CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nervous Dia, Terus Nak Sign Mat," -Ramai Terhibur Tengok Anwar Ibrahim Terlupa 'Step' Istiadat Angkat Sumpah

25-11-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3945| Komen: 56

Description: Penantian rakyat Malaysia berakhir apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Penantian rakyat Malaysia berakhir apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Kira-kira pukul 5 petang Khamis, momen bersejarah itu disaksikan bukan sahaja rakyat di negara ini malah masyarakat dunia menerusi pelbagai platform digital yang menyiarkannya secara langsung.

Namun di sebalik istiadat mengangkat sumpah bagi jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terselit momen lucu hingga menarik perhatian warga maya.

Foto: FMT

Menerusi klip pendek yang disiarkan semula di Twiter @brgsjks, dapat dilihat Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun terlupa aturan istiadat sejurus menerima watikah lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.


Anwar kelihatan berjalan menuju ke tempat duduknya untuk menandatangi Surat Cara Pelantikan sebelum tersedar bahawa dia belum melafazkan angkat sumpah jawatan.

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri kembali ke tengah Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara untuk Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10.



Kesilapan kecil itu tidak menjadi isu besar sebaliknya rata-rata netizen melihat ia sebagai momen yang mencuit hati.

"Nervous dia, terus nak sign mat... terlupa kena angkat sumpah dulu.

"Sebelum tu tak sempat panggil nama dah bangun sendiri.

"Gugup sampai lupa step dah. Tahniah DSAI," komen beberapa netizen di Twitter.

Video tersebut turut tular di pelbagai platform media sosial lain kerana terhibur selepas menontonnya.

"Terlupa step pula. Tak apalah... rehearsal tak ada kan.

"Apa-apa pun tahniah atas pelantikan (sebagai) PM ke-10.

"Janji-janji jangan lupa. Rakyat is watching. It's your turn to lead the government," tulis Tengku Nasran di TikTok.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.



Presiden PKR itu mencipta rekod dengan menamatkan penantian 24 tahun untuk bergelar Perdana Menteri.

Upacara disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun memperoleh 49,625 undi dengan majoriti sebanyak 3,736 undi.

Beliau menewaskan pencabar utama, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden BERSATU. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?
Quote margo20 25-11-2022 03:46 PM
Siapa yg tak boleh move on ni
Quote stingergrumpy 25-11-2022 03:58 PM
jfq replied at 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?

Iteww tandanya perjuangannya selama ini bukan ultimatumnya utk saat seperti iteww….kata anak jiran aku yg 3 tahun…

Quote supernaturalee 25-11-2022 04:00 PM
segak bangnon ha
xdk perut pun


Quote pinggan 25-11-2022 04:03 PM
Hahaha geng Twitter memang bias tahap langit
Cuba yg salah ni Ismail Sabri ke Muhyiddin ke, tak cukup tanah la kena maki sbb kebulur jawatan la, hadap sangat nak jadi PM la.
Quote noorhairiahma 25-11-2022 04:09 PM
supernaturalee replied at 25-11-2022 04:00 PM
segak bangnon ha
xdk perut pun

dah tiba masanya PM kita jenis yang segak (walaupun agak tua dan semoga bertenaga nak uruskan rakyat jelata dan negara). penat dah tengok PM yang gaya perut ke depan.
ampuuuuuuuuuunn...



Quote supernaturalee 25-11-2022 04:10 PM
noorhairiahma replied at 25-11-2022 04:09 PM
dah tiba masanya PM kita jenis yang segak (walaupun agak tua dan semoga bertenaga nak uruskan raky ...

hahaha
nk promote kesihatan pun x segan

btw bangnon ada sakit2 ape x mcm high blood, jantung, diabetes bagai



Quote sufi^_^ 25-11-2022 04:11 PM
jfq replied at 25-11-2022 07:42 AM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?

kejam ah kamu
Quote fairiza 25-11-2022 04:15 PM
supernaturalee replied at 25-11-2022 04:10 PM
hahaha
nk promote kesihatan pun x segan


Rasa rasa dia hiking lagi x los ni kat bkt gasing?
Quote supernaturalee 25-11-2022 04:19 PM
fairiza replied at 25-11-2022 04:15 PM
Rasa rasa dia hiking lagi x los ni kat bkt gasing?

bangnon hiking???
this age???
wow
no wonder la xde perut

eh jap, berkait ke hiking dgn perut




Quote Skuau 25-11-2022 04:22 PM
jfq replied at 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?

tak baik ckp rentua camtu
Quote tikusmontok 25-11-2022 04:27 PM
Nampak sgt gelojoh
Quote johan-adx 25-11-2022 04:30 PM
jfq replied at 25-11-2022 03:42 PM
Bukan dah praktis for the last 24 yrs?

dlu istana lama..balairong seri lain..skrg istana baru mungkin lain susunan
Quote SPACE COP GABAN 25-11-2022 04:34 PM
umo dah 75 kan...kategori atok2 dah tu kalau rakyat biasa ni. Semoga beliau terus sihat la hendaknya utk mentadbir negara yg byk rencamnya ni....
Quote LadyCarefree 25-11-2022 04:34 PM
pinggan replied at 25-11-2022 03:03 PM
Hahaha geng Twitter memang bias tahap langit
Cuba yg salah ni Ismail Sabri ke Muhyiddin ke, tak cuku ...

tp yiddin dan mail PM tebuk atap tebuk basement bagai
Quote LadyCarefree 25-11-2022 04:35 PM
SPACE COP GABAN replied at 25-11-2022 03:34 PM
umo dah 75 kan...kategori atok2 dah tu kalau rakyat biasa ni. Semoga beliau terus sihat la hendaknya ...

better health than yiddin la thus far. yiddin tu kanker.
Quote jfq 25-11-2022 05:13 PM
Tp kelakar gak tgk agong diri tercongok depan tu
Quote moonela 25-11-2022 05:19 PM

hahahaha...time press conference semalam
jam tu jugak orang Turki call ucap tahniah..

siap loud speaker nak bagi semorang dengo
Quote Acikgomen 25-11-2022 05:27 PM
SPACE COP GABAN replied at 25-11-2022 04:34 PM
umo dah 75 kan...kategori atok2 dah tu kalau rakyat biasa ni. Semoga beliau terus sihat la hendaknya ...

Mmg atok pun kat rumah khennnnz
Cucu sulung pun dah skolah menengah
Zaman reformasi dulu iye la muda trang tang tang sampai berair berhalusinasi si umi hapida tgk bangnon

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.179120 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top