CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon Janda Seksi Kini Dah Bertudung Litup Atas Permintaan Kekasih Baru

2-12-2022 08:40 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10832| Komen: 34|Original author: LilRose

Description: Artis atau golongan selebriti menanggal tudung atau mula berhijab adalah perkara biasa.
Artis atau golongan selebriti menanggal tudung atau mula berhijab adalah perkara biasa.

Namun, seorang pelakon berstatus janda yang dikenali dengan imej seksi kini dilihat bertudung litup dengan sopan mencuri perhatian.


Portal hiburan Boom! melaporkan, pelakon berkenaan berbuat demikian atas permintaan kekasih barunya.


Foto hiasan

“Ngam-ngam selepas gambar mereka berdua tular, masa itulah ramai sedar banyak entri di media sosialnya semakin berkurangan, sama ada dipadam atau disimpan.

“Dan percayalah, penampilannya yang sopan menutup aurat itupun adalah atas permintaan kekasih baharunya.


“Jadi penghijrahan ditunjukkannya itu bukanlah datang dari hati seperti yang dia cakap sebelum ini,” kata sumber kepada BOOM!.

Difahamkan, aktres berkenaan sebelum ini berpisah dengan suami atas sebab yang tidak diketahui punca sebenarnya.

Dia dilihat tampil membuat kemunculan di kaca televisyen sebaik tamat tempoh idah dan menjadi bualan apabila timbul spekulasi mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan seorang aktor. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Afie13 2-12-2022 09:05 PM
Nad zainal ke? Tapi skrg dia pun sakit kan so biar je la doakan yg baik2 je la utk dia n pasangan baru dia tu semoga berkekalan n terus kawin lepas dia sihat
Quote KirazMevsimi 2-12-2022 09:35 PM
laaaa sape sape
Quote Kiahpropaganda 2-12-2022 09:42 PM
Nanad khen
Quote Diamondmoney 2-12-2022 09:54 PM
Aku ingt anjuling.
Quote Diamondmoney 2-12-2022 09:55 PM
Reput org tu tgh sakit pun nk ajak netizen mengumpat. Jahanam pnye reput
Quote kashaz 2-12-2022 10:01 PM
Klu psl Nad, teruk betul keluarkan sekarang. Jahat betul.
Quote darkness 2-12-2022 10:05 PM
Diamondmoney replied at 2-12-2022 09:54 PM
Aku ingt anjuling.

Samaa
Quote Dolmat 2-12-2022 10:13 PM
Orang tu dalam bertarung nyawa masih nak jadi bahan mengataaaaaaaa ehhhh...?
Hanaaaattttt betul lahhhh!
Quote Perawankota 2-12-2022 10:49 PM
Semoga nanad lekas sembuh.. Pasal personal dia malas nk amik tau
Quote edoraixora 2-12-2022 11:51 PM
Ku ingatkan patin pipah tadi
Rupenya nad, yg reporter tu pun tak beragak nk buat stori org tgh sakit
Quote emera 3-12-2022 12:11 AM
Ingatkan kinah tingtong.
Quote codenamedream 3-12-2022 12:21 AM
Kalaupun sheols bertudung sebab pakwe baru. Why not?
Quote Rogue98 3-12-2022 12:25 AM
tak rasa pun nanad seksi dulu...ke sharifah sakinah...
Quote soy_beans 3-12-2022 12:26 AM
Reput butthurt sebab UI sound tempoh ari. Dh org sakit ko tny sal relationship. Mestila die tak layan. Then crite ni kluar. Mohon insaf la
Quote babysolaris 3-12-2022 01:24 AM
sapooo pulakk
Quote samshik 3-12-2022 06:10 AM
Sampah nyer la hai reput mesia...
Quote virgocircus 3-12-2022 07:13 AM
Lor gosip utk nad ke? Aku igt patin pipah. Xpatutlah tabloid murahan ni pon. X sensitive lgsg.
Quote virgo19 3-12-2022 07:21 AM
Nad seksi ke.. mcm tak perasan pulak dia seksi. Selama ni kat mata aku dia ni mcm perempuan yg ala2 tomboy sikit..
Quote DeLuna85 3-12-2022 10:14 AM
Oh nad ke? Dia tak la seksi mana pun sebelum ni. Takde pun tayang kopek. Ok je comel2. Reporter ni dah kenapa?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.057253 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top