CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahukah Anda Siapa Pencipta Gari?

6-9-2015 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11701| Komen: 4

Description: Gari tangan selalu digunakan ke atas pesalah ...
Oleh Izzah Abbasy

Gari tangan selalu digunakan ke atas pesalah atau peralatan yang digunakan oleh penguat kuasa keselamatan. Jika masih ingat, nenek moyang kita pasti akan marah jika ada permainan yang berkaitan gari digunakan. Mereka bimbang jika suatu hari nanti tangan kita digarikan. Begitulah gari ini boleh menghantui sesiapa sahaja.   


Namun, tahukah anda tentang asal-usul penciptaan gari ini?


Sebelum terciptanya gari besi, manusia dikatakan menggunakan tali atau apa sahaja material yang boleh mengikat penjenayah yang melakukan kesalahan.


Gari besi pertama dikatakan dicipta sewaktu zaman batu. Ketika itu gari yang dicipta hanya mempunyai satu saiz dan tidak praktikal untuk digunakan.

Jika pesalah mempunyai pergelangan tangan yang kecil, gari tersebut tidak boleh mengikat tangan si pesalah. Akhirnya pada tahun 1862, seorang lelaki bernama W.V. Adams mempatenkan gari boleh laras yang pertama. Selang beberapa tahun kemudian, Orson C Phelps pula mempatenkan satu lagi gari yang telah ditambah baik.

Pada tahun 1865, John Tower menggabungkan ciptaan Adams dan Orson untuk mencipta gari yang digunakan sehinggalah sewaktu zaman Perang Dunia Kedua.

Tetapi terdapat masalah yang perlu ditangani. Ramai pesalah berjaya meloloskan tangan mereka kerana gari tersebut boleh dibuka dengan sedikit hentakan pada tempat kuncinya.

Pada tahun 1879, Tower Handcuffs, syarikat milik John Tower memperkenalkan gari dengan sistem kunci berganda yang dapat menyelesaikan masalah itu.

Revolusi gari menjadi seperti apa yang digunakan pada masa kini bermula pada tahun 1912, apabila George Carney mencipta cuff swing yang pertama. Reka bentuk ini dianggap paling mudah digunakan kerana seorang anggota polis boleh menggari pesalah dengan cepat dan hanya dengan menggunakan satu tangan sahaja selain daripada mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.


Sehingga ke hari ini, rekaan George Carney telah diguna pakai oleh anggota keselamatan di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan jenama dan perubahan kecil pada gari, namun rekaan gari yang digunakan tetap sama. - CARI Infonet


Sumber info: http://www.sentiasapanas.com

7

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bianglala 11-8-2015 08:29 PM
good info.
Quote biozipstar 7-9-2015 02:58 PM
bagus2... hehe
Quote angio 7-9-2015 04:09 PM
ohhh... I see...
Quote samperit 8-9-2015 01:33 AM
Tahukah Anda Siapa Pencipta Gari?
x tau....

tapi skng dah tau

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.146054 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top