CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Sampai Nak Minta Derma 1 Malaysia. Buat Malu Je Orang Tengok,” Tabung Derma Untuk Nad Zainal Dipertikai

30-11-2022 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30461| Komen: 321

Description: Umum mengetahui pelakon Nad Zainal masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Umum mengetahui pelakon Nad Zainal masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Rakan-rakan industri seperti penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, Fasha Sandha,  Ungku Ismail, Aeril Zafrel dan ramai lagi telah melancarkan tabung kecemasan sebagai inisiatif rakan artis serta peminat bagi meringankan beban keluarga Nad Zainal.

Walau bagaimanapun, terdapat komen negatif dari netizen yang mempersoalkan tindakan artis meminta derma serta menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang memalukan.




“Aik artis pun minta tolong derma jugak ke? Bukan ke artis ni dah ada pertubuhan.


"Kenapa sampai nak minta derma 1 Malaysia. Buat malu je orang tengok,” komen seorang netizen

Tidak berdiam diri, Aeril Zafrel turut membalas komen netizen berkenaan dan menasihati untuk menitipkan doa jika tidak boleh menghulurkan derma.


Foto: via Murai.my

“Kalau tak boleh derma. Doakan pun dah mencukup sis,”balas Aeril.

Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan dengan cepat. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 30-11-2022 02:51 PM
30% bg kat ngo
Lebih tu brp % je yg betul2 pergi kat dia..

N mintak la produk timbang kilo tu sponsor..
Quote susukambingbest 30-11-2022 02:53 PM
Patutnya buat ayat mcm. Bkn ke retis mlysia ni rmai yg kaya raya ke?. Mnunjuk kt socmed hdup kmain mewah. Blnja shari bribu2. Xkn nk derma ckt sorang kt member yg sakit pun kena kutip derma netizen. Nmpk nau sengkeknya. Xpyn nmpk nau kedekutnya. Patut buat ayat mcm tu
Quote ayukpingu 30-11-2022 02:57 PM
korang kejar la team timbang kilo, team forex utk kutip derma yang lebih kencang.
aku cadangkan
1. mas khan
2. kak km
3. azwan ali
4. aliff shukri
5. vida
Quote ahhhhhhhh 30-11-2022 03:01 PM
ayukpingu replied at 30-11-2022 02:57 PM
korang kejar la team timbang kilo, team forex utk kutip derma yang lebih kencang.
aku cadangkan
1. m ...

Kak km x timbang kilo. Rasa nya buat sendiri. Herbs kak km tu mmg padu
Quote suka2 30-11-2022 03:04 PM
lattehazelnut replied at 30-11-2022 02:51 PM
30% bg kat ngo
Lebih tu brp % je yg betul2 pergi kat dia..


30% management fee katanya
Kot nk buat crowdfunding, bgtau la anggaran kos perubatan dan berapa yg terhutang dgn spital. Kutip sekadar perlu.
Quote bulalof 30-11-2022 03:05 PM
nanti ebit lew tolong le tew.......
Quote SherryZass 30-11-2022 03:08 PM
suka2 replied at 30-11-2022 08:04 AM
30% management fee katanya
Kot nk buat crowdfunding, bgtau la anggaran kos perubatan dan ber ...

Haa. yang ni aku setuju chuolls. Bagitaulah berapa target amount (Bil hospital yg tertunggak).
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 03:15 PM
buat la ads mcm ni
korang kan orang buat drama

mesti boleh punya


[youtube]LN-AZCgJn08[/youtube]

Quote idayusoff 30-11-2022 03:18 PM
ahhhhhhhh replied at 30-11-2022 03:01 PM
Kak km x timbang kilo. Rasa nya buat sendiri. Herbs kak km tu mmg padu

pernah try ka makjun kak km tu? ihihihi..mmg betul padu ye..dulu cl sy pun kata baguih

Quote afie_m 30-11-2022 03:19 PM
sebaiknya minta doa kan ... derma / sumbangan baik pada rakan2 artis dulu
Quote Themilo 30-11-2022 03:21 PM
weols just nak keruhkan keadaan. Maybe Hospital kerajaan dah penuh. Ejen takaful tak nak buat modal jual medical card?
Quote idadzira 30-11-2022 03:23 PM
tak payah kot minta derma sbb duduk hospital swasta, minta transfer hospital kerajaan je.
Quote Thunderclouds 30-11-2022 03:26 PM
Dia dok sepital privet tu means ada insurance lar. Dh nk crowdfunding utk apa???? Esk2 insurance tu dh nk sampei limit pandai2 la family dia transfer sepital gomen. Caj semestinya rega marhaen. Kalo nk derma pon within ko punya industry je lah. Ko harap 1meleisia pulak huloq sikit sorg mmg xkna tempat. Masing2 pn p hadap sepital gomen bila sakit. Mmg xtau malu dok mintak2 derma gini.
Quote dekmieDandy 30-11-2022 03:39 PM
banyak pulak tu dapat, tadi tengok dah sampai 18 ribu dah kutipan
Quote mizruncing 30-11-2022 03:42 PM
sapa yg derma ni lantak korang laa. klu aku sory laa nk bg sumbangan kat retis ni. nti dah sedar esok, dok salahkan netizen itu ini.. sory ramai lg yg memerlukan. tlg laa anak2 yatim, org miskin, rakyat marhaen yg x mampu byr bil hosp semua tu
Quote ayukpingu 30-11-2022 03:43 PM
ahhhhhhhh replied at 30-11-2022 07:01 AM
Kak km x timbang kilo. Rasa nya buat sendiri. Herbs kak km tu mmg padu

ye ke? selain jamu dia ada jual collogen sweet dara, spray ke pencuci wanita?

timbang kilo juga la
Quote Fly_over 30-11-2022 03:50 PM
Edited by Fly_over at 30-11-2022 03:57 PM

pindahkan jela sepital gomen. melainkan korg sesama retis nk hulur smpi sihat. yg bukak tabung ni xyah libatkan netizen. netizen ni bukan berada nk compare kn dgn retis.
Quote bynroslan 30-11-2022 03:53 PM
betul la gak, kumpul la sesama geng artis dulu, sesama family dia dulu. pastu kalau kata insurance dah takleh cover, mintak je la tukar ke gomen. kat area klang valley ada banyakkkkkk hospital gomen kot, kalau GH tak cukup, hospital ampang ada, selayang ada, sg buloh ada, serdang ada, klang ada, kajang ada........bila dah tak dapat sangat baru la cari netizen ni haaa.
Quote NazRysha 30-11-2022 03:59 PM
ahhhhhhhh replied at 30-11-2022 03:01 PM
Kak km x timbang kilo. Rasa nya buat sendiri. Herbs kak km tu mmg padu

gelinyaaa
gentel2 mcm tu
kau ni yg salah seorang kayakan pompuan xsedar diri ni
btw kau dah mkn berapa botol?
cuba kau pergi buat ujian darah

Lihat semua komen(321)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064759 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top