CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PN Main Peranan Semak Dan Imbang Dalam Parlimen Malaysia-Muhyiddin Yassin

25-11-2022 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4551| Komen: 110

Description: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.


Foto: Kosmo

“Dengan kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen.

“PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip prihatin, bersih dan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu, dalam sidang media sulung semalam, Anwar mengajak PN mendukung kerajaan selepas mengangkat sumpah memegang jawatan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 25-11-2022 06:05 PM
Bagus ini yang kita kehendaki...PN ramai yg berwibawa
Quote SonicSiLandak 25-11-2022 06:15 PM
sbb kau la PAS tak merasa bentuk kerajaan jadi PM... aku pelik la bdk2 PAS suka nau dengan dia ni... dulu2.. suka anwar... hahahaha

ish ish ish
Quote stingergrumpy 25-11-2022 06:42 PM
Sejak langkah sheraton ini...aku memang sceptical dgn abahcow.....dan semalam bersungguh sungguh buat press conference utk menyoalkheun keabsahan sokongan anwar dgn menuntut dibentangkheun bukti sokongan dan sebaik berita anwar sendiri yg bakal mengusulkheun usulan vote of confidence didewan rakyat pada 19th december ini...terus senyap dan u turn buat statement ucap tahniah hari ini...very sesuatu kata anaknjiran aku...

Tak mustahil langkah dewan rakyat bakal berlaku 19th december ini....

Kekhuatiran yg agak legit dari anak jiran aku yg 3 tahun
Quote juboqhang 25-11-2022 06:44 PM
PN pembangkang bagus la. Tak perform



Quote stingergrumpy 25-11-2022 06:44 PM
Highflyer19 replied at 25-11-2022 06:05 PM
Bagus ini yang kita kehendaki...PN ramai yg berwibawa

Berwibawa ahli bawahan...tapi ketua macam siyalll asyik nak buat langkah kehulu langkah kehilir scheme of things ..apa jadahnya?

Ptuiiii



Quote Suchi 25-11-2022 07:12 PM
Mahiadin betul ke awak ni gunting dalam lipatan? Musuh dalam selimut?

Sebenarnya awak ni watak antagonis ke protagonis dalam cite nih?
Quote silampumeja 25-11-2022 07:20 PM
SonicSiLandak replied at 25-11-2022 10:15 AM
sbb kau la PAS tak merasa bentuk kerajaan jadi PM... aku pelik la bdk2 PAS suka nau dengan dia ni... ...

Ada tertengok video bbnu jmpa dia kat perhimpunan ke masjid ... Mintak dia sebut apa khabar semua... Abah ni macam terpinga2... Kebingungan... Hahahhaa. Tak payh taksub sangat boleh tak...
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2022 07:22 PM
abahcow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra tersakiti kettewww?
Quote mrseller 25-11-2022 07:42 PM
PN the new UMNO
Quote haluz 25-11-2022 07:54 PM
Bersatu berniat nk gantikan UMNO.. oh no no no..
Quote stingergrumpy 25-11-2022 08:01 PM
Edited by stingergrumpy at 25-11-2022 08:02 PM

FT: WALES 0 - 2 IRAN....

3rd upset of the tournament so far....
Quote SonicSiLandak 25-11-2022 08:27 PM
silampumeja replied at 25-11-2022 07:20 PM
Ada tertengok video bbnu jmpa dia kat perhimpunan ke masjid ... Mintak dia sebut apa khabar semua. ...

biasa la.. bdk2 pemalas pergi sekolah memang dah tua nanti dia jadi seorang pentaksub
Quote tumpanglalu74 25-11-2022 09:48 PM
images (1) (1).jpg
Quote LadyCarefree 25-11-2022 09:54 PM
stingergrumpy replied at 25-11-2022 05:42 PM
Sejak langkah sheraton ini...aku memang sceptical dgn abahcow.....dan semalam bersungguh sungguh bua ...

khenzssssss. abahPN ni jenis jahat yg licik giler. masa dulu dok ulang2 cakap xteringin nk jd PM. tiber je langkah sheraton. tun tu kutip dia dulu ajak buat bersatu.
Quote Nurdianah 25-11-2022 09:57 PM



Quote stingergrumpy 25-11-2022 10:03 PM
LadyCarefree replied at 25-11-2022 09:54 PM
khenzssssss. abahPN ni jenis jahat yg licik giler. masa dulu dok ulang2 cakap xteringin nk jd PM.  ...

Anwar ni neber seemed to learn his lesson....dulu beria sangat dgn beri ruang to che det to take the lead dlm pkr during the 2018 elections dlm peejanjian utk dia jadi piyem bila menang pru14....bila waktu nearing the promised timeline to take over...kena khianat....now sultan dah titah utk ko lead the nation of kerajaan perpaduan...masih gatal bontot konon nak pastikheun dapat sokongan ahli dewan rakyat dgn dia sendiri mahu diadakheun undi percaya......

Sedangkheun he does not even need to entertain desakheun PN utk tunjukkheun bukti sokongannya sedangkheun pilihan agong iteww adaler valid dan muktamad....

He may just pay the price come this 19th...im telling you..
Quote LadyCarefree 25-11-2022 10:24 PM
stingergrumpy replied at 25-11-2022 09:03 PM
Anwar ni neber seemed to learn his lesson....dulu beria sangat dgn beri ruang to che det to take t ...

true, true. patut xyah layan si din tu. i ni bukanlah penyokong anwar but better him than din lah kan. xnak lah kecoh2 mcm dulu kerajaan  dah macam kera. 1 term sampai 3 set. and walau macam impossible but i hope malaysia somehow boleh tone down sentimen perkauman atau ugama supaya jangan over lah.
Quote stingergrumpy 25-11-2022 10:28 PM
LadyCarefree replied at 25-11-2022 10:24 PM
true, true. patut xyah layan si din tu. i ni bukanlah penyokong anwar but better him than din lah  ...

Cuma sekarang isunya jika dia tidak dapat majority votes dikalangan ahli dewan(less than 50%) of undi percaya, utk dia sbg piyem, are we then going to get a new piyem?




Quote akies 25-11-2022 10:29 PM
Dah berangan nak jd pm semula..last2 jd ketua pembangkang.
Jadilah

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080574 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top