CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Safawi Rasid Bakal Berhijrah Ke Liga Thailand

5-12-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1220| Komen: 9

Description: Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid bakal pemain negara terbaharu yang akan berkelana ke Liga Thailand selepas dilaporkan sudah pun melengkapkan perjanjian dengan kelab divisyen satu, Ratchaburi FC.
Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid bakal pemain negara terbaharu yang akan berkelana ke Liga Thailand selepas dilaporkan sudah pun melengkapkan perjanjian dengan kelab divisyen satu, Ratchaburi FC.


Menerusi ciapan di laman sosial Main Stand – International, Pengerusi Ratchaburi FC, Ta­nawat Nitikanchana mengesahkan Safawi dan pihak kelab sudah mencapai kata sepakat dan pemain itu akan mengisi slot import Asia Tenggara.

“Buat masa ini, rundingan sudah selesai. Pemain itu (Safawi) akan menyertai pasukan selepas selesai tugasan bersama pasukan kebangsaan dan saya harap ia akan membina kelompok penyokong baharu buat kelab ini,” katanya.



Selepas mengharungi 15 perlawanan, Ratchaburi FC kini be­rada di tangga ketiga Liga Thailand dengan 29 mata di belakang Buriram United (39 mata) dan Chonburi FC (30 mata).

Daripada data transfermarket, kontrak Safawi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tamat pada 30 November lalu dan sebelum ini terdapat juga khabar angin yang mengaitkan namanya dengan negeri kelahiran, Terengganu FC.

Sejak menyertai Harimau Selatan pada 2017, pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang baharu selesai melangsungkan perkahwinan dengan Syifa Melvin berjaya memainkan peranan penting kepada perjalanan luar biasa JDT.


Foto: IG

Malah, sejak beberapa tahun lalu, namanya turut menjadi pemain tetap setiap kali skuad kebangsaan mengharungi tugasan antarabangsa.

Harimau Malaya kini dalam persiapan akhir untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldives pada Jumaat dan 14 Disember ini sebelum meneruskan aksi pada Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 5-12-2022 03:25 PM
Moga sukses yaach..
Quote missyL 5-12-2022 04:27 PM
Wahh
Nti bole bawak bini dok Thailand. Best jgk tu
Quote rosedemon 6-12-2022 09:28 AM
gitu duk siam la pasni si sipak tu. jual lipstik kat sana pulak
Quote ifanonline 6-12-2022 09:30 AM
pemain2 malaysia ni level2 asean bole la
Quote tikusmontok 6-12-2022 09:31 AM
missyL replied at 5-12-2022 04:27 PM
Wahh
Nti bole bawak bini dok Thailand. Best jgk tu

Berangkut pulak rombongan cik kiah pot pet buat hingaq tang siam nun
Quote stingergrumpy 6-12-2022 09:32 AM
ifanonline replied at 6-12-2022 09:30 AM
pemain2 malaysia ni level2 asean bole la


Tapi bila gebang macam dah merangkul piala dunia 3 kali...padahal liga kpg.com 11 kali....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote she 6-12-2022 09:50 AM
Awat tak main dengan Buriram United
Gila lah Buriram tu eSport pun dia sebat
Baru2 ni lead group PubgM Global Championship
Rupanya bola pun padu
Quote ketambangkang 6-12-2022 10:02 AM
dh duduk siam lagi senang la ampa carik produk timbang kilo
Quote Nnasda53 6-12-2022 10:20 AM
Elok la pun berhijrah kejar minit perlawanan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056568 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top