CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laungan Takbir 'Allahu Akbar', 'Reformasi', 'Kita Boleh' Dan 'Kita Menang' Bergema Di Masjid Putra

25-11-2022 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1375| Komen: 11

Description: Laungan takbir ‘Allahu Akbar’, ‘Reformasi, ‘Kita Boleh’ dan ‘Kita Menang’ berkumandang di luar ruang solat Masjid Putra di sini sejurus selesai solat Jumaat sebentar tadi.
Laungan takbir ‘Allahu Akbar’, ‘Reformasi, ‘Kita Boleh’ dan ‘Kita Menang’ berkumandang di luar ruang solat Masjid Putra di sini sejurus selesai solat Jumaat sebentar tadi.


Laungan itu ‘dihadiahkan’ jemaah solat Jumaat dan juga penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir menunaikan solat Jumaat hari ini.

Selesai solat, Anwar sempat beramah mesra dengan jemaah termasuk bersalaman dan berswafoto.


Foto: Kosmo

Keadaan agak sesak di luar ruang solat utama Masjid Putra apabila jemaah dilihat mengambil peluang untuk merakam sosok Perdana Menteri Ke-10 itu.


Lebih 10 minit diperlukan Anwar untuk berjalan menuju kenderaannya selepas selesai solat Jumaat kerana dikerumuni jemaah dan penyokongnya.

Difahamkan, kira-kira 3,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebentar tadi dan rata-rata tidak menyangka Anwar memilih Masjid Putra untuk menunaikan solat Jumaat.

Anwar tiba di Masjid Putra pukul 1.01 tengah hari disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Beliau sebelum itu tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.52 pagi untuk memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri secara rasmi.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 25-11-2022 04:32 PM
Sooo...nwart baca kutbah ke idok?
Quote Goodluckdontcry 25-11-2022 04:41 PM
Pendpt den..chill chill sudah semua..xperlu nk agong2 kan sgt sesama manusia...sbb baik buruk dalaman perangai seseorg, itu diluar batasan kita nak menilai... begitu juga, bila korg merasakan dialah yg mampu buat itu ini utk kesejahteraan Msia..well belum terbukti..so bg je la masa..tp tlg jgn nak memuja..sbg org Islam, klu nak puja sgt seorg hamba, pujalah Rasullullah saw..itu je..yg lain tu... chill chill je..jgn over sgt...sbb takut ko yg terkecewa merana mcm org putus cinta pastu jd org sewel... kehkehkeh
Quote ezacbee 25-11-2022 05:12 PM
Tunggu 100hari apa perubahan pm akan buat
Quote supernaturalee 25-11-2022 05:17 PM
biarlah dorg nk hepi2

hari pertama kot
bagi lah can...



Quote Highflyer19 25-11-2022 06:01 PM
Wow obses sungguh...dah jd PM pun...tak sesuai sebut reformasi lg...sebutlah perpaduan pulak...
Quote SonicSiLandak 25-11-2022 06:18 PM
[youtube]sUiR-SojqSY[/youtube]

kerja tu buat laaaaaaaaa

jangan buat kerja yang "bkn2" lak

waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Quote adiwarna 25-11-2022 10:28 PM
Toksah ler nak reforbasi sangat, bawak perangai jalanan tak abis2, kat dlm masjid pulak tu....bukan menang bergaya sangat pun, jauh sekali majoriti mudah, kena kerjasama dgn parti lain juga, kena sedar diri dan cuba lah jadi neutral dan matang dlm memberi sokongan....apa2 pun, best of luck buat kerajaan baru dan negara ni terus maju jaya dan dirahmati Allah...
Quote che-cikL 25-11-2022 10:52 PM
Kenapa rata2 tak percaya solat di Masjid Putra pulak? Dah tentu2 ni first day kat Parcel A tu. Memandai2 je wartawan kelas belakang  
Quote sayawifenikmie 25-11-2022 10:59 PM
.... dengan ehsan jer pun
Quote SonicSiLandak 25-11-2022 11:03 PM
gayyyyyyyyyyyyformasi!!!!!!!!

Quote gideoncross 26-11-2022 05:08 PM
adiwarna replied at 25-11-2022 10:28 PM
Toksah ler nak reforbasi sangat, bawak perangai jalanan tak abis2, kat dlm masjid pulak tu....bukan  ...

Msa Mahathir naik kejap tu pun ada jugak yg takbir lol, aiol rsa dorg ni smuanya "takbir" stiap kli PM yg bru naik pangkat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062358 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top