CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yana Alyahya Mengandung, Mohon Orang Ramai Berhenti Bagi Nasihat Tentang Kehamilan

2-12-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4634| Komen: 37

Description: Selepas mengumumkan sedang hamil lima bulan, pelakon filem Mukhsin iaitu Yana Alyahya meminta orang ramai untuk berhenti memberikan nasihat berkaitan kehamilan.
Selepas mengumumkan sedang hamil lima bulan, pelakon filem Mukhsin iaitu Yana Alyahya meminta orang ramai untuk berhenti memberikan nasihat berkaitan kehamilan.


Yana atau nama sebenarnya Sharifah Aryana Syed Zainal Rashdi Al-Yahya, 26, berkata, setiap individu mempunyai perjalanan kehamilan yang berbeza.

Foto: IG

"Saya tahu ramai yang baik hati untuk berkongsi nasihat dan tip atau perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu hamil.

"Jangan risau saya mempunyai gynaecologist untuk memantau sepanjang kehamilan ini. Lagi pun setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza, jadi saya minta agar semua berhenti berkongsi nasihat," katanya.




Yana berkongsi perkara itu menerusi Instastory pada Jumaat.

Adik kepada aktres Sharifah Amani ini bagaimanapun berkata dia menghargai setiap nasihat yang diberikan oleh orang ramai.



Malah sekiranya dia memerlukan pertanyaan mengenai kehamilan, dia sendiri tanpa segan silu akan bertanya kepada pengikutnya.

"Saya faham mungkin ramai yang mahu memastikan saya dalam keadaan yang baik, terima kasih saya ucapkan.

"Seandainya saya mempunyai sebarang persoalan, saya janji akan bertanya kepada anda," ujarnya.


Sebelum itu, Yana mengumumkan berita kehamilannya selepas lima bulan menyembunyikan perkara berkenaan.

Berkongsi lanjut, Yana memberitahu dia bakal menimang cahaya mata lelaki.



"Selepas menunggu selama lima bulan, saya dan Jad Hanif (suami) teruja untuk mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata lelaki.

"Terima kasih kepada semua yang sudah mengetahui dan merahsiakannya. Mohon doakan kami berdua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan," tulisnya.



Untuk rekod, Yana dan Jad Hanif Jimmy mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman keluarga aktres berkenaan.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 2-12-2022 05:29 PM
Alahai..
Xslh klo dgr..
Kadang2 ade btol nye pengalaman ibu2 lain bole apply.
Tp ikut suke hang laa
Semoga dipermudahkan urusan
Quote prince_marhaen 2-12-2022 07:16 PM
Yang ini macam paling semenggah sikit daripada kecik.... ehehehehehe.. tawin dah dia..
Quote winky1 2-12-2022 07:19 PM
Suruh stop tapi hargai ....lain kali jgn cari rezeki jadi artis....poyo
Quote Kadaisaku 2-12-2022 07:22 PM
Hahaha moga yg baik2 je
Quote uori 2-12-2022 07:25 PM
inilah retis kita, hujung2 kalau sakit doa netijen hanat inih juga korang dambakan
Quote matchstick 2-12-2022 07:35 PM
netijen bagi nasihat melalui tulisan kt komen je kan..tak payah la baca. ke ada yg pegi ketuk pintu rumah ko semata-mata nk bagi nasihat
Quote DeLuna85 2-12-2022 07:35 PM
Aku setuju je dia cakap mcmtu. Penat kot nak dgr orang cakap tu cakap ni. Belum lagi time pantang. Terlalu ramai penasihat.
Quote naina 2-12-2022 07:36 PM
26 tahun eh..matang giler muka. Badan pun sama. Ni kalau tak jaga mau kembang habis
Quote DeLuna85 2-12-2022 07:36 PM
Btw aku tak tau dia dah kawin
Quote Pixie902 2-12-2022 07:41 PM
matchstick replied at 2-12-2022 07:35 PM
netijen bagi nasihat melalui tulisan kt komen je kan..tak payah la baca. ke ada yg pegi ketuk pintu  ...

kannn...setakat komen netizen tu ignore je kalau tak sesuai...kalau sesuai ambik...mudah je..tak payah mendongak ke langit sgt..
nanti nak bersalin sibuk pulak suruh netizen doakan dia...
Quote margo20 2-12-2022 08:02 PM
Stop la main socmed smpai la lepas beranak sok
Quote jalfa 2-12-2022 08:42 PM
Gigih la dok umum sana sini.diam diam.mengandung veranak takde le acik kepam fb sibuk bg petua
Quote heythere123 2-12-2022 09:15 PM
unsolicited advices memang kadang boleh bagi kita sakit otak memikirkannya
Quote heythere123 2-12-2022 09:15 PM
tutup social media pon bagus jugak tapi tak tahu la kot2 sheols tak mampu nak buat takut ada komitmen sebagai pelakon semua tu kan
Quote sukacactus 2-12-2022 09:43 PM
Ko limitkan komen or xpayah baca lgsg kan senang
Quote miu84 2-12-2022 09:48 PM
Muka dia macam selena gomez dalam gambar last tu
Quote jalfa 2-12-2022 11:04 PM
Masalahnya sapa yg bg petua or tips tu...sebab aku tengok ig dia komen dia x sampai puluh pun.paling banyak pon seratus komen
Quote QueenIsolde 2-12-2022 11:14 PM
Acah2 sgt kuarga terpaling ni..nmpak sgt jenis malas nk terima nasihat/pendapat org. Kut ye pun takyah la canang
Quote Lily_Elizabeth_ 2-12-2022 11:18 PM
Gigihlah nk emphasized kuarga seripah dia tu.
Rupa tak berapa lawa.
Cam tk perlu kut nak letak Alkudut Alkedet tu semua.
Sebab tk lawa.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.099301 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top