Shuib Sepahtu mohon keputusan menjalinkan hubungan rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah tidak dipertikaikan.
Anggota kumpulan Sepahtu beranggapan tidak salah membuat pilihan kerana dirinya lebih tahu baik atau buruk setiap keputusan dilakukan. Katanya, dia tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak. "Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya. "Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
"Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan. "Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin," katanya kepada BH Online.
|
Sunkiss8999 replied at 1-12-2022 06:57 PM
Soeb pilih watie..sebab tek besar..suara seksi dan manja..soeb miang
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.057521 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.