CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fimie Don Sentap Dikata Babyface, Tak Sesuai Bawa Watak Dewasa

1-12-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1733| Komen: 16

Description: Hikayat Putera Shazlan, itu gelaran yang masih digunakan segelintirpeminatFimie Don biarpundrama bersiri itu ditamatkan siarannya sekitar 12 tahun lalu.Fimie, 24, berkata, transisi fasa remaja ke alam ...
Hikayat Putera Shazlan, itu gelaran yang masih digunakan segelintir peminat Fimie Don biarpun drama bersiri itu ditamatkan siarannya sekitar 12 tahun lalu.


Fimie, 24, berkata, transisi fasa remaja ke alam dewasa merupakan fasa paling sukar terutama bagi dirinya yang bergelar pelakon sejak kanak-kanak.


IG Fimie

“Dia macam Harry Potter. Sehingga ke hari ini, orang panggil Daniel Radcliff sebagai Harry Potter. Sama juga dengan saya, sampai sekarang orang panggil saya Hikayat Putera Shazlan.

“Abang Khir Rahman pernah beritahu, transisi kanak-kanak ke remaja dah selesai. Sekarang dari remaja ke dewasa tu yang susah. Sebab kalau kita tengok pelakon-pelakon kanak-kanak lain seperti Aedy Ashraf dan Shaheizy Sam pernah diam seketika sebelum buat comeback.


“Alhamdulillah, agak sukar untuk berada dalam posisi saya yang masih ada job. Tapi saya ambil kesempatan dalam fasa sukar itu untuk belajar lebih lagi berkenaan bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.

Fimie berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.



Dalam pada itu, Fimie turut berkongsi yang dia kerap juga menerima kritikan daripada penonton yang mengatakan dia tidak sesuai untuk membawakan sesetengah watak yang memerlukan dirinya menjadi orang dewasa.

“Ada juga komen tak sesuai bila saya bawa watak dewasa. Kadang-kadang terasa juga. Muka saya agak tak sesuai jadi adult sebab agak babyface. Tahun ini, saya pernah bawa watak yang ‘tak sesuai dengan usia’ dan saya rasa saya dah jayakan watak itu dengan baik," katanya.


Sumber: Gempak






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 1-12-2022 11:03 AM
kalau susah sangat, buat onlyfans je dekk.. akak boleh subscribe
Quote Sunkiss8999 1-12-2022 01:17 PM
Suka gaya dia ni bercakap..tak tau nak describe..tapi ada gaya la..taste i sgt..hihi..walaupun i pangkat hakak2..
Quote rayna_raynes 1-12-2022 01:50 PM
kau muda lagi dikk memanglah muka pun still ada baby fat. tunggu lagi 10 tahun
Quote insyi81 1-12-2022 01:53 PM
org biasa rezeki sgt muka bby face tpi fhmlah kan as a pelakon susah nk dpt job kalau muka kanak2 walau pun umur dh tua
Quote umbut 1-12-2022 01:59 PM
Cam pelakon home alone. Kecik comel dah besar x hencem
Quote doubleharmonic 1-12-2022 02:13 PM
panggil babyface ko sentap nak kena panggil babiface lah baru ko tak sentap kan babi?
Quote darkness 1-12-2022 02:15 PM
Ok je bagi aku
Quote 3480 1-12-2022 05:02 PM
Bell n adik beradik pon kdg terbayang2 muka bdk lg.. tam pon sama
Quote supernaturalee 1-12-2022 05:15 PM
over lah kau
jgn isim sudehhh



Quote Potpouri 1-12-2022 11:50 PM
Tak sesuai jadi hero je.. side kick or pembantu okay je.
Quote dudaberhias 2-12-2022 01:25 AM
masalahnya ko pun muda lagi... memang la babyface dek... dalam umo 30an nanti baru la nampak kertu sikit kot... lain la kalau kau keturunan ada nama melvin pada last name... yang tu mostly wajah tua sebelum usia... boleh la orang bagi watak mak ke nenek terus walaupun baru 20an...
Quote sangbara2020 2-12-2022 10:29 AM
celah mana babyface?
Quote heythere123 2-12-2022 02:13 PM
umbut replied at 1-12-2022 01:59 PM
Cam pelakon home alone. Kecik comel dah besar x hencem

nampak kepam kan bila dh dewasa? i tengok heols dalam American Horror Story jadi terkejut kejap
Quote heythere123 2-12-2022 02:14 PM
dudaberhias replied at 2-12-2022 01:25 AM
masalahnya ko pun muda lagi... memang la babyface dek... dalam umo 30an nanti baru la nampak kertu s ...


aiyo kakadud, dendam kesumat ke ni dgn the melvins
Quote selipar_hijau 2-12-2022 02:15 PM
aku selalu confuse muka dia dgn yg lagi sorg tu rambut panjang2 skit selalu berlakon jahat
Quote bulalof 2-12-2022 02:17 PM
macam tu la juga bila aku tgk bell ngasri.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.106667 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top