CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Nak Berhenti Daripada Muncul Di Khalayak Ramai," Diana Amir Ucap Selamat Tinggal Dunia Seni

2-12-2022 08:38 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6147| Komen: 65

Description: Selepas lebih 10 tahun bertudung, pelakon dan pengacara Diana Amir, 36, tampil dengan imej baharu iaitu berniqab sejak Januari lalu.


Selepas lebih 10 tahun bertudung, pelakon dan pengacara Diana Amir, 36, tampil dengan imej baharu iaitu berniqab sejak Januari lalu.

Bagi pemilik nama Nurdiyana Amir Hashim yang berkongsi kisah hijrahnya mengenakan hijab dan niqab adalah salah satu perkara yang tidak dapat dibayangkannya

Menurutnya, mengambil keputusan berhijab membuatkan dirinya memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, malah akan terus memperbaiki diri.

"Mak mentua tunjuk gambar saya yang tak berhijab. Dia kata semua ini dosa, tetapi masa itu hati saya keras. Saya rasa tak apa-apalah, yang penting saya baik dan tak kacau orang.


"Apabila orang sekeliling tegur pemakaian saya, jadi masa itu saya mula tersentuh.

"Namun itulah sebabnya, akhirnya selepas tahun 2011, waktu saya nak berhijab, itulah satu benda yang tak dapat dibayangkan sebab saya pernah berfikir begitu dulu.

"Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.

"Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.

"Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri," ujarnya dalam sebuah program bual bicara bersama Neelofa, baru-baru ini.


Memetik Berita Harian, Diana juga berkongsi saat-saat mahu mengenakan niqab apabila pulang mengerjakan ibadah umrah dan menyifatkan penghijrahannya itu adalah bukti cinta pada yang maha agung.

"Saya rasa penghijrahan saya agak perlahan sebenarnya sebab saya mula ada rasa suka nak berniqab sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Saya pergi umrah 2019.

"Sudah tentu, waktu buat umrah, kita suka pakai niqab. Waktu itu saya juga ada buat satu hantaran, saya cakap perasaan pakai niqab ini buat saya rasa selesa, bebas dan rasa macam ialah diri saya. Orang lain tak perlu tahu siapa saya. Yang penting, saya dan Allah. Saya rasa sangat bebas.

"Tapi saya ada bagitahu yang saya tak bermaksud nak pakai niqab, sebab saya belum bersedia ketika itu. Namun balik daripada umrah, ada masanya saya pakai, ada masa tidak.

"Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu 'Labbaikallahumma labbaik'.

"Saya seorang yang kuat empati, bila saya dengar lagu ini rasa macam Allah sedang bercakap dengan saya dan saya sedang bercakap dengan Allah. Daku datang kepada-Mu Ya Allah.

"Waktu itu saya sedang berniqab, saya rasa rindu sangat pada Makkah dan Madinah. Saya nak jadi hamba yang Allah tahu saya sayang pada Dia.


"Saya rasa macam memakai niqab itu bukti cinta pada Allah. Semasa saya pakai niqab tu saya pakai kerana niat saya.

"Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.

"Saya rasa, tak apa, tak perlu lagi pandang saya. Memang orang kenal saya sebagai diri saya sendiri. Bukan kerana fesyen atau muka atau rupa. Bukan. Tapi kenal saya sebagai seorang muslim.

Diana juga bertekad untuk tidak lagi membuat penampilan di kaca TV lagi selepas ini kerana mahu fokus dengan dirinya sahaja.

"Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

"Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.

"Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja," kongsi Diana.

Terdahulu, Diana Amir mendedahkan pada awalnya dia mendapat tentangan daripada bapanya ketika ingin menceburi bidang lakonan.


Perkongsian itu dibuat ketika sesi live bersama pendakwah terkenal Ustazah Asma dan rakan selebriti ELfaeza Ul Haq yang turut berhijrah untuk menjadi insan lebih baik. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 2-12-2022 03:17 AM
Syukurlah. Ada xde sama je.
Quote Cleocatra 2-12-2022 03:58 AM
Siap buat pengumuman. Buat senyap2 sudah la. Hati manusia ni berubah2. Yang penting siap cakap diri sendiri baik.
Quote AKAZ85 2-12-2022 04:48 AM
Tak.. Masalahnya memang bukan dah lama sendu dalam bidang hiburan ke?
Quote MatDeghem 2-12-2022 05:15 AM
Jangan uturn nanti.... Dah heboh satu Malaya.
Lebih baik berhijrah diam2 .

Quote MatDeghem 2-12-2022 05:15 AM
Bye bye....
Quote sangbara2020 2-12-2022 08:12 AM
lopak xterasa ke
Quote my_irina 2-12-2022 08:15 AM
tinggal trus dunia socmed la
ada brannnnn????
dunia seni bole la sbb memang senduuuuu
Quote shernazz 2-12-2022 08:19 AM
Mmg elok tp senyap2 sudah..haha..
Sebab hati kita ni ada bolak.balik..
Jadi moga istiqomah lah
Quote emera 2-12-2022 08:19 AM
Bukan ko dah lama lenyap ke? Lopak patut ikut jejak dia ni.
Quote Lampuled 2-12-2022 08:25 AM
Yg pasti dah lama tak tgk dia. muka dia cmna pun dh lupa. Bila org sebut nama dia trbyg muka puteri sarah.
Quote anilanil 2-12-2022 08:27 AM
Edited by anilanil at 2-12-2022 08:29 AM

Ntah la diana. Buat je mana yg ko rasa btol & tak payah clarify & justify pada org awam. Ai pon taktau apa impact persaraan ko dlm industri seni. Yg ai ingat korang mmg seksi nak mampus dlm filem aku masih dara. Ai pon da tak ingat apa teladan filem tu sbb otak masih terlekat dgn imej yg korang tonjolkan dlm filem tu. Maksudnya misi filem tu tak berjaya la sbb marhaen cam ai lebih terfikir tentang outfit yg korang pakai instead off pengajaran.
Quote dejure 2-12-2022 08:28 AM
Natasha hudson dulu pon mcm ni juga..skg bukan main seksi lagi.
Quote ayukpingu 2-12-2022 08:29 AM
emera replied at 2-12-2022 12:19 AM
Bukan ko dah lama lenyap ke? Lopak patut ikut jejak dia ni.

lopak tak boleh lenyap. dia kene cari rezeki utk bini dia.
Quote KamikuP 2-12-2022 09:00 AM
Frasa hidop artis :

Muda - pakai seksi - glamer - sendu - pegi Mekah - tutup aurat - masuk bualbicara dengan benak - The end -
Quote chandrahusin 2-12-2022 09:02 AM
Diana Amir ni
Bertudung mmg jd lawa betul dr free hair
Quote arffa 2-12-2022 09:03 AM
ok la takde impact sangat pun dalam dunia seni, good bye
Quote zuriey 2-12-2022 09:06 AM
Ckp artis tak leh percaya
Quote airmineral 2-12-2022 09:16 AM
xperlu clarify benda ni
jalan terus je
miga istiqamah
tp aku xleh nak husnuzon dgn org² mcm ni pastu attach dgn jahlop sbb aura fake jahlop tu mcm tersebar dkt org sekeliling dia
Quote nawtylulu 2-12-2022 09:50 AM
semoga istiqomah dn tak uturn.. sbb slalu nya kalo announce beria ni ade kemungkinan uturn pastu keluar statement, sy nk jd diri sendiri.. apoooo..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top