CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Ganja: Terlepas Hukuman Penjara Sembilan Bulan, Farid Kamil Hanya Didenda RM5000

30-11-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2391| Komen: 24

Description: Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan akhirnya.
Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan akhirnya.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said sebulat suara mengetepikan hukuman penjara tersebut dan menggantikannya dengan denda RM5,000.

Jika gagal membayarnya, Farid Kamil, 41, diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan lagi.


Foto: kosmo

Denda itu bagaimanapun dijelaskan oleh kaum keluarga yang turut hadir mengikuti prosiding tersebut termasuk isterinya Diana Danielle dan adiknya Fadzil Zahari.


Hakim Kamaludin yang turut bersidang Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun turut mengekalkan perintah pengawasan selama dua tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.

“Farid Kamil Zahari, kamu hanya didenda RM5,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan jika gagal bayar denda kamu kena penjara enam bulan lagi,” ujar beliau.

Sementara itu, pelakon Remp-It 2 tersebut ketika ditemui wakil media sejurus selesai membayar denda meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan tersebut yang disifatkan terbaik untuk dirinya.

Sambil berterima kasih kepada barisan peguam bela yang mewakilinya, Farid Kamil gembira kerana kes telah selesai di peringkat rayuan dan kini beliau boleh menumpukan perhatian kepada pengambaran filem-filem seterusnya.

“Sekarang ini saya terlibat dengan penggambaran filem berjudul ‘Anwar’ yang kini di peringkat akhir dan dijangka ditayangkan pada Februari 2023,” ujarnya.

Dalam pada itu, Diana turut melahirkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada suaminya serta berterima kasih kepada barisan peguam bela dan peminat yang sentiasa mendoakan mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 30-11-2022 03:49 PM
kabel besar boleh lah..cuba marhaen... duduk lah dalam penjara tu
Quote CARI-MRO 30-11-2022 04:25 PM
Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menggunakan ganja, empat tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan akhirnya.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said sebulat suara mengetepikan hukuman penjara tersebut dan menggantikannya dengan denda RM5,000.


Jika gagal membayarnya, Farid Kamil, 41, diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan lagi.




Foto: kosmo




Denda itu bagaimanapun dijelaskan oleh kaum keluarga yang turut hadir mengikuti prosiding tersebut termasuk isterinya Diana Danielle dan adiknya Fadzil Zahari.


Hakim Kamaludin yang turut bersidang Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun turut mengekalkan perintah pengawasan selama dua tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.


“Farid Kamil Zahari, kamu hanya didenda RM5,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan jika gagal bayar denda kamu kena penjara enam bulan lagi,” ujar beliau.


Sementara itu, pelakon Remp-It 2 tersebut ketika ditemui wakil media sejurus selesai membayar denda meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan tersebut yang disifatkan terbaik untuk dirinya.


Sambil berterima kasih kepada barisan peguam bela yang mewakilinya, Farid Kamil gembira kerana kes telah selesai di peringkat rayuan dan kini beliau boleh menumpukan perhatian kepada pengambaran filem-filem seterusnya.


“Sekarang ini saya terlibat dengan penggambaran filem berjudul ‘Anwar’ yang kini di peringkat akhir dan dijangka ditayangkan pada Februari 2023,” ujarnya.


Dalam pada itu, Diana turut melahirkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada suaminya serta berterima kasih kepada barisan peguam bela dan peminat yang sentiasa mendoakan mereka. – CARI


Sumber: Kosmo
Quote lattehazelnut 30-11-2022 04:28 PM
Da stat dah kes2 dadah hukuman jentik tgn je

Lpas legalize weed n ketum
Dah boleh baca sgt
Quote codenamedream 30-11-2022 04:35 PM
Nasib baik x masuk penjara, kalau masuk, film Anwar tangguh shooting sembilan bulan pulak nanti. Melainkan production nak collab dengan penjara. Alang2 kena penjara, boleh shoot scene Anwar dlm penjara sekali.
Sambil tu buat documentary kehidupan Farid dlm penjara untuk Netflix.
Quote mawardia 30-11-2022 04:38 PM
Kau ni Farid, memang wajib bersyukur sebab family kau masih utuh kasih sayang mereka untuk kau. Apa pun jadi mereka ni memang support kau. Bini terima kau seadanya. Bila dah fofulerr balik nanti harap x buat benda bangang lagi.
Segalanya bermula dgn Bigo. Ahtiberrrr.
Quote brunesss 30-11-2022 04:42 PM
mawardia replied at 30-11-2022 04:38 PM
Kau ni Farid, memang wajib bersyukur sebab family kau masih utuh kasih sayang mereka untuk kau. Apa  ...

apa cerita dia dengan bigo? bukan kah kes bigo tu tetek fathia punya cerita ke?
Quote Goodluckdontcry 30-11-2022 04:57 PM
codenamedream replied at 30-11-2022 04:35 PM
Nasib baik x masuk penjara, kalau masuk, film Anwar tangguh shooting sembilan bulan pulak nanti. Mel ...

Den sampuk sikitla ye..

Alang2 dlm penjara,.lakon watak nuar kene antrax..kene asid ape tah...mata lebam..pakai yg tampung leher tu sbb sakit belakang tahap azab sgt waktu tu... kehkehkeh silalah buat screen ni..baru meletup dan org tambah kagum dgn PM Malaysia yg baru ni... kehkehkeh
Quote codenamedream 30-11-2022 05:42 PM
Goodluckdontcry replied at 30-11-2022 04:57 PM
Den sampuk sikitla ye..

Alang2 dlm penjara,.lakon watak nuar kene antrax..kene asid ape tah...mat ...

Khennn. Tercalon Oscar terus gittew.
Quote Rogue98 30-11-2022 05:46 PM
Anwar jadi PM terus dia ni bebas ....amboiii...
Quote jalfa 30-11-2022 07:07 PM
Kuat kabel tnb dia.semua lepas
Quote jihyomelly 30-11-2022 07:13 PM
Goodluckdontcry replied at 30-11-2022 04:57 PM
Den sampuk sikitla ye..

Alang2 dlm penjara,.lakon watak nuar kene antrax..kene asid ape tah...mat ...

yg pakai tampung leher tu paling iols ingat..nampak seksa sangattttttttttt!! hebat kan lakonan pm kita….opssss silap hebat kan pm kita
Quote exclusive_vvip 30-11-2022 07:16 PM
boleh x nak cakap, x sesia mengipas dan jd lalang
Quote GegarVaganja 30-11-2022 07:18 PM
Tanjat Ganja tetiba disebut2

Quote Goodluckdontcry 30-11-2022 08:52 PM
Edited by Goodluckdontcry at 30-11-2022 08:55 PM
jihyomelly replied at 30-11-2022 07:13 PM
yg pakai tampung leher tu paling iols ingat..nampak seksa sangattttttttttt!! hebat kan lakonan pm  ...


Jujur den ckp.. dulu mmg den kesian benar die waktu tu..den pun ingt umurnya xpjg dah..sbb byk die kata die kene..kene anthrax dgn arsenic ke apa yg xthn..den ingt die btl2 dah nak sodaqallahul azim waktu tu...fast forward, sihat walafiat pokcik ni siap jd PM msia..xsia2 die kene semua tu... kehkehkeh nuar nuar sungguh ku xsangka..byk drama kome ni... kehkehkeh
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 08:57 PM
[youtube]UXMqCdOlPMk[/youtube]

[youtube]7pnpTp_83Io[/youtube]

[youtube]4mZ_DMUIXUY[/youtube]
Quote Suchi 30-11-2022 09:03 PM
codenamedream replied at 30-11-2022 04:35 PM
Nasib baik x masuk penjara, kalau masuk, film Anwar tangguh shooting sembilan bulan pulak nanti. Mel ...

Iols pelik kalau dah tgh ada kes mahkamah mcm tak patut amik job yg perlukan komitmen gini.
Ke dia dh abis shooting? Cite nih ending dia kita semua dah tau.
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 09:03 PM
jalfa replied at 30-11-2022 11:07 AM
Kuat kabel tnb dia.semua lepas

mana pulak tnb
apa barangggg

kabel fiber dasar laut la japa



Quote mawardia 30-11-2022 10:50 PM
brunesss replied at 30-11-2022 04:42 PM
apa cerita dia dengan bigo? bukan kah kes bigo tu tetek fathia punya cerita ke?

Sebelum dia merayau-rayau kat Ampang (masa kes dia kena tangkap dulu), dia live Bigo dengan mamat yg kasi sengat tu. Sape nama dia eh? Sopi jikan kan
Quote dudaberhias 30-11-2022 10:53 PM
codenamedream replied at 30-11-2022 04:35 PM
Nasib baik x masuk penjara, kalau masuk, film Anwar tangguh shooting sembilan bulan pulak nanti. Mel ...

kaka pun harap theyols shoot scene dengan sepul baukari tu sekali kalau boleh...nak request merqeen jadi sepul tu boleh tak?

kalau boleh tunjuk bukti sekali semua yang ada cecair ke apa tuh dalam 4K untuk rujukan penonton

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.079089 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top