CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhenti Pandang Serong Dan Fitnah UMNO, Waris Pekembar Pertahankan Zahid Sebagai Presiden

25-11-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1729| Komen: 33

Description: KUALA LUMPUR – Lebih 300 orang penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Pekembar Malaysia, mengadakan perhimpunan solidariti bagi menyokong Institusi Presiden UMNO, di Menara Dato On, Pusat D ...
KUALA LUMPUR – Lebih 300 orang penyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Pekembar Malaysia, mengadakan perhimpunan solidariti bagi menyokong Institusi Presiden UMNO, di Menara Dato On, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.


Timbalan Presidennya, Datuk Zein Isma Ismail Tekan, berkata, matlamat perhimpunan mereka adalah untuk memberi sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berada di tahap mantap, padu dan kuat.


Foto: Kosmo

“Untuk pemilihan akan datang, siapa ingin rebut jawatan presiden, rebutlah. Jangan tolak presiden sekarang, kerana UMNO baru sahaja nak bina semula kekuatan di atas kerajaan yang baru ini.


“Orang yang sepatutnya kita tolak daripada UMNO adalah mereka yang masih degil dan tumpukan semua kesalahan kepada Ahmad Zahid.

“Saya juga menyeru rakan-rakan, para pemimpin di bahagian cawangan, dan ahli-ahli UMNO, supaya janganlah kita berpecah-belah sesama sendiri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ujarnya lagi, Waris Pekembar Malaysia mencari pemimpin yang menjadikan perjuangan ini sebagai ‘Fi Sabilillah’, dan bersatu menyatukan rumpun melayu.

Zein Isma turut menyeru agar rakyat Malaysia berhenti memandang serong dan menabur fitnah kepada UMNO.

Sementara itu, seorang aktivis UMNO, Zamil Ibrahim, memohon agar pihak kepimpinan atasan menyiasat semula kekalahan Barisan Nasional dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum-15 lalu.

“Tolong siasat balik mana-mana pemimpin yang sabotaj parti dan calon semasa tempoh berkempen serta mengambil tindakan terhadap mereka sebelum pemilihan parti bermula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tidak adil untuk sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan Ahmad Zahid kerana beliau dipilih secara adil oleh ketua UMNO bahagian seluruh Malaysia.

Di dalam perhimpunan soladiriti itu, turut dihadiri oleh pengerusi-pengerusi Waris Pekembar Malaysia dari negeri lain seperti Shahbudin Embun (Perlis), Hashim Ismail (Kelantan), Adnan Salleh (Terengganu), Mohd Rodzi Tajuddin (Batu), dan Datuk Dr. Patawari Patawe (Sabah). –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 25-11-2022 03:49 PM
sekoq sekoq hati hitam doh.
Quote kaseh80 25-11-2022 03:51 PM
So sad masih tak sedar diri
Rakyat terang terang dah tolak

Quote Triple_8 25-11-2022 03:53 PM
Pertahankan Wak Jahit Komedi itu jihad fisabilillah rupanya.
Quote ayukpingu 25-11-2022 03:54 PM
selagi wak tu tak keluar dr bn dan umno, bye2 lah.

Quote margo20 25-11-2022 03:55 PM
Tula bg wak jahit menang lg mmg la dia igt org still suka dia
Quote supernaturalee 25-11-2022 03:58 PM
majoriti 300 lbh je dek
calm ur tits down k





Quote RinIna 25-11-2022 03:58 PM
Bodoh abadiiii
Quote kemaruk 25-11-2022 04:02 PM
hidup pekembar!   
Quote pinggan 25-11-2022 04:06 PM
Untung la ada kumpulan yg setia kat pemimpin mcm ni.
Quote grouper 25-11-2022 04:11 PM
Buka fb geng2 umno punya byk citer kluar...semua dah x simpan rahsia...punya bodoh org2 bawahan yg sokong buta2 ni
Quote ladybugz 25-11-2022 04:14 PM
takkan la nk pandang serong. PM terhebat dah pilih Zahid kan. mesti la PM kita pilih org yg paling jujur n amanah sama mcm dia juga.
Quote Skuau 25-11-2022 04:28 PM
semua korang + semua ketua bahagian undi umno pru-16...agk2 boleh menang ke???
Quote lightheaded67 25-11-2022 04:40 PM
tak kuaser nk pandang serong lah, ameno tu dh mmg nya senget benget tunggang terbalik lah. apo
Quote Belibis 25-11-2022 05:04 PM
kaseh80 replied at 25-11-2022 03:51 PM
So sad masih tak sedar diri
Rakyat terang terang dah tolak

Sebab ada kelompok macam ni la watak2 sampah masih kekal dlm politik.
Quote Suchi 25-11-2022 05:56 PM
grouper replied at 25-11-2022 04:11 PM
Buka fb geng2 umno punya byk citer kluar...semua dah x simpan rahsia...punya bodoh org2 bawahan yg s ...

Iols dah pening skrg nih
Kat fb Najib tu duk dedahkan kejahatan org PN plak
So sbb dah sama2 jd gomen ngn PH takkan org PH sorang pun takde terlibat jatuhkan dia?
Serius dah taktau nak percaya sapa?
Kalau ikut dakwaan dlm fb najib tu mcm dia ngn Zahid tu teraniaya..
Penatlaaa sapa sebenarnya yg jahat? Byknya plot twist.

Quote grouper 25-11-2022 06:08 PM
Suchi replied at 25-11-2022 05:56 PM
Iols dah pening skrg nih
Kat fb Najib tu duk dedahkan kejahatan org PN plak
So sbb dah sama2 jd go ...

Yg jatuhkan dia Ismail Sabri rupanya ingatkan selama ni geng2 ph....hahaha...saje bikin panas admin fb najib tu nape up benda tu arini...
Quote SonicSiLandak 25-11-2022 06:13 PM
laaaaaaa.. kan dah kalah... korang nak komen tak puas hati apa lagi???

dah dapat kan bekas banduan rasuah dan liwat kesayangan korang tu jadi PM... move on la..

hahahahhaa... eeeeeeeee.. jijik
Quote doubleharmonic 25-11-2022 06:22 PM
ko gegeh menjilat ni dapat apa babi?
Quote Suchi 25-11-2022 06:24 PM
grouper replied at 25-11-2022 06:08 PM
Yg jatuhkan dia Ismail Sabri rupanya ingatkan selama ni geng2 ph....hahaha...saje bikin panas admi ...

Kalau ikut timeline, masa PH dia kena dakwa.
Tun dan PH la yg mulakan.
Mmg la anwar tak terlibat sbb dia pun baru dikeluarkan dan takde dlm kabinet.

Kes dia berlarutan sampai pak mael jd PM, dia kena didapati bersalah dan masuk ke dlm.


Soalnya skrg iols dah taktau nak percaya sapa, kenapa nada berubah bila BN dh join unity gov?kalau baca komen2 kat porem sblm ni yg mula dedahkan dia adik dia sendiri yg ngadu kat tun minta masuk campur.
Apapunn nama2 yg kena petik tu mohon buat report kalau betul tak terlibat.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.362058 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top