CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Ambil Tindakan Undang-Undang, Ibu Wafariena Bengang Belum Dapat Bayaran Penuh

1-12-2022 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1290| Komen: 7

Description: Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan, Suzanah Hamad, 59, memaklumkan, pihaknya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada produksi yang dilihat bersikap lepas tangan se ...
Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan, Suzanah Hamad, 59, memaklumkan, pihaknya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada produksi yang dilihat bersikap lepas tangan selepas anaknya terbabit dalam kemalangan di set penggambaran.


Suzanah ketika dihubungi berkata, pihaknya ingin menuntut bayaran penuh untuk kerja lakonan Wafariena, seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian.



"Sebelum ini, kami biar Pilihan Raya Umum (PRU) selesai terlebih dulu memandangkan peguam pun ada terbabit sama dalam PRU. Jadi, selepas semuanya reda, kami akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya. 

"Apa yang kami ingin tuntut adalah, bayaran yang belum dilunaskan lagi. Sebelum ini, mereka (produksi) beritahu, akan bayar penuh," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Suzanah, Wafariena hanya menerima separuh saja daripada jumlah bayaran sebenar.

"Bayaran yang diterima pun hanyalah separuh, yang mana, dibayar ketika Wafa (panggilan Wafariena) masuk ke set itu. Tapi, sampai sekarang, kami belum terima bayaran penuh," katanya.



Tambahnya, penerbit yang sebelum ini sering menunjukkan sikap ambil berat juga mula melepaskan tangan dengan pelbagai alasan.

"Sebelum ini, mereka tak ada masalah dalam bekerjasama. Penerbit pun memang orang yang baik. Tapi, selepas insiden ini berlaku, ada saja alasan daripada pihak mereka setiap kali kami hubungi untuk bertanya mengenai bayaran.



"Antara alasannya adalah, berada di luar negara. Pihak kami faham, mungkin penerbit itu terbabit dalam urusan berkaitan PRU, namun, apa sekalipun, prosedur pembayaran perlulah mengikut perjanjian yang sepatutnya.

"Terakhir, mereka maklumkan akan hubungi pihak kami pada Rabu (semalam). Namun, sampai ke hari ini, masih tak ada sebarang khabar berita," katanya.



Ditanya mengenai keadaan terkini Wafariena, Suzanah memaklumkan, anaknya kini semakin pulih dan sudah kembali bekerja.

"Keadaan Wafa, alhamdulillah, semakin baik. Dia pun kini sudah mula bekerja semula, namun, tak boleh kerja-kerja yang terlalu lasak. 

"Terbaharu, dia akan terbabit dalam pementasan teater berjudul Pontianak Kampung Makam yang akan dipentaskan di Pulau Pinang pada 3 Disember ini," katanya.



Terdahulu, Wafariena mengalami kecederaan dalaman iaitu tisu di bahagian punggung, koyak di bahagian perut dan berlaku pendarahan selepas melakukan babak aksi lagak ngeri untuk sebuah supertelefilem. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-12-2022 10:43 AM
mak dia ni mcm lebih sudu dari kuah jewww
Quote sharlenetexas 2-12-2022 11:01 AM
Nmpk rempit.

Quote missHaidiD 2-12-2022 11:05 AM
rosedemon replied at 2-12-2022 10:43 AM
mak dia ni mcm lebih sudu dari kuah jewww

Baru aku nk komen cmni
Quote missHaidiD 2-12-2022 11:06 AM
Mak dia ni buat produksi lain takmo ambik ank ko lg. Ank ko bkn berbakat naw. Sendu. Akn semakin sendu lepas ni
Muka pun biasa2 je. Bkn lawa naw2
Quote virgocircus 2-12-2022 11:12 AM
Mak heshe n mak mail zani boleh berbff. Seswai...
Quote eddlala 2-12-2022 11:20 AM
Kerjaya si Wafa ni akan musnah sebab mak dia ja.
Quote TabletSusu 2-12-2022 02:16 PM
kerja x siap lg dah mintak bayaran penuh? setelkanlah kerja dulu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056541 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top