri ini telah wujud di sini sejak lebih 20 tahun lalu dan pernah ditularkan beberapa tahun lepas kerana persekitarannya yang terlalu kotor dan menjijikkan.

“Bagaimanapun, senario itu masih sama hingga ke hari ini. Justeru, saya berharap agar penghuni yang terlibat serta masyarakat sekitar lebih bekerjasama dalam menangani isu ini daripada terus berlarutan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 5-12-2022 03:24 PM
Yg duduk situ tu sapa? Lokal ke pati?
Mcmmana le rider hantar makanan kat situ ekk? Jumpa rumah ke jumpa tapak pelupusan sampah? ekekekek
Quote bulalof 5-12-2022 04:30 PM
malis perbandaran pun bodoh takde campur tangan.
Quote pasa 5-12-2022 04:36 PM
bulalof replied at 5-12-2022 04:30 PM
malis perbandaran pun bodoh takde campur tangan.

kenapa pulak PBT yg kene bang Check dulu pengurusan strata ni under sapa kenapa CM / JMB bermasalah tak ada duit nak selenggara. Ummah PPR ni ramai culas duit maintenance. Ummah mcm ni yg blh memacu masa depan negara.

Ni bukan gebang politik tapi dah penduduk kat situ tak pandai nak jaga rumah. Dah tau rumah tu low cost susah nak beli dan hanya mereka yg betul2 layak sahaj dibenarkan utk beli. Dah beli bagi sewa kat indon bangla.

lepas tu tanya balik kenapa kerajaan tak nak bina rumah PPR lagi rumah murah utk rakyat. mendoniyah tak ingat.
Quote bulalof 5-12-2022 04:39 PM
pasa replied at 5-12-2022 04:36 PM
kenapa pulak PBT yg kene bang  Check dulu pengurusan strata ni under sapa kenapa CM / JMB ber ...

ye betul tu. cuma saya geram kalau dah culas sgt sampai JMB pun x berfungsi, saya rasa baik agensi2 kerajaan yg berkaitan masuk campur. atau mereka juga kena tunggu laporan rasmi dari pihak penduduk?
Quote intan244 5-12-2022 09:58 PM
flat mana ni
Quote Carcosa 5-12-2022 10:41 PM
Azab nye laaa kalau dpt unit yg bawah sekali tu
Quote rmin 5-12-2022 10:46 PM
intan244 replied at 5-12-2022 09:58 PM
flat mana ni

Rasanya flat yg sebelah megamall pinang tu
Quote naina 5-12-2022 10:47 PM
pasa replied at 5-12-2022 04:36 PM
kenapa pulak PBT yg kene bang  Check dulu pengurusan strata ni under sapa kenapa CM / JMB ber ...

Aku rasa kerajaan tak perlu sediakan rumah flat kos rendah untuk orang susah cmni. Memang takda kesedaran sivik. Kotor gilak. Ko nak harap sapa bersihkan kalau maintenance pun culas bayar. Kalau boleh semua nak free kan. Bantuan semua dapat. Biar bina rumah kondo je untuk yang mampu bayar maintenance je baru berbaloi.
Quote akies 5-12-2022 11:12 PM
Jd mmg tkleh undang2 atau kena kompaun ke ape utk flat ni?
Dah lama viral pun kan pasal flat ni kotor.
Tak silap dari abam rider yang viralkan
Quote rosedemon 6-12-2022 09:28 AM
ada rezeki pindah la tmpat lain oi
Quote pasa 6-12-2022 09:44 AM
bulalof replied at 5-12-2022 04:39 PM
ye betul tu. cuma saya geram kalau dah culas sgt sampai JMB pun x berfungsi, saya rasa baik agensi ...

Flat ni dah lama pemaju pun dah serahkan JMB ni pada persatuan penduduk. Ummah PPR  kalau JMB meeting setahun seakali tu ada nak turun?.Duit maintenance tu sebanrnya nak stanby utk ganti peralatan kat kawasan penduduk mcm lif, kolam, clubhouse surau dll. Tak bayar maintenance kiok la JMB.sebab tu byk lif kat PPR dengan low cost ni ada 4 3 tapi yg blh guna cuma 1 or dua je.  Kalau serah pada KPKT semula pengurusan JMB tu lagi lemak la muncung PPR kat situ.
Nak ubah PPR tu kene bermula dari penduduknya sendiri kalau sampah pun blh campak mcm tu je kat lantai sendiri mau igt le.
Quote bulalof 6-12-2022 09:46 AM
pasa replied at 6-12-2022 09:44 AM
Flat ni dah lama pemaju pun dah serahkan JMB ni pada persatuan penduduk. Ummah PPR  kalau JMB meet ...

kalau begitu susah nak betulkan keadaan.

cuma harap ada yg boleh amik kuasa JMB utk betulkan keadaan tu.
Quote pasa 6-12-2022 09:47 AM
Edited by pasa at 6-12-2022 10:00 AM
naina replied at 5-12-2022 10:47 PM
Aku rasa kerajaan tak perlu sediakan rumah flat kos rendah untuk orang susah cmni. Memang takda ke ...

Ummah PPR ramai sistur kat porem ni pun ramai. Mintak byk kan rumah mampu milik mcm PPR ni di perbanyakkan lagi demi kemaslahatan ummah. Diorg ni melayu ke cina ke india ke sabahan sarawak dah duduk PPR semua auto mode jadi pengotor. Bukan semua tapi majoritinya mmg mcm tu. Tu lum cerita berebut parking siap letak meja kerusi timba baldi cop marking parking dia punya sajok.
Quote pasa 6-12-2022 09:59 AM
bulalof replied at 6-12-2022 09:46 AM
kalau begitu susah nak betulkan keadaan.

cuma harap ada yg boleh amik kuasa JMB utk betulkan kead ...

tu lah apa pun kene berbalik pada penduduk juga. Cuba kira gaji mackcik cleaner 5 org x 1300 gaji sebulan x 12 bulan dah RM 78,000.00. Tu baru nak bayar makcik cleaner. belum technician, chargemen, tukang paip dll. lif tu kalau rosak nak ganti baru sebijik harga beratus ribu, Rumah Pump air kalau rosak ishh... susah nak cakap lah ummah PPR ni. Bila lif rosak suruh gomen tanggung. Duit maintenance tak nak bayar. byk cantik diorg.
Quote ketambangkang 6-12-2022 10:01 AM
pehh gambar sebenar ke tu? sampah main campak je ke bwh??? kesian org tkt bwh skali
Quote sangbara2020 6-12-2022 10:10 AM
robohkan je xlh ke
Quote bulalof 6-12-2022 12:20 PM
pasa replied at 6-12-2022 09:59 AM
tu lah apa pun kene berbalik pada penduduk juga. Cuba kira gaji mackcik cleaner 5 org x 1300 gaji  ...

now i have a clearer pic. thanks so much for enlighten me.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.219270 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top