CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dari Berempat Jadi Bertiga- The Gadys Didakwa Bergaduh, Dah Berpecah?

1-12-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5831| Komen: 57

Description: Umum mengetahui mengenai kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.
Umum mengetahui mengenai kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh empat gadis cantik iaitu Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

Namun, sejak kebelakangan ini, dilihat kumpulan itu sering tampil bertiga sahaja di media sosial mahupun ketika melakukan persembahan termasuk di acara-acara besar.

Oleh itu, timbul tanda tanya dalam kalangan orang ramai mengenai ketiadaan seorang ahli The Gadys iaitu Faa Zaini, malah timbul dakwaan menyatakan mereka telah berpecah.

Foto: IG

Susulan itu, bagi mengetahui situasi sebenar, Nelissa Nizam ditemu bual dan tampil memberi penjelasan.


“Actually… kami pun sedih dapat perform bertiga saja tapi keputusan semuanya di tangan pengurusan dan mereka yang tentukan sama ada kami saja yang perform ketika tu.

“So, kitorang pun tak boleh nak buat apa,” kata Nelissa.



Tambah, Nelissa atau mesra disapa Nely mendedahkan bahawa rakannya itu kini sedang berdepan dengan masalah kesihatan dan dia direhatkan atas arahan pengurusan bukan seperti dakwaan menyatakan dipulau atau berpecah.

“Eh tak… Never… cuma kami tengah busy, kami ada banyak latihan dan semasa itu dia sakit malah tak boleh untuk datang latihan. Jadi, bila dia tak boleh datang, kami tak boleh buat show sebab ia akan menjadi risiko.

“Jadi, memang tak boleh la, time tu pulak show besar dia adalah Absolut. Itu show pertama yang kami perform bertiga. Kami berlatih tapi dia sakit dan tak boleh ikut serta show tersebut.



“Pengurus kami cakap dia (Faa Zaini) direhatkan dulu atas sebab-sebab tertentu, so we cannot do anything. Kami pun dah cuba dan dia pun dah cuba tapi tidak boleh buat apa-apa.

Malah, Nely turut menafikan mengenai dakwaan yang menyatakan mereka bergaduh dan mengalami salah faham antara satu sama lain. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insyi81 1-12-2022 11:11 AM
ber2 apa pun aku xkisah...
Quote MadameOnion 1-12-2022 11:49 AM
sapa ni? kewujudan pun tak diketahui tetiba berpecah..semak betul
Quote hyie 1-12-2022 11:55 AM
yaampunnn sendu iya. Namun group ni lebih comei berbanding lagi satu tu
Quote DayangKirana 1-12-2022 12:09 PM
vibe minah rempitz..
Quote per706 1-12-2022 12:29 PM
Hahahahahahahaha






Bila korang wujud pon aku x tau!
Quote sangbara2020 1-12-2022 12:31 PM
WARNA PURPLE UTK SAMBUTAN HARI PRAMATANG...
opss sori tercaps lock..maleh aku nk tuka...

xkenal...nexxtttt...
Quote makton 1-12-2022 12:53 PM
sape niiii? tibe2 je nak berpecah. ntah bila masa bergabung jadi group ntahhhhh
Quote heythere123 1-12-2022 01:05 PM
tapi Faa tu kalau ada pon macam tak function.

Sebab sheols tinggi & vibe pon macam mature woman sikit, tak sesuai dgn 3 ketul yg petiteb& gedik manjah tu
Quote jambatannetizen 1-12-2022 01:28 PM
DayangKirana replied at 1-12-2022 12:09 PM
vibe minah rempitz..

Memang betul. Vibe minah rempit. Nama kumpulan pun dah mcm rempit. Gadyss
Quote minahmanja 1-12-2022 04:56 PM
terkejut aku dgr lagu dia.. zaman bila buat lagu tu weii.. btw, apesal gambo kat melaka tu mcm bdk2 bohsia zaman 90-an  
Quote alieyrina 1-12-2022 07:07 PM
Kalau berkosong pun takpa..tak kenai
Quote anilanil 1-12-2022 07:23 PM
Vibes 90an betol la diorang ni. Rupa, imej & lagu. Feminine & elite rasanya comel lagi.
Quote cmf_premierleag 1-12-2022 07:54 PM
Sesekor mcm minah rempit dan pompuan simpanan
Quote miszb 1-12-2022 08:06 PM
hr tu terdgr lagu diorg kat suria fm... x sedap.
Quote greantea 1-12-2022 08:43 PM
Produk pon x ketahuan. Tetiba berpecah sorg. Takat tu je la beritanya. Jauh lg nak jd mcm de fam ngan dolla.
Quote Acikgomen 1-12-2022 09:26 PM
MadameOnion replied at 1-12-2022 11:49 AM
sapa ni? kewujudan pun tak diketahui tetiba berpecah..semak betul

Lagu ape deyols nyanyi
Quote virgo19 1-12-2022 09:32 PM
Iols kenal diorang ni sejak raya hari tu la, lagu raya diorg kan org banyak guna kat tiktok.. tapi liriknya agak pelik “lepas bermaafan pasti ku cari makan, indahnya hari raya.. “
Quote doubleharmonic 1-12-2022 09:34 PM
dah boleh la tukar nama kumpulan kau jadik the babis
Quote doubleharmonic 1-12-2022 09:34 PM
dah boleh la tukar nama kumpulan kau jadik the babis

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049805 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top